Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Melawat Tempat Menarik di Pulau Hong Kong - Aberdeen

Hari terakhir kami di Hong Kong, mengoptimumkan masa untuk melawat tempat-tempat yang menarik di kepulauan Hong Kong.


Sebenarnya ada hampir 200 buah pulau di Hong Kong. Tapi yang paling besar ialah Pulau Lantau dan Pulau Hong Kong.

Dari Kwan Tung kami ke Aberdeen, satu-satunya fishing port di Hong Kong.


Aberdeen dikenali sebagai Floating Village, sebab dulu-dulu orang situ tinggal dalam bot. Tapi sekarang tak tak ada... namun ia destinasi tourism yang menarik di Hong Kong. Naik bot di sekeliling Teluk Aberdeen. Sejuuuk.




Tak ada gambar pemandangan Hong Kong dari dalam bot (termasuk bot Jackie Chan) sebab.. bateri kamera dah habis :( Akibatnya... penat sangat sampai lupa caj kamera.

Aberdeen, berdiri di celah2 bangunan. Dari luar tengok macam tak logik ada teluk yang cantik kat situ. Tapi.. penuh dengan bot. Hehe. Dan suasana yang berjerebu tak nampak jelas sangat pemandangannya.

Budak2 seronokla tengok macam-macam jenis bot.

Lepas tu kami ke Victoria Peak.

Sambung nanti.




5 Perkara JANGAN SHARE Dalam FaceBook/Blog

Sekarang ni, FaceBook dan blog tu dah jadi macam satu dunia baru... orang2 zaman moden ni bersosial, beraktiviti dalam FaceBook. Bangun2 pagi check FaceBook, nak tido pun FaceBook lagi... sampaikan taktau bila time buat aktiviti lain sebab asyik update status FaceBook atau blog aje.

Tapi.. FaceBook.. update status tu jangan lupa KITA MENDEDAHKAN INFO KITA! Apalagi blogging. Semua orang boleh baca. Ada beberapa perkara yang kita tak boleh share di public. Walaupun "Wall/blog aku, suka hati aku lah!" Namun... terlajak update buruk padahnya.

Ada beberapa benda yang tak wajar kita nak kongsi di FaceBook dan blog, antaranya...

Alamat Rumah/Check In

Melainkan profil kita untuk 'Only Me', atau friends kita cuma di kalangan adik-beradik kita je... atau blog private, janganlah boh alamat rumah kita di profile. Ataupun check-ins di rumah sendiri... walaupun kita letak macam2 nama.. 'Syyhh place' la.... 'On my bed' la...

Easy target, ingat tu. Jangan expose alamat rumah kita.

"Saya Sedang Bercuti!"

Ini lagi easy target... kalau dah expose alamat rumah, & expose bila masanya kita tak ada di rumah.. senang2 orang boleh plan nak masuk rumah tanpa dijemput >__<

Kalau nak share status atau gambar2 macam ni, set untuk kawan2 rapat atau family saja... boleh set pada album, untuk dilihat oleh orang2 tertentu je.

Ataupun, post gambar atau cerita bila kita dah balik. Senang.

Privasi Anak-Anak

Protect anak-anak kita.. Jangan terlalu expose info atau gambar mereka di public. Baik FaceBook mahupun blog... terutama blog ni ha... we do not know who's watching them!

Kat luar sana ada pedophiles yang gila dengan budak-budak... jadi bila nak tempek gambar anak-anak, terutama anak perempuan... walaupun baby, tempeklah gambar lengkap berpakaian... gambar bogel2 tu letak privasi... pedophiles boleh jadi naik syeh kot tengok gambar budak2 macam tu.

Apa lagi info detail tentang mereka, umur berapa, tinggi berapa, berat berapa, sekolah di mana... urgh! Protect anak-anak kita ni..

Layout Rumah

Terutama yang baru masuk rumah baru, mesti excited nak share gambar rumah, gambar bilik, gambar pintu, gambar toilet...

