Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Pray With Baby

sembahyang dengan baby. ops, ustaz Mami kata seeloknya pakai word 'solat' sebab sembahyang tu general term. orang non-Muslim pun sembahyang juga, tp kita orang Muslim ada term special, solat. so, solat dengan baby.

Mami dulu ada dengar bahwa Rasulullah pernah solat sambil dokong cucu baginda, anak kepada Zainab. tp Mami xtahu macamana cara solat sambil dokong anak. Mami asked around kawan2 yg dah ada baby masa tu, ramai kata tak boleh & susah, sebab:
  • baby pakai pampers, ada najis.
  • baby lelaki yg belum khatan bawa najis.
sehinggalah Mami dapat Hafiy & Mami akui mmg sukar utk Mami melaksanakan solat. Hafiy suka nangis kalo Mami tinggalkan even sekejap, nak berdokong je. dilema jugakla Mami, cemana nak buat. solat Mami pun jadi hujung2 waktu je sebab nk kene tunggu Mak Tok&Tok Ayah balik kerja (ms cuti maternity), Hafiy tido, etc. kusyuk tak kusyuk toksah cerita, kadang2 jadi 'asal solat' aje. semoga Allah mengampuni Mami..

sampailah kita balik Miri & Mami consult dengan Bunda (Kak Evi =sebut Efi). Bunda bagitau Mami cara2 solat sambil sokong Hafiy. masya-Allah memang senang sangat, dan dua sebab TIDAK BOLEH di atas tu memang TIDAK VALID langsung.

alhamdulillah, sejak tu memang Mami solat sambil dokong Hafiy. memang senang dan mudah, even kadang2 Hafiy bukan nak duk diam. tp at least xdela melalak2.

mudah saja. pertama sekali kena faham kedudukan tangan tidak ada dalam syarat sah (ada 5) atau rukun solat (ada 13). dan juga faham tentang sunat hai'ah (ada 15) & sunah ab'adh (ada 4). kedudukan tangan semasa solat (takbiratul ihram, baca surah, iktidal, etc.) adalah sunat hai'ah, yakni tidak mengapa jika tidak dibuat. manakala sunat ab'adh, jika tertinggal kena buat sujud sahwi.

satu lagi tentang gerakan semasa solat. yg famous (belajar sejak tadika) ialah melebihi 3 kali berturut2 membatalkan solat. however, tersebut tiada dalam dalil & adalah pendapat sesetengah ulamak. malah ada ulamak berpendapat boleh bergerak lebih 3 kali berturut2, tetapi tidak boleh terover. namun berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah pernah solat mendokong bayi, membuka pintu dan membunuh haiwan berbisa semasa solat, yg tentunya perlu banyak gerakan. bagi Mami, kita ambil begini - jika tiada keperluan, limitkan kepada 3 kali saja, jika ada keperluan (cth seperti dokong baby) maka tidak mengapa. jadi, jgn bergerak melebihi 3 kali sekiranya tiada keperluan.

cara-cara solat sambil dokong baby:
  • berdiri seperti biasa sambil dokong baby.
  • sebelah tangan pegang baby, sebelah angkat takbir.
  • baca al-fatihah & surah seperti biasa sambil pegang baby. kalo boleh sebelah tangan diletak di tempat biasa.
  • semasa rukuk pegang baby dua2 tangan.
  • masa sujud, sama ada pegang baby sebelah atau letak baby di sisi.
  • jika letak di sisi, sama ada mau teruskan dokong, atau biarkan saja dia lepak2 kat situ.
  • kalo mau dokong, angkat saja & pegang mcm mula2 tadi.
  • ms duduk tahiyat tiada masalah since baby bole diriba terus.
  • baca doa Qunut, kalo bole angkat sebelah tangan & kalo xbole x apa, pegang je baby dua2 tangan.
Hafiy sejak bertambah lasak ni memang tak terkawal. tp alhamdulillah, dengan dokong Hafiy, Mami bole concentrate solat (kusyuk) daripada terfikir2 tentang ape jadi kat Hafiy w/o dokong, kot2 terjatuh ke, terantuk ke, etc. & 'kena' solat cepat2 sebab Hafiy melalak. even if letak sbelah sejadah pun percubaan2 utk 'mencederakan diri sendiri' mmg tak dapat dibendung.

kalo masa solat tu Hafiy tido, Mami akan palingkan muka sekali sekala utk pastikan Hafiy OK.

utk pastikan kesucian, Mami tuka diapers Hafiy sebelum solat. yg keluar2 masa solat tu tak apa, mcm juga vaginal discharge yg keluar, tidak apa. yg penting sebelum solat tu kena pastikan betul2 suci.

alhamdulillah, Mami tak risau2 lagi 'terpaksa' solat lewat (& ada kawan Bunda yg jamakkan solat sebab babynya asik nangis) sebab Mami bole solat sambil dokong Hafiy. di samping tu, Mami boleh bawak anak Mami solat sama, dan semoga Allah mudahkan aktiviti ibadah wajib ni utk anak2 Mami since dari kecil dari dah ikut Mami 'solat jemaah'.