Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Ahlan Ya Ramadhan

alhamdulillah jumpa lagi kita dengan Ramadhan al-Mubarak. (Mami gentar sikit ni, mungkin sebab terlalu busy).

Ramadhan kali ni, satu lagi pengalaman baru bagi Mami. Ramadhan tahun lepas, Mami mengandungkan Hafiy 8 bulan. masa tu alhamdulillah, Mami cukup bertenaga, hinggakan hari Hafiy lahir, Mami masih puasa dan tidak makan apa2 (makan sikit masa berbuka tapi semua muntah balik), dan Hafiy lahir tanggal jam 12.01tengah malam 24 Ramadhan dengan selamat dan dipermudahkan, alhamdulillah.

tahun ni, Mami menyusu Hafiy dan mengandungkan Adik. kira2 Adik dalam 4 bulan lah dalam bulan puasa ni. sekiranya diizinkan, Mami mahu berpuasa penuh tahun ni, insya-Allah. tahun lalu, Mami tak terganti selama 4 hari sebab Mami sangat tak larat kalau teruskan puasa. maknanya nanti Mami kena bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras.

namun begitu, Allah telah memberikan rukhsah, yakni keringanan/pengecualian/kelonggaran dari melaksanakan hukum asal dalam keadaan2 uzur yang tertentu, berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan. dan mengandung serta menyusukan termasuk dalam kategori rukhsah dalam menjalankan puasa Ramadhan.

menurut Ibnu Abbas r.a., seorang ibu mengandung atau menyusu, tidak perlu mengqada' atau membayar fidyah akan puasa yang ditinggalkan. namun, mengikut pendapat Iman Syafie, Ahmad dan Iman Hanbal, ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keselematan janin atau anak yang disusuinya (risau tidak cukup susu utk anak), diwajibkan qada' dan membayar fidyah, manakala ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keadaan dirinya sendiri diwajibkan qada' tanpa perlu bayar fidyah. dan jika yang dirisaukan ialah kedua-duanya (anak & ibu) maka ibu diwajibkan qada' sahaja.

rukhsoh puasa (kebenaran untuk berbuka) diberi kepada ibu mengandung/menyusu kerana keadaan mengandung dgn menyusu itu sendiri melemahkan si ibu. dan disebabkan ianya rukhsoh, ia tetap tidak menggugurkan kewajipan berpuasa terhadap ibu mengandung/menyusu yang sihat. berpuasa tetap menjadi keutamaan sekiranya tiada masalah dengan kandungan atau penyusuan.

pengalaman kawan2 Mami dalam 'menikmati' ruhksok berpuasa sewaktu keadaan2 tersebut:
I. Auntie Evi mengandung semasa bulan puasa. minggu pertama dia puasa penuh. alhamdulillah dia sihat, tapi pada minggu kedua puasa, dia pegi scan baby & doktor mendapati babynya kekurangan air ketuban. kering dah katanya. lalu demi baby, Auntie Evi tidak meneruskan puasa seterusnya.
II. Auntie Sinah menyusu her 1 year old daughter semasa bulan puasa. beliau jenis orang yang tidak tahan dehydration. bila puasa susu betul2 kurang. lalu demi anaknya, Auntie Sinah berbuka.
III. Auntie Shikin mengandung semasa bulan puasa. dia jenis yang tidak boleh tidak makan, badan jadi lemah, tak bermaya, sakit kepala, etc. maka dia kadang2 berbuka oleh sebab conditionnya yang tak tahan dehydration dan risau kehilangan air dalam badan.

disebabkan ada rukhsoh, maka jika dalam keadaan2 tertentu seperti di atas, sekiranya boleh memberi mudarat kepada mana2 pihak maka berbuka adalah lebih utama. ada pendapat mengatakan, sekiranya terdapat keuzuran2, tetapi masih degil mahu puasa sehingga memudaratkan diri & menyusahkan orang lain, maka ia termasuk dalam perkara haram. Rasulullah juga penah berpesan supaya kita jangan berlebih-lebihan dalam menjalankan ibadat. Baginda pernah menegur Zainab yang tetap mau bangkit solat dalam keadaan mengantuk agar tidur dahulu, kemudian baru sambung solat, dan 3 sahabat yg datang ke rumah Baginda memberitahu bahawa mereka mau solat sepanjang masa, puasa tanpa berbuka & tak mau menikah. Baginda melarang perbuatan itu dan menerangkan bahawa Baginda solat & berehat, puasa & berbuka, serta berkahwin.