Ini bahaya sebenarnya ya, bila kita tunjuk layout rumah kita... orang boleh PLAN macamana cara terbaik nak pecah masuk dalam rumah! Lagi2 bila dah ada layout, walaupun asing-asing gambarnya tapi orang jahat sekarang makin bijak.

Complaint Boss/Mak Ayah/Mak Mentua/Pasangan..

Kok ye nak lepas geram tak payah cerita detail sebut nama/pangkat semua. Mereka pun entah2 ada blog & FB jugak.. sama2 jaga keharmonian...

Sama-sama kita berpesan-pesan ya. Kalau excited sangat nak kongsi benda yang patutnya secret, buat group secret dengan family ke kawan rapat ke, update lah, upload lah sesuka hati. Terutama yang melibatkan orang lain dalam family kita. Kita mungkin tak kisah..'siapa la yang baca blog aku kan' tapi jangan terantuk dulu baru tergadah.




Kenapa Saya Suka Bisnes Shaklee?

Saya pun tak ingat sejak bila saya mula berbisnes. Tapi masa sekolah dulu saya ada la jual benda-benda keperluan sekolah. Walaupun rugi, hahaha. Secara tak langsung terlibat dengan bisnes-bisnes jadi ejen macam2 orang. Tapi mungkin sebab tengah belajar jadi tak ambil pusing sangat tentang perancangan bisnes ni... dapat duit, enjoy!

MLM pertama yang saya sertai adalah Syarikat O. Masa tu saya memang tak faham apa2 tentang perniagaan. Yang diberitahu sebelum sertai syarikat O tu adalah:

"Kau bayar RMXXX, lepas tu kau cari 3 kaki. Nanti 3 kaki kau ni akan cari lagi 3 kaki. Tiap2 bulan duit akan masuk RMYYYY.

Senang.

Tak payah jual barang.

Cari new members je. Standard practice lah kena senaraikan 100 orang yang kita nak approach.

Masa tu, saya memang tak faham pun tentang bisnes. Saya pun nampak MLM begitu. Register, then cari orang, cari orang, cari orang... kau akan kaya-raya.

Tapi saya tak pandai cari orang. Takde orang pun sign up dengan saya. Hehehe.

Kemudian, MLM ke-2. Syarikat L. Sebab tertarik dengan produk dia. Yang ni tak suruh cari orang. Ajar menjual pun tak. Terkial-kial, lalu berkubur macam tu je.

Saya mula berniaga secara online. Dengan produk digital. Memang menarik sangat sebab tak perlu nak pos ke pass ke... semua atas talian saja.

Pada masa yang sama, saya berjumpa dengan Shaklee. Disebabkan puas hati dengan hasilnya, saya jadi ahli. Lepas jadi ahli baru tahu Shaklee ni MLM. Tapi, upline saya tak pernah suruh register dan cari orang supaya cepat kaya.

Dari sini saya belajar konsep MLM yang sebenar.

MLM ni adalah satu cara pemasaran produk yang menggunakan sistem 'ejen'. Ia bertujuan untuk menjimatkan kos. Dan syarikat yang memiliki produk tu memberi insentif berkaitan kepada ejen-ejen yang memasarkan produknya.

Konsepnya saya macam produk-produk yang dijual melalui ejen, cuma MLM ni dia ada beri insentif untuk pemimpin... sebab apa? Sebab syarikat2 ni 'malas' nak layan karenah ejen2 baru, jadi dia lantik ejen2 ni juga sebagai pemimpin untuk beri panduan kepada ejen2 baru.

TAPI... yang jadi >>> cari orang, cari orang, cari orang >>> adalah berpunca dari sifat serakah nak duit cepat.. menjanjikan benda bukan-bukan yang membuta-tulikan orang-orang yang nak duit cepat juga... maka timbullah kumpulan2 MLM yang memberi janji2...

