sejak Mami tinggal Hafiy waktu balik Miri last 2 week, i took a week untuk sesuaikan diri balik dengan Hafiy. OK, i dunno about other kids, tapi Hafiy memang sangat jauh berbeza. sampai hati Mami berkata-kata "betul ke Hafiy anak Mami ni? apsal lain?"
antara kelainan yang Mami dapat rasa (masa mula2 balik):-
- muka makin bulat.
- dah tak bercakap! before Mami tinggal if nak ape2, adalah words yang Mami bole faham, like "em", "mam", "em-mi", "Ma-mi", "nak"... tapi sejak kene tinggal, nak apa2 semua main jerit ke. kena la try & error satu-satu sampai jumpa Hafiy nak apa sebenarnya.
- Hafiy dah taknak bf bila Mami balik kerja. biasanya Mami balik2, terus claim em-Mi, tapi sekarang if Mami offer pun taknak. kalau nak pun, sekadar jaga hati je. 'lick' sikit2 pastu pegi main kat dapur.
- hantu TV ok!
yang lain Mami tak kisah pun, cuma part yang paling last tu, agak down jugaklah bila duk kusyuk join Bibik & Tok Ma tengok drama Malay or Indon. bukan ape, faham-faham la kalo dah tengok drama zaman sekarang ni... and at this age, Hafiy sedang giat mengcopy benda-benda yang ditengok. kalau join Abiy tengok TV takpe, Abiy tengok channel news je :D
malam first Mami sampai, Hafiy nangis-nangis masa nak tido, even if mata dah tak bole buka. macam2 Mami buat, tiup2 segala, bagi emem, semua taknak. last-last... bawak turun... Tok Ma bukak TV. OK.. barula tido! rupa-rupanya masa Mami takde, Hafiy tido kat depan TV.
Mami agak pantang kalau tido kat tempat lain selain bilik, kalau ada bilik. if balik kampung tak boleh buat ape la kan. itu Mami selalu kejut Abiy kalau beliau tertidur depan TV. bukan Abiy je, Tok Pa, Tok Ma & sape2 ajelah yang tertidur depan TV, Mami kejut suh tidur bilik. selain dari keselesaan di atas tilam, kat dalam bilik lebih secure dari ruang tamu. kalau kat ruang tamu tu, orang masuk ke (naudzubillah), terus jumpa kita dulu.
so, start dari malam berikutnya, lepas dinner je, Mami terus 'melarikan' Hafiy ke atas. syukurlah, sekarang if Mami lepak2 sekejap kat bawah, Hafiy dah merengek nak naik atas. kat atas lagi best main kan? Hafiy kan suka main buka-tutup bekas-bekas & main-main barang Mami especially perfume & sikat rambut.
now Hafiy dah big boy, 13 bulan dah. macam-macam perangai lah budak nak membesar.
(1) malam-malam tidur awal tapi midnight bangun, ada la apa-apa yang dikehendaki. malam tadi Hafiy nak main deodoran Mami. mula-mula macam biasa... cap and uncap. lepas tu calit2 kat badan Mami. and finally... nak jilat! oh itu sudah tiada dalam kurikulum penggunaan deodoran. bila Mami simpan balik, Hafiy nangis sekuat hati. offer benda2 lain semua Hafiy geleng. oh Mami tak larat nak layan. biar aje merengek-rengek sampai tidur sendiri.
(2) nak makan sendiri. nak lauk yang orang lain makan. tapi orang-orang tua suka tengok Hafiy makan. derang kata Hafiy pandai makan, tak main sumbat semua. makan suap sikit-sikit, ada lauk, sayur... tapi still la lantai makan lagi banyak. pastu suka suap orang. Mami & ABiy la yang selalu kena suap :D pandai Hafiy ni, nanti boleh suapkan Adik ye...
"mam Abiy, mam..!" (3) tahu duk dalam toilet. kalau toilet cangkung, Hafiy cangkung. toilet duduk, Hafiy duduk. tapi kita tak ada pelapik toilet untuk toddler. pegi shopping complex je la dapat merasa sesekali...
(4) Hafiy suka selongkar drawer senduk Tok Ma dan peti ais tempat simpan sayur. benda paling disukai, main senduk, bawang dan belacan or asam jawa. kalau orang sibuk kat dapur, Hafiy pun sibuk sama nak tumbuk, nak masak sekali. so kene selalu ada senduk dan pinggan plastik kat tangan.
(5) dan macam-macam lagila perangai budak masuk tahun ke-2 kehidupan.
Mami & Abiy pulak kena ready dengan kerenah-kerenah yang bakal kami hadapi, especially benda2 berkenaan tantrum (why the young toddlers always associate with tantrum?). sekarang pun Hafiy dah menunjukkan ciri-ciri tersebut bila:-
(1) nak dokong tapi Mami suruh jalan. guling-guling kat lantai la jawabnya.
(2) bila nak buat something tapi tak dapat, i.e. tak dapat nak cap-kan botol, nasiblah botol tu kena campak (tapi Hafiy kutip balik dan cuba lagi. good).
(3) bila pegi bookstore, Hafiy suka grab color2 yang ada kat situ, especially water color dalam silinder kecik2 tu. kalau Mami cakap "..letak balik", Hafiy geleng. kalau Mami ambil dari tangan Hafiy, siaplah satu store tu Hafiy jerit.
dah la tu story sal Hafiy.
semalam Mami pegi check up Adik. he is 26 week now (*he, OK). alhamdulillah, Mami have no problem except bleeding gum dan perasaan 'kembang' di pintu gate Adik nak kuar nanti. Dr. Seri recommends Mami jumpa dentist, since Mami tak ada bleeding kat tempat lain i.e. nose, luka2, etc. so takde masalah dengan blood, cuma perkara biasa, during pregnancy gusi akan bengkak sikit. tapi kali ni teruk jugaklah bleeding gum tu, everytime gosok gigi berdarah yang sangat banyak & kadang2 if kumur without gosok gigi pun boleh berdarah. and about the perasaan 'kembang' could be because urat kembang. nanti lepas bersalin baru boleh treat (jika betul).
Dr Seri cakap, Adik agak besar lah. and maybe akan lahir besar. ops... saspen pulak. berat Mami pun naik mencanak2. dari 45kg before pregnant, sampailah 4 bulan 44kg je, 5 bulan jadi 50kg, sekarang dah dekat 54kg! masa Hafiy, full term Mami 55kg... isk isk isk. Mami gemuk! pipi pun kembang semangkuk dah ni.
image dicilok dari BabyCentre. tapi Adik tak duk cam gambar tu lah. kepala Adik kat bawah. overall, Adik OK. gerak pun OK. plasenta pun kat atas. fibroid pun dah takde. cuma malu sikitlah Adik ni. semalam dua2 tangan tutup muka. Dr Seri suluh2 pun taknak bukak juga. print pun gamba tangan je. hehe. takpelah, nanti lain kali kita suluh lagi.
Mami pun ada tanya Dr Seri pasal GBS (Group B Streptococcus). dia kata, dia cuma akan buat test tu kalau ada simptom saja, like discharge yang luar biasa & dapat detect dari urine test. routinly, dia tak buat lah. Dr Seri cakap Mami, jangan risau ye, you sihat :) alhamdulillah.
tapi Mami lupa mintak surat naik flight. lagi 2 minggu dah 28week, kene ada surat dah nak fly.
sekarang malam-malam before tido Mami cakap-cakap ngan Hafiy sambil pegang perut. "ni Adik.. sayang Adik... Hafiy jaga Adik tau...bla bla bla" reaksi Hafiy? kadang2 kiss perut Mami. kadang2 buat derk je. kadang2 nangis. entah faham ke tidak :P
"Adik? ape tu? alhamdulillah, kita bakal dapat boy lagi. Abiy dah saspen, takut rumah runtuh pulak. ye lah, dah dua2 boy kan. tapi biasalah budak2, kalau duk diaaaaam je, pelik pulak kan. Mami akan belajar, especially dari Tok Pi. kagum dengan dia. anak dia 3 lelaki berturut2, beza umur 1 & 2 tahun je. walaupun sangat2 playful, tapi sangat2 boleh diharap. usia tadika dah boleh jemur-angkat kain, kemas rumah, bancuh teh, siap bole buat kuih raya lagi. bukan setakat tolong Mak, tapi buat sendiri! biasa yang Mami tengok, budak lelaki usia tadika & tahap 1 sekolah rendah, keje nak main je...
Mami rasa.. mencabar juga lah sebenarnya. especially for Abiy. kawan2 sebaya Abiy baru nak memulakan hidup, baru nak kahwin, dan ramai lagi yang belum kahwin. Abiy dah nak masuk anak ke-2. kalau Mami, ramai dah kawan Mami anak 3-4 orang, so takde la rasa janggal. semoga Allah memelihara keluarga kita. yang penting, Allah bagi kekuatan pada Mami untuk mendidik anak-anak supaya tak menyusahkan orang lain.
bila tengok anak-anak orang (lain) pegi rumah/tempat orang, buat kecoh, buat sepah, etc. sikit sebanyak buat hostnya tak selesa, Mami pun saspen je.... anak-anak Mami behave tau? ameen. insya-Allah. :)