sekiranya terdapat keadaan2 yang membolehkan pengecualian, maka berbukalah. itu yang telah dianugerahkan Allah kepada ibu mengandung/menyusu. rukhsoh ini juga diberi kepada orang sakit yang berpeluang sembuh dan musafir.

untuk kita, nanti Mami akan consult dengan Dr Seri macamana. masa Hafiy dulu, Dr Aida & Dr Awang galakkan Mami puasa sebab Hafiy tak ada problem. Mami pun cergas, air ketuban pun cukup. cuma 7 hari tinggal sebab Hafiy dah keluar. Mami harap, Allah bagi keizinan untuk Mami puasa penuh & bole bagi banyak susu untuk Hafiy.

antara hikmah rukhsoh ni:
- menunjukkan Islam itu mudah lagi memudahkan.
- Islam menjaga kebajikan fizikal dan mental penganutnya, dan itu adalah juga keutamaan, bukan ibadah itu semata2.
- menunjukkan keutamaan memberikan baby susu badan sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini juga dapat dilihat dalam amalan masyarakat Arab dulu yang hantar baby ke ibu susu agar terus mendapat susu badan dan ibunya boleh hamil lagi.
- hal pahala dan pembalasan adalah kerana rahmat Allah, bukan ibadah yang dilakukan, kerana selama mana kita beribadah pun, tidak akan pernah cukup untuk membawa kita ke syurga. kisah seorang pendita Yahudi yang beribadah selama 70 tahun, minta dari Allah bahawa dia mau masuk syurga dengan pahala ibadahnya, tapi Allah perintahkan malaikat mengheretnya ke neraka. ibadah selama itu tidak memadai langsung untuk 'membeli' syurga jika tidak kerana rahmat Allah.

rukhsoh bukanla perkara yang mengurangkan pahala, malah jika ia menjadi haram sekiranya kita tidak mengambil rukhsoh dalam keadaan tertentu. contohnya di medan perang, jika tentera Islam mahu puasa hingga menyebabkan fizikal mereka jadi lemah, maka itu tidak boleh. begitu juga jika ibu menyusu mahu puasa juga walaupun susunya jadi sikit, anak tak cukup susu hingga memudaratkannya, maka dia telah menidakkan keutamaan rukhsoh.

akan tetapi, rukhsah ini hanya untuk ibu-ibu yang BIMBANG dan RISAU akan keselamatan diri atau baby saja. kalau sekadar berasa lapar, dahaga dan penat, tetap kena berpuasa juga. jadi, tidak boleh suka-suka hati berbuka puasa hanya sebab mengandung atau menyusu.

menjelang Ramadhan ni memang Mami berdebar sakan. ustaz Mami pesan, (sebagai menjawab soalan kami tentang "cemana nak tau taubat/amalan kita diterima atau tak?") supaya perhatikan pembawaan diri kita dalam bulan Ramadhan. kalo masih sama je, malas solat, malas ngaji, malas sedekah, etc. maka tanda2 amal tak diterima ada la tu. manakala jika dalam bulan Ramadhan, kita dapati ada perubahan, makin rajin solat, rajin ngaji, rajin sedekah, etc. & amalan tu berterusan sampai ke bulan2 berikutnya, insya Allah la tu. wallahuaklam.

walau cemanapun, amalan tadarus, tilawah dalam bulan puasa sewajarnya diamalkan setiap masa, kerana ciri Mukmin tu 'hari ni lebih baik dari semalam', jadi bulan2 selepas Ramadhan patutnya jadi lebih baik lah :)

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK & SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE-51 DARI KAMI SEKELUARGA. MINTA AMPUN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSINGGUNG RASA (especialy bab breastfeeding) :D moga mendapat berkat di bulan mulia ni.




10 things of baby (+parents!) essentials

we got tag by little mama...

let's see what we have here...

Hapi:
1. baby clothes and apparel
memang kena lah kang takkan nak balut pakai kain batik plak.