'tak perlu jual barang'
'invest 10 ribu dapat 100 ribu dalam masa 6 bulan'
'sistem automatik'
'cuma perlu aktifkan nama anda saja'

dan sebagainya... yang takde satu pun mengajar tentang penjualan dan pemasaran produk.

Belum masuk produk-produk yang berdasarkan testimonial semata2.

Maka menjadi satu idea dalam pemikiran masyarakat bahawa MLM adalah satu skim perniagaan MENIPU, CEKIK DARAH, ORANG ATAS LEPAK ORANG BAWAH BUAT KERJA dan sebagainya.

MLM yang asli dan sebenar adalah adil. Pemimpin cuma mendapat bonus kepimpinan saja, dan tak usik sikitpun bonus jualan anak buah. Dan anak buah boleh mengatasi pemimpinnya, jika dia lebih pandai buat marketing dan menjual.

Namun, kerja2 MLM haram jadah tetap berlaku. Hingga ada yang sanggup bergolok bergadai kerana tertarik dengan janji-janji manis yang kosong. Paling best bila ada 'sistem automatik'...

Bisnes adalah bisnes. Ia berlaku bila ada transaksi antara 2 pihak, satu pihak terima, satu pihak bayar atas produk ataupun servis yang diberi. Tapi bila tiada produk yang dijual, tiada servis yang diberi...?

Bisnes MLM adalah bisnes yang paling mudah, kerana produk dan tersedia, dengan mentor yang terbukti. Pemimpin jualan adalah orang-orang yang sudah pun berjaya, dan orang-orang ini akan memberi sepenuh tenaga untuk menyokong anak-anak buahnya tanpa anak-anak buah ni perlu bayar.

Namun disebabkan persepsi bahawa MLM adalah Multi Level Menipu, disebabkan oleh mereka yang menjalankan MLM haram dan MLM haram jadah, ia memang sukar dikikis. Ia sama macam kita jual baju, jual senduk, bezanya baju kita tak perlu nak jahit lagi, dan tak perlu susah2 nak masuk kelas bisnes baju di sana sini, sebab mentor yang dah berjaya dalam bisnes baju akan beri bimbingan, FOC. Tapi sendiri pun kena la usahaaaaaa.

Ini lagi satu hal. Tengok janji-janji 'RM100,000 dalam masa 6 bulan', memang boleh dapat, tapi bukan dengan goyang-goyang kaki atas sofa boleh dapat. No free lunch. Tiada benda yang mudah di dunia ni. Tapi kadang terkilan juga sebab ada yang gunakan benda ni sebagai tawaran untuk mendapatkan ahli di bawah mereka.

MLM bukan dengan menambah ahli ramai-ramai... Ia perlu datang dengan kepimpinan terhadap ahli-ahli yang ingin serius. Bukan sekadar 'jualan automatik' atau 'duit automatik'. Banyaklah.. yang mempergunakan sistem MLM dengan macam2 cara... memang kasihan pada yang pernah terkena.

Tapi biasanya yang macam ni tak bertahan lama.

MLM bukan cari orang-cari orang-cari orang; sebaliknya jual barang-jual barang-jual barang, dengan bimbingan, dan dengan teknik duplikasi, kita pun akan melakukan perkara yang sama - membimbing orang lain untuk menjual, seperti yang kita lakukan.

MLM menghasilkan bukan saja penjual malah pemimpin.

Tapi sayang.... banyak yang dah merapu... terteleng ke kiri kerana nak short-cut. Hati-hati dengan short-cut. Kereta saya pernah terkena paku ketika melalui short-cut. Dan hanpir terpijak kaca masa melalui lorong short cut.

Gunakan sistem dengan betul kalau betul2 nak meniaga MLM...

Dan anda boleh nilai, bila di-approach untuk 'berniaga'... adakah yang mengajak tu benar-benar mengamalkan sistem yang betul (ajar untuk meniaga dan memimpin) atau semata-mata nak ramaikan downlines yang boleh support kedudukan dia.

Meniaga ni memang susah.

Makin besar perniagaan, makin susah.

Cuba tanya tokei Tesco dengan penjual pasar malam, yang mana paling senang nak urus?

Jadi sebelum menceburkan diri dalam APA SAJA PERNIAGAAN, kaji dulu. Kalau main redah aje, ada 2 kemungkinan, (1) anda belajar secara street smart, (2) anda tak belajar apa-apa sebab asyik kecundang & down, dan rasa "Bisnes bukan untuk saya".

Berbalik kepada tajuk, kenapa saya suka bisnes Shaklee? Kerana setakat ini, ia adalah bisnes yang benar2 kena dengan jiwa sanguine-phlegmatic saya. Saya galak bersosial tapi di atas talian saja. Saya bebas melakukan aktiviti harian saya tanpa perlu menghadiri sesi-sesi 'close sale' atau 'bertemu leader' kerana kami bertemu setiap saat di atas talian juga.

Saya menjalankan coaching, seminar, tutorial pun secara online. Ia amat sesuai dengan jiwa surirumah, dan surirumah2 serta wanita2 bekerja yang tak boleh nak commit untuk bertemu di luar.

Yang paling penting, flow positif sentiasa mengalir, dan mentoring activity sentiasa berlaku untuk mereka2 yang benar2 ingin serius. Menjadi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk lakukan apa yang mereka tak mahu.

Paling utama, kami tidak menjalankan bisnes semata-mata kerana mendapatkan sesuatu, tapi lebih kepada menjadi sesuatu. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari kualiti diri saya, saya berusaha perbaikinya.  Kita memang insan yang lemah, dan ia memberi banyak ruang untuk muhasabah.

Yang penting, saya tak hilang kawan2 saya, malah bertambah.

Niat tu penting. Seorang usahawan tugasnya membawa kebaikan dan menyelesaikan masalah masyarakat, bukan menjanjikan kekayaan yang bukan-bukan.


Akhir kata, carilah mentor yang membawa anda kepada APA YANG ANDA NAK JADI, bukannya APA YANG ANDA INGIN MILIKI. Apa yang kita nak jadi (want to be), itulah jatidiri kita, tapi apa yang kita nak miliki... sedarilah semua tu bukan milik kita.

Salam kejayaan!

Hubungi saya untuk mendapatkan naskhah 3 Keburukan MLM Yang Perlu Anda Tahu di sauberlina[@]gmail.com.

Blog Shaklee saya tempat saya berkongsi tentang Shaklee & kesihatan di sini.




Keluar Dari Zon Selesa

Bila menyebut tentang keluar dari zon selesa atau comfort zone, ramai yang kelihatan gelisah. Keluar dari zon selesa? Maksudnya apa? Hidup secara susahkah? Adakah saya kena berjaga malam?

Zon selesa... adalah ruang di mana kita banyak bermain dengan emosi "OK je la ni", "Dah-dah la tu", "Aku memang macam ni je", "Ni je aku mampu buat", "Tak mampu".

Atau pun juga perkara-perkara yang kita buat setiap hari tanpa "effort" untuk memulakannya. Misalnya bangun tidur kita masuk bilik air basuh muka, mandi dan ambil wuduk lalu solat Subuh. Tak perlukan effort kerana ia dah jadi rutin dan habit kita setiap pagi.

Keluar dari zon selesa, cuma menambah sikit rencah positif dalam emosi2 di atas,

"Boleh lagi ni"
"Kena cuba ekstra sikit"
"Aku boleh tukar rutin"
"Aku boleh buat lebih"
"Aku boleh"

Dengan sekadar menambah satu rutin dalam jadual harian juga dikira sudah keluar dari zon selesa. Ini kerana kita akan berusaha untuk 'adapt' dengan rutin yang baru. Perkara baru yang kita mula amalkan tidak mudah untuk menjadi habit. Misalnya masa cuci muka kita nak mula amalkan selawat. Nampak remeh tapi untuk konsisten kita sebenarnya dah bawa diri kita selangkah keluar dari zon selesa.



Keluar dari zon selesa bukan hidup dalam keadaan tidak selesa... tidak, bukan begitu maksudnya. Bukan kita kena jual tilam dan tidur atas lantai beralaskan surat khabar.

Keluar dari zon selesa semudah melakukan BENDA BARU atau/dan membuat sesuatu yang EKSTRA dari biasa.

Mengubah habit tak mudah kan?

Siapa yang nak keluar dari zon selesa?

Yang pasti, kejayaan dan impian kita berada di luar zon selesa.


Bila kita berjaya keluar dari zon selesa, kehidupan kita akan jadi lebih bermakna dan lebih selesa :)

Bisnes Terbaik Untuk Dimulakan?

Terbaik, tercantik, terhebat, adalah subjektif (selain dari yang sudah digariskan oleh syarak. kalau dah masuk dalam Quran, dalam hadis tu tak usah kita pertikaikan lagi).

Sesuatu yang baik bagi saya mungkin tidak baik bagi anda. Setiap orang mempunyai preferansi masing-masing dalam menentukan pilihan hidup. Ada orang yakin memiliki sijil phD adalah yang terbaik buat mereka, namun pada masa yang sama ada yang berpendapat, memiliki phD tidak sekali-kali membantukan dalam memperbaiki kualiti hidup.

Justeru, bisnes terbaik untuk dimulakan juga subjektif.

Mengikut ujian personaliti, saya adalah seorang sanguine-phlegmatic.

Ciri-ciri sanguine (influencer):
  • penghidup and penyeri suasana. 
  • Happy go lucky, selamba
  • Kelakar
  • Peramah
  • Boleh join group apa saja
  • Tak tau malu
  • Memiliki sifat "hantam sajalah" 
  • Hati kering 
  • Gopoh dan gelojoh
  • Cepat melatah
  • Terlalu reaktif
Ciri-ciri phlegmatic (steady):
  • Sabar
  • Bersifat lembut
  • Pendengar yang baik
  • Sanggup berkorban untuk orang lain
  • Kalau dalam group ramai-ramai orang phlegmatic ni yang paling senyap dan layan je lah semua karenah
  • Steady ni suka guna perkataan "tak pe lah"
  • Slow
  • Banyak fikir
  • Mudah putus asa
  • Rasa diri kurang dari orang lain
Dua sifat ni memang opposite, dari blend dalam diri saya. Hehe. Masa buat personality test ni, dalam ramai-ramai tu ada 2 orang je yang bersifat sanguine-phlegmatic ni. Saya dan ada seorang pelajar lelaki.

Jadi bila blending of these characters, jadilah saya, seorang yang suka bersosial tapi suka bersendiri. Sosial.. tapi suka menyendiri... dan itulah saya telah bertemu dengan satu cabang bisnes yang sesuai dengan saya - bisnes online yang tak memerlukan saya bertemu orang lain secara berdepan.

Saya juga adalah seorang yang suka 'bernetwork' tapi tak suka sesi networking. Pelik la pula kan.

Manusia ni memang unik. Ada orang 'dijadikan' untuk berada di dalam kalangan orang banyak, dan ada orang 'dijadikan' untuk berada di kalangan orang-orang yang sedikit. Itulah orang-orang introvert, seperti saya.

Namun begitu, walau apa pun personaliti kita, itulah dia keistimewaan kita.

Kerana itu, antara perkara awal yang kita kena buat ialah kenali diri dan personaliti kita, dan 'asah' ke tahap optimum. Tidak ada satu karakter yang terbaik, melainkan semuanya baik-baik jika digarap dengan baik.

Banyak cara dan teori untuk mengetahui personaliti, malah ada yang menggunakan metafizik dan sebagainya. Itu semua tