Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Bisnes Terbaik Untuk Dimulakan?

Terbaik, tercantik, terhebat, adalah subjektif (selain dari yang sudah digariskan oleh syarak. kalau dah masuk dalam Quran, dalam hadis tu tak usah kita pertikaikan lagi).

Sesuatu yang baik bagi saya mungkin tidak baik bagi anda. Setiap orang mempunyai preferansi masing-masing dalam menentukan pilihan hidup. Ada orang yakin memiliki sijil phD adalah yang terbaik buat mereka, namun pada masa yang sama ada yang berpendapat, memiliki phD tidak sekali-kali membantukan dalam memperbaiki kualiti hidup.

Justeru, bisnes terbaik untuk dimulakan juga subjektif.

Mengikut ujian personaliti, saya adalah seorang sanguine-phlegmatic.

Ciri-ciri sanguine (influencer):
  • penghidup and penyeri suasana. 
  • Happy go lucky, selamba
  • Kelakar
  • Peramah
  • Boleh join group apa saja
  • Tak tau malu
  • Memiliki sifat "hantam sajalah" 
  • Hati kering 
  • Gopoh dan gelojoh
  • Cepat melatah
  • Terlalu reaktif
Ciri-ciri phlegmatic (steady):
  • Sabar
  • Bersifat lembut
  • Pendengar yang baik
  • Sanggup berkorban untuk orang lain
  • Kalau dalam group ramai-ramai orang phlegmatic ni yang paling senyap dan layan je lah semua karenah
  • Steady ni suka guna perkataan "tak pe lah"
  • Slow
  • Banyak fikir
  • Mudah putus asa
  • Rasa diri kurang dari orang lain
Dua sifat ni memang opposite, dari blend dalam diri saya. Hehe. Masa buat personality test ni, dalam ramai-ramai tu ada 2 orang je yang bersifat sanguine-phlegmatic ni. Saya dan ada seorang pelajar lelaki.

Jadi bila blending of these characters, jadilah saya, seorang yang suka bersosial tapi suka bersendiri. Sosial.. tapi suka menyendiri... dan itulah saya telah bertemu dengan satu cabang bisnes yang sesuai dengan saya - bisnes online yang tak memerlukan saya bertemu orang lain secara berdepan.

Saya juga adalah seorang yang suka 'bernetwork' tapi tak suka sesi networking. Pelik la pula kan.

Manusia ni memang unik. Ada orang 'dijadikan' untuk berada di dalam kalangan orang banyak, dan ada orang 'dijadikan' untuk berada di kalangan orang-orang yang sedikit. Itulah orang-orang introvert, seperti saya.

Namun begitu, walau apa pun personaliti kita, itulah dia keistimewaan kita.

Kerana itu, antara perkara awal yang kita kena buat ialah kenali diri dan personaliti kita, dan 'asah' ke tahap optimum. Tidak ada satu karakter yang terbaik, melainkan semuanya baik-baik jika digarap dengan baik.

Banyak cara dan teori untuk mengetahui personaliti, malah ada yang menggunakan metafizik dan sebagainya. Itu semua tak penting, yang penting kita tahu kita adalah makhluk-makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah untuk memakmurkan bumi dalam menyembah-Nya. Setiap kita ada peranan masing-masing.

Oleh itu kenali diri sendiri, penting bukan saja untuk menilai keputusan yang kita nak buat, baik dalam karier atau memulakan bisnes, tapi dalam sesi perhambaan terhadap Allah SWT. Awal agama mengenal Allah, semakin kita kenal diri kita siapa, semakin kita kenal Allah. Semakin kita kenal Allah, semakin mudah kita mendapat ilham, apakah keputusan terbaik, bisnes terbaik untuk kita mulakan.

Mulakan hari ni!