2. diapers
dulu Mami ingat diapers2 yang branded tu mahal gil*r... so mula2 kami beli Diapers kat Mydin je & tak tengok pun price diapers jenis lain. sampaila one day Mak Tok belikan Hafiy Pampers. Mami tengok rega dia, eh takdela mahal sesangat. Mami ingat sampai RM50 sekampit :P

3. barut
benda ni banyak pendapat. ada yang kata tak payah, malah tak elok sebab nanti buat baby panas. ada yang kata penting, & panas2 tu akan buat baby tak kembung. tapi Mami suka je.. tambah2 Mak Tok yang jahitkan. plus, udara kat kampung kita tu sejuuuk. memang sesuailah pakai barut.

4. minyak baby & cotton bud
benda ni digunakan untuk buat tapping & tailing dan juga untuk mencuci kerak di kepala Hafiy. mula2 Mami tak perasan, pastu bila Tok Su tegur cakap awat tebal sangat kerak kepala anak tu... Mami pun buatlah macam dia suruh, letak baby oil, pastu gosok2 pakai cotton bud pelan2 gitu... hambik kau, memang tebal macam kerak nasik gitu!

5. baby wipes
penting untuk Mami sebab.. sebab leceh nak angkut air buat basuh poo-poo Hafiy masa baby. plus, Hafiy jenis tak boleh nak tinggal sekejap.. & Mami kalo dah pakai buat basuh poo-poo, tak larat plak nak tengok besen tu kat situ lagi. hehe. sejak Hafiy dah boel berdiri, Mami basuh dalam toilet je. senang & jimat tak payah beli wipes dah :)

6. benda2 yang boleh dipegang
bila Hafiy dah cukup mahir untuk kontrol tangan sendiri agar tidak tercakar muka tanpa disengajakan sehingga mencederakan diri sendiri, Mami kasi objek2 untuk dipegang, bagi Hafiy belajar sentuh & pegang.

Mami:
7. minyak panas
masa awal2 beranak, badan Mami sakit2. yela.. tak penah2 malam2 tido mengereng menyusu orang sepanjang malam, sekali kena memang habis semua urat dan sendiku macam tersimpul. selain berurut, untuk rawatan kecemasan, minyak panas/losen panas memang sangat berguna.

8. supplement
disebabkan pemakanan yang tidak seimbang... maka Mami opt kepada supplement untuk bekalan nutrient sehari2. yelah.. makan ikan, sayur, segala tapi nutrient2 tersebut dah musnah (most of it) semasa proses memasak. takkan nak makan ulam & sashimi plak kot :P

7. top yang pendek
nursing tops agak pricey pulak, so Mami tukar pakai tops yang pendek2, contohnya kurung kedah. Mami tak selesa kalu yang butang bukak di atas, selak lagi best, heheh.

8. kain batik
oh sungguh senang untuk membuat urusan. kalo pakai seluar kene tuka towel dulu la, pastu pakai balik seluar. time consuming kan. pakai kain batik senang tak payah salin2.

9. nursing bra
Mami beli sejak pregnant 7bulan sebab bra2 lain semua dah ketat di segenap segi. daripada beli bra baru, beli je nursing bra terus. kalau dia expand lagi pun, bole pakai extender :) penting nih.. susah nak direct feed mahupun pam dengan bra biasa...

10. pumping gears
sebab Mami kerja... tak bole buat remeh la perkara ni. kang nanti cemana nak express susu untuk Hafiy kan?

Mami amik masa yang sgt lama untuk buat tag ni. sebab kita tak banyak barang pooon. huhuhu~ tapi bila dah siap baru Mami sedar Mami dah terlebih points sebab silap numbering. hahaha. halal je lah.




My New Buddy: Freestyle

i tot (not necassarily applied for everyone) i need a set of double pump. the first candidate was Spectra 3, because it's cheaper, with rm500+ i can have the extravaganza set. but it wasnt suitable since my job (urgh!) requires me to travel frequently. Spectra 3 is electrical operated only. i have to consider places without electrical outlet, i.e. others office, airport, on the road, etc. i can use my uno, but if can do double pumping, it could be better.

then, my second choice felt onto Ameda Lactaline. quite pricey for the whole set, coz i couldnt find any place selling one,at least the car adapter. it's very light, and comes with unique design. rm788 for pump alone is a bit high for us (me).

our anniversary then came in August. Abiy 'offered' me things like ring, watch, bracelet.. but i refused. i said "please gimme someting i could use. i dont wear jewelery (including my wedding rings coz they are now bigger than my fingers) and i love my current watch". but finally i didnt have to refuse for a 3G handphone and a set of Medela Freestyle! TQ Abiy!

a friend asked me about the need of breastpump. i told her, in my opinion it's subject to your ability to express milk. if you master in hand expressing, for sure you can save more money. but it's an essential for me. and it shouldnt be 'the higher the cost,the higher the quality, so go for expensive one'. it's up to the family economy and needs. it's like buying car, if we only can afford MyVi, we shall never feel 'low' or 'should get a more expensive one to be better', it's what we can pay afterall. so goes for breastpump, i think we should not think ours are never be better because they are not expensive. it's depend on our pumping technique. but, kalo ada duit lebih tu janganla kedekut sangat nak beli pam yang bagus sikit, kan. or yang agak kelakar, dialog like, "haa? pam susu sampai RM 5-6 ratus? mahalnya... baik bagi susu tin je.." :D kene belajar ekonomi ke? rasanya basic math je nih.. :P

so, now i have a new buddy, Medela Freestyle (FS)! we bought at ajasu's shop. much much cheaper than market price :D go get it! [tolong promo]

from facts and others' experience, double pumping will:
- stimulate both breast simultaneously increases production.
- save time to empty both breasts since you are pumping both serentak.
- imitate tandem nursing, which send signal to brain to produce more milk.
but non of the above can be ticked by me, since i'm now in the stage of hormonal war. and both prolactin and pregnancy hormone have to win!

FS is a pump that comes in a package with:


- 4 bottles, soft sided cooler with contoured ice pax
- soft fit breast shield
- a tote bag
- hands free kit inclusive of bra adapter, handsfree adapter, handsfree strap & adjustable waist belt for mobility
- tubing
- a cute pump which is so light and has digital display so that you can record you pumping time.
[the components are a lot to me :D]
- 2 adapters, one UK standard (Malaysian as well) one US standard.



what i like about FS:
- the rechargeable battery is just like your handphone. tak payah keluarkan for charging & xperlu tuka2 bateri. jimat duit :) plus, it is powerful summore... so far i just cas once a week.
- it's a handsfree breastpump! i can do double pumping while sms-ing, reading, even on keyboard.
- it has 7 level of suction. i have no comment on the suction, it's strong enough compared to my UNO.
- it's a 2-phase pump and you don't have to reset anything to get back to let-down mode, just press the let down button.
- the tote bag is big enough to put all my pumping gears and other things i bring to the office :)
- the lcd display allows me to know the accurate pumping time, without depending on my hp, and also for nite light :D
- it has memory button so that we can save the rhyme for the next session, but i never use it :P
- i can pump at my workstation! nobody actually perasan ;)


cute kan tote bag ni. nampak kecik je tapi bole muat macam2.


selamba pam kat workstation...

i give this pump 4 stars la. 1 star left for some comments i have:
- the ON button is very sensitive. sometimes it's just hidup sendiri while sitting in my bag. huhuh.
- take time nak pakai & cabut segala mende alah handsfree tu. har har har.
- banyak juga komponen untuk dibasuh & strelize.

another thing, if you already have a manual pump, dont let it go. just keep it for usage during emergency since FS doesnt has manual part. i still keep my UNO. safely preserve... jadi 1st aid pulak dia.

walau macamana pun, i HEART this pump! berbaloi lah membelinya :D TQ again to Abiy, mwah mwah! sayang Abiy!




Macam-Macam Hafiy

lepas 3 minggu di KL, kita balik ke Miri, sebab Mami kena settle kan beberapa perkara di Miri pula. Mami decide untuk bawa Hafiy sama, because the stock is not enough to cater for a week. lagipun Mami risau tinggalkan Hafiy alone dengan Bibik. nanti jadi apa2 Bibik bukan tahu bawak kereta pegi klinik, & Tok Ma very busy uruskan Tok Pa. untuk kemaslahatan bersama, so Mami bawak sajalah Hafiy. kita tak bawa Bibik sebab tambangnya mahal~ separuh gaji Mami OK. mahal sungguh!


Mami bawa 2 beg, 1 tote bag FS & satu backpack. untuk isi pumping gear & keperluan Hafiy dalam flight je like diapers, rusk, etc. sehelai sepinggang je, sal Mami dah tinggalkan baju & stok susu kat rumah Pujut.


ni la lebih kurang beg Mami bawa sambil dokong Hafiy, tambah lagi satu backpack kat belakang.

mula2 Mami kena belikan tiket Hafiy. kita pegi MAS Office. oh Hafiy sungguh tak mau duk diam. dah pandai jerit2 kan, bila tak dapat apa yang dikehendaki. naik main pusing2 meja.. campak2 objek ke bawah meja, macam main kat rumah. masa kat kaunter pun nak main wallet Mami masa Mami kuarkan MyKid Hafiy. usik2 PC orang tu, nak pegang semua benda. Mami bagi toy, Hafiy campak je. last2 dok pegang IC Mami. Mami cuba ambil, Hafiy jerit kuat2. tapi sebab itukan IC sayang, tak bolehla buat main. Mami tukar dengan offshore passport. mujurla nak. dok pegang la benda tu sampai ke sudah.

time check in, mujur orang tak ramai. kalau tak mau haru beratur sambil dokong Hafiy. sebelum boarding, Mami alas perut dulu dengan ayam KFC. sebabkan takmo spend masa lama untuk makan, Mami amik chicky meal je. lepas makan cepat2 pegi masuk tempat departure.

flight jam 6.05pm, kita masuk jam 5.00pm lagi. awal la senang, bole duk dekat pintu & bole masuk awal. kalau lambat2 nanti orang dah kerumun, takde nye nak masuk awal2. tapi waiting room tak buka lagi, so kita tunggu la kat luar tu. Mami duduk sebelah sorang pakcik orang putih & sorang auntie orang Miri. Hafiy tertarik kat troli pakcik putih tu, oh tak boleh jadi ni. mujurla ada segerombolan troli dekat2 situ, so Mami ambil satu, & Hafiy dengan teruja sekali menolak troli kat situ. mujur Auntie Miri tu sukarela jaga beg kita.

tolak sana tolak sini, macam2 gaya. Mami suruh stop, or kalo Mami ambil dokong, Hafiy jerit kuat2. OK la.. tolak la... sampai termerangkak tu seronok sangat tolak. Mami biarkan je, kalo tak Hafiy jerit2, tendang2 Mami. tapi Mami pegang la atas troli tu, takut la degan Hafiy2 sekali meluncur ke depan.

lepas dah penat tolak troli (Mami yang penat, Hafiy dok enegetic lagi), Mami simpan troli & amik Hafiy. jerittttttt la ape lagi. Mami bawak pegi phone booth, main2 tepon, tak nak. pastu Mami bawak pegi main kat isle begerak tu (ape ke nama dia ntah). kelakar Hafiy duk kat isle tu tapi nak pegang dinding dia, sampai tersungkur (tapi Mami pegang la). bawak jalan ketuk2 dinding...

tapi tak puas hati jugak, nak troli jugak. kasik la can seround lagi...

bila waiting room dah buka, kita masuk & Hafiy tiba2 jerit. Mami la.. tak tau nak buat apa, jam jam tu jugak sumbat susu. nen la 5 minit, pastu taknak dah. duk rengek2, jerit2 tak tau kenapa. mujur ada wifi, Mami bukak Youtube Barney, "Barney is a dinasour.." barula diam. tapi time dia tunggu nak replay, jerit2 jugak. ape ni....

pastu Mami try tuka lagu "I love you, you love me.." Hafiy jerit taknak. pastu dah takde mood dah tengok Barney. jerit2 lagi. aduila... Mami bawakla jalan, pegi tempat orang wat announcement. ha, main terjun2. seronok pulak. Mami letak atas meja tinggi tu, Hafiy terjun. jap lepas tu orang airport tu datang. agaknya dia nampak Mami macam 'sengsara' je, dia pun buat announcement "kami menjemput keluarga bersama anak kecil masuk dulu ke dalam pesawat" sambil lambai2 kat kita. ape lagi Mami terus cau masuk dalam plane. baru laa lega sikit.

dalam plane, amazingly Hafiy tido sepanjang 2 jam setengah tu. alhamdulillah. bole la Mami makan dengan selesa & borak2 dengan makcik sebelah. tidurnya lena betul, sampai Mami kena kejut bila dah landing. tapi pelik pulak sekarang dah xdapat toy & baby food. tambang dahla naik! Mami tanya dia cakap tak ada...

sampai Miri, sempat lagi kita dinner Mc Donald's dengan Abiy. pastu terus balik.... wah rindunya kat rumah Pujut kan. tapi keadaannya agak sadis juga hehehe.

balik Miri, Hafiy tiba2 pandai membebel. "atatatatata", "abababababbaa" nampak sangat kelakar sebab Mami tak pernah tengok Hafiy macam tu. time Mami masak, Hafiy nangis2 sambil membebel, "uwaaaa... atatatattata....uwaaaa... abababababa".

bila Mami mengadu pada Abiy tentang travel bersama Hafiy yang mencabar minda, Abiy suggest "next time tak payahla bawak Hafiy. kesian Mami, pregnant lagi, kena dokong & layan Hafiy lagi. lagipun, kalau Hafiy takde kat sini, Mami bole rehat & tumpu pada Adik pulak".

tapi Mami berat sikit, sebab tak ada stok. sekarang macam pam sehari untuk minum separuh hari (tambah stok lama). macamana Mami nak tinggal Hafiy? nanti Hafiy nak minum apa? Mami pun tak tau apa alternatif terbaik. lagi satu concern sebab tambang Hafiy dah naik. urgh! Abiy suggest Mami balik sekejap je. sehari dua je. harap2 Mami tak penatlah.

memang mencabar minda sungguh sekarang ni. Hafiy pulak makin.. makin apa ya... makin aktif la gamaknya.
- dalam kereta jalan sendiri capai stereng, & dah tahu fungsi wiper. kalau tak bagi jerit2, liuk2 badan.
- suka sangat ngan Abiy. asik nak dokong Abiy je.
- suka dengan pen. kalo jumpa pen kat mana2 siaplah. kalau Mami nak amik sebab 'takut tercucuk' Hafiy akan jerit & cari kat mana Mami sorok pen tu.
- suka main 'masukkan dan kuarkan biskut dari bekas'. tapi tak makan pun.
- suka main ngan laptop Abiy. Abiy kalo Hafiy ada, memang tak buat kerja laa dia.
- pandai panjat high chair dan percubaan terjun.
- turun katil dengan cara superman. angkat tangan tinggi2 dan.... terjun!
- pandai turun kerusi dengan sopan tapi panjat tak bole lagi.
- suka rusk brand Heinz je. brand lain takmo. Mami rasa sama je rasanya.... appara...
- kalau nak suap nasi kene cakap "Thomas coming.. where's the tunnel?" baru nak bukak mulut.
- suka gigit nen dengan sengaja. kenapa haaa? sampai Mami terjerit2 je. sampai luka tau!
- gigi ada 4 batang, 2 besar kat atas. 2 kecit kat bawah.
- tahu je kalau orang nak keluar. terus datang ke kaki 'atatatata'.
- suka dekat Uncle Suryadi je, orang lain bolayan. apsal ha? hensem sangat ke Uncle Adi tu?
- nak makan sendiri tapi Mami tak ajar lagi. pandai pulak, cuma nak senduk nasi dalam mangkuk tak pass lagilah. hehe. ada ke pakai sudu tapi nak senduk dengan tangan?
- tiba2 pandai minum pakai straw. selama2 ni, walaupun Auntie Jua dah bagi tips tapi Mami tak penah buat pun. hahaha.
- suka cubit/ramas muka orang. baru ni pegi buat kat Nasa, sian Nasa, nangis2 dia.
- kat luar, macho. senyum pun kontrol2. kat rumaaaaahhh.... huh. asyik 'atatatatatta' jerit2. sengih2. Abiy tak buat lawak pun Hafiy bantai gelak.
- suka pompuan cantik. hahahahaha.

kat sini, Mami hantar Hafiy rumah 'makcik' kat Permyjaya, yang mengasuh Faiz, sebab Faiz kat KL minggu ni.
pagi2 semalam Mami hantar, Mami pesan kat Makcik, Hafiy ni minum susu sikit2, makan banyak, siang tidur kurang, kuat nangis.

bila balik, Makcik repot.
- minum susu sikit.. OK
- makan banyak.. OK
- tido lama.. APA?????
- tak nangis pun.. APA?????

bulan depan Hafiy dah 11 bulan, pastu raya seminggu Hafiy setahun dah. alhamdulillah... anak Mami sihat2. Mami ada berangan nak buat birthday bash Hafiy. Adik pulak, semakin 'menonjolkan' diri. hari2 makan luar sebab Mami 'tak selera' nak masak, sampai Abiy cakap "Mami balik pun sama je Abiy makan luar....".

Mami dah buat appointment untuk Adik, 2 September ni. yea yeah.

tapi ada benda yang mencabar juga, sebab Abiy kene pegi KL Rabu ni. aduh! tinggal berdua tiga dengan Hafiy (dan Adik)???

uhh Mami tak sabar2 tunggu petang... nak ambik Hafiy kat rumah Makcik! seronok sekarang kita duk sekeluarga je. cuma rumahlah bersepah sangat2. heheh.

2 Years



alhamdulillah, we've been together for 2 years now.but it's just like yesterday, when Abiy replied with the oath that made us husband and wife.

2 years is not long, we're still learning about each other sampai hari ni. mengenali peribadi orang yang paling rapat dengan kita is the nicest thing. sebab, kadang2 kita rasa tak perlukan effort untuk mengenali dia (orang kata dah tidur sebantal) but it's really not that simple. untuk kenali suami sendiri adalah antara perkara tersusah, sebab terperangkap dalam beberapa 'traps' yang diomok2 sebelum nikah, seperti:-

-isteri mendapat perlindungan, layanan, kemanjaan, belaian maximum dari suami.
-suami pembimbing isteri ke jalan yang benar.
-suami tempat isteri bergantung dan berharap.
-dsb.

hakikat perkahwinan adalah satu hubungan synergy antara kedua pihak. Mami dapati (dari pengamatan dan pengalaman), ramai pasangan muda (tak semua) yang salahfaham tentang hakikat sebuah pernikahan. ya pernikahan itu melengkapkan hidup dan keimanan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Thabrani "barangsiapa yang menikah,maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman, kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh yang tinggal". pernikahan, di dalam al-Quran disebut sebagai 'perjanjian yang berat', maka ia bukanlah sesuatu untuk berseronok-seronok atau main-main.

Allah dan Rasul-Nya telah memberi beberapa panduan dalam memilih pasangan hidup. dan yang paling penting, adalah memilih dari segi agamanya, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim "wanita itu dinikahi karena empat hal : karena agamanya, keturunannya, hartanya, dan kecantikannya. Perhatikanlah agamanya, maka kamu akan selamat”. (begitu juga diapply dalam hal memilih suami). mengapa kita sanggup menikah dengan pasangan kita? adakah benar2 kerana Allah? atau semata2 kerana cinta? atau kerana kekayaannya? atau kerana sudah terdesak dan tiada pilihan lain?

namun harus kita ingat, permulaan itu tidak menentukan pengakhiran. pernikahan bukanlah satu penamat. ya, ia penamat zaman bujang, tapi ia adalah satu perjalanan baru, yang sangat unik dan tak tercapai minda mereka2 yang masih belum merasainya. bayangkan kita dengan ibubapa sendiri, yang sejak dari dalam kandungan lagi dibelai, ditilik, dikasih mereka, kadangkala (if not most of the times) ada salah faham, terasa hati, merajuk, miscommunication dan sebagainya. kasih ibu itu, memang tiada syarat, (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah), sehingga Allah mengumpamakan 'Allah mengasihi hamba lebih daripada seorang ibu kasih kepada anaknya'. kenapa Allah sampai mengumpamakan demikian? kerana kasih yang tidak bersyarat itulah. walaupun anaknya cacat, jahat, bodoh, etc. tapi ibu tetap sayang pada anak (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah). tapi kalau pasangan macamana? ibu tak akan buang anaknya atau 'bercerai' dengan darah dagingnya sendiri. malah, kadang2 ibu yang didera suami pun sanggup bertahan demi anak2.

bagaimana pula dengan pasangan yang baru kita kenali? dengan keluarganya lagi, yang macam2 perangai. mampukah berlapang dada bila sudah berkahwin baru tahu perangai sebenar suami, masa bercinta pijak semut tak mati, tapi bila dah kahwin, jentik gajah pun boleh koma. apa yang perlu kita lakukan jika begini keadaannya? menangis? mengeluh? mengadu pada keluarga? bersedih dan berkeluh kesah? kerana itulah pentingnya pemilihan awal2, akan ciri2 pasangan yang kita pilih untuk melayari bahtera rumahtangga.

isteri dijadikan sebagai teman suami yang paling rapat, sahabat yang paling akrab, jururunding, pakar motivasi, pendorong cita-cita, dan segala sumber bagi suami. isteri bukanlah hanya mengharap perlindungan dan bimbingan suami semata2. seorang isteri, malah ibu bukanlah badan keretapi yang mengikut saja ke mana lokomotif membawanya, sebaliknya isteri dan ibu adalah rel keretapi itu. isteri dan ibulah yang menentukan ke mana hala tujuan sebuah keluarga itu akan pergi.

kenapa? kerana isteri dan ibulah yang memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga dan mendidik keluarga, dan sebagainya. benda paling simple, tapi memberi impak yang besar, makanan. adakah makanan yang disediakan itu benar2 bersih dan halal untuk hidangan ahli keluarga? kerana we are what we it. at-Tabarani meriwayatkan sebuah hadis "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya." haram itu bukanlah daging babi/anjing sahaja, tapi dari segi sumbernya (wang beli makanan hasil dari mana?), dari segi penyediaannya (menggunakan bahan yang betul2 halal?), dan sebagainya. seorang ibu mesti melihat semua perkara itu, menjaga kebersihan dan mengamalkan zikir semasa memasak agar hidangan yang berkat memasuki mulut keluarga.

oh, Mami bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal ini, sebab Mami pun baru setahun jagung saja :D dan Mami memang banyak sangat benda yang perlu diperbaiki. oh, sangat jauh dari level isteri solehah tu.

namun Mami ucapkan ribuan terima kasih terhadap kawan2 Mami, Auntie Lin, Fiza, Riana & Zana sebab menyarankan Mami baca 'Men are From Mars, Women Are From Venus' sebelum menikah dulu. kami sama2 baca buku tu, dan alhamdulillah, walaupun ia ditulis oleh seorang putih (mat saleh) tapi sangat banyak padat berisi, cuma tak ada hadis2 dan firman sajalah. sekarang Mami tengah berusaha membaca 'A Gift For Muslim Bride' (yang kat shelf Mami tu). oh buku ni sangat amazing dan inspiring! terasa sangat kerdilnya diri ini. (all wives & wives-to-be should read!)

memang ada perkara yang Mami tak suka, tak boleh lari lah, tapi bila cermin diri ni, "bagus sangat ke Mami ni?","solehah sangat ke Mami ni?". sebagai isteri yang tak sempurna, Mami sentiasa mendoakan Abiy, semoga beliau menjadi hamba yang Allah redhai, pemimpin orang2 bertaqwa. dan Mami bersyukur, dalam ramai2 perempuan kat Malaysia ni, Abiy pilih Mami untuk jadi pendampingya, ibu pada anak-anaknya. jadi, kenapa Mami mesti komplen kalau ada sifat dan sikap Abiy yang kurang pada pandangan Mami? mungkin itu adalah pembalasan pada dosa2 Mami juga. haruslah Mami terima kekurangan itu dengan redha, sebagaimana Abiy menerima kekurangan Mami.

semoga Allah merahmati pernikahan kami, dan membimbing kami ke jalan-Nya. perkahwinan ialah saling pergantungan. semoga permulaan ini membawak kepada perjalanan dan pengakhiran yang hasanah. semuanya memerlukan kerja keras, kerana sangat banyak anasir merosak. walau tak ada gangguan outsiders, dalam rumahtangga sendiri pun bole ada konflik dalaman. semoga Allah melindungi kami, dan sebelum itu, kamilah dulu yang perlu 'melindungi' hak-hak Allah.

sepotong hadis yang pernah Abiy bagi pada Mami dulu, yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "jika datang seorang laki-laki kepadamu untuk melamarmu, sedang kau tahu ia baik akhlak dan agamanya lalu kau tolak, maka jadilah fitnah buatmu dan kerosakan yang besar."

TQ my dear Abg. may Allah bless us, now and hereafter. I LOVE YOU SO MUCH! Happy 2nd Anniversary (& 2nd child :D).