Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Tips Berniaga Online - Ikut Kemampuan

Sekarang seolah menjadi trend bila ramai yang nak berniaga dan memiliki perniagaan sendiri.

Ramai yang mengutarakan hadis popuar yang mendapat pandangan berbeza di kalangan para ulama hadis. Sebahagian berpendapat habis ini mursal, dhaif malah hasan, yakni:

"9/10 rezeki dari perniagaan"

Bukanlah saya untuk berbahas tentang hadis ini, namun di kalangan orang banyak, pelbagai penafsiran telah diutarakan, mengikut pengalaman masing-masing.

Walau bagaimanapun, hadis ni tak sepatutnya dijadikan alat untuk memujuk orang-orang yang bekerja makan gaji agar menjalankan perniagaan. Kerana kita memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan. Dan kerja halal yang dilakukan oleh kudrat sendiri adalah lebih disukai Allah.

Berbalik kepada hal berniaga... berniaga itu nampak senang tapi tak mudah. Tak ramai orang yang dapat bertahan dalam perniagaan.

Berniaga itu bukan sekadar 'aku jual, kau beli'. Sedangkan Rasulullah SAW mendapat pendedahan sejak kecil dalam bidang perniagaan.

Sebelum memilih untuk memulakan perniagaan, baik offline atau online, antara perkara2 awal yang harus diambilkira adalah risiko dan pengorbanan yang harus dilakukan. Ya, pengorbanan. Mungkin sebelum menjadi peniaga kita lihat orang berniaga sebagai banyak untung, mudah, senang jadi kaya. Hakikatnya, sangat jauh.

Tidak semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Banyak bisnes yang melingkup. Malah ada yang tak bergerak pun.

Jadi pertama sekali perlu ada ilmu dalam bidang perniagaan ni. Dan tahu personaliti perniagaan kita.

Ilmu penting supaya kita tahu apa yang kita buat, dan tidak ikut-ikut orang sahaja.

Sebelum buka perniagaan, baik offline atau online, kena tengok kemampuan diri dan komitmen yang boleh diberikan.

Berniaga bukan terus dapat 100 pelanggan.

Harus 'menjual' nama dan diri sebelum menjual barang. Kerana pemasaran abad ini tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Pelanggan membeli bukan lagi kerana nak dapatkan barang, tapi dapatkan 'nilai' di sebalik barang tu. 'Nilai' tu boleh jadi nilai diri kita, contohnya peminat Siti Nurhaliza membeli produk SimplySiti kerana "nak jadi macam Datuk Siti" sedangkan banyak lagi produk2 kecantikan di pasaran. Atau peminat Hijjaz membeli kopiah Hijjaz kerana nak sama dengan Hijjaz. Atau seorang ibu membeli lampin kain kerana nak menjaga kehijauan bumi.

Jika kita lihat 'peniaga-peniaga' yang bertahan hingga kini, tagline mereka merujuk kepada value kepada pengguna produk mereka, misalnya Nike dengan 'Just Do It', atau Apple dengan 'Think Differently'. Nilai2 itu dibawa oleh pengguna produk Nike untuk "lakukan saja!" dan pengguna Apple untuk "fikir di luar kotak".

Jadi, terlebih dahulu kaji kemampuan kita dan niat untuk menjalankan perniagaan. Dan kita akan tahu di mana tempat yang kita mampu.

Kemampuan kita itu yang meletakkan kita di mana. Seperti saya, saya tidak mampu nak mempunyai premis, kerana saya seorang yang suka berada di rumah dan tidak suka keluar bertemu orang ramai. Namun sifat tersebut bukan penghalang untuk saya berniaga. Jadi, saya boleh berniaga dari rumah secara online. Ia membuatkan saya selesa dan gembira!