Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Keluar Dari Zon Selesa

Bila menyebut tentang keluar dari zon selesa atau comfort zone, ramai yang kelihatan gelisah. Keluar dari zon selesa? Maksudnya apa? Hidup secara susahkah? Adakah saya kena berjaga malam?

Zon selesa... adalah ruang di mana kita banyak bermain dengan emosi "OK je la ni", "Dah-dah la tu", "Aku memang macam ni je", "Ni je aku mampu buat", "Tak mampu".

Atau pun juga perkara-perkara yang kita buat setiap hari tanpa "effort" untuk memulakannya. Misalnya bangun tidur kita masuk bilik air basuh muka, mandi dan ambil wuduk lalu solat Subuh. Tak perlukan effort kerana ia dah jadi rutin dan habit kita setiap pagi.

Keluar dari zon selesa, cuma menambah sikit rencah positif dalam emosi2 di atas,

"Boleh lagi ni"
"Kena cuba ekstra sikit"
"Aku boleh tukar rutin"
"Aku boleh buat lebih"
"Aku boleh"

Dengan sekadar menambah satu rutin dalam jadual harian juga dikira sudah keluar dari zon selesa. Ini kerana kita akan berusaha untuk 'adapt' dengan rutin yang baru. Perkara baru yang kita mula amalkan tidak mudah untuk menjadi habit. Misalnya masa cuci muka kita nak mula amalkan selawat. Nampak remeh tapi untuk konsisten kita sebenarnya dah bawa diri kita selangkah keluar dari zon selesa.



Keluar dari zon selesa bukan hidup dalam keadaan tidak selesa... tidak, bukan begitu maksudnya. Bukan kita kena jual tilam dan tidur atas lantai beralaskan surat khabar.

Keluar dari zon selesa semudah melakukan BENDA BARU atau/dan membuat sesuatu yang EKSTRA dari biasa.

Mengubah habit tak mudah kan?

Siapa yang nak keluar dari zon selesa?

Yang pasti, kejayaan dan impian kita berada di luar zon selesa.


Bila kita berjaya keluar dari zon selesa, kehidupan kita akan jadi lebih bermakna dan lebih selesa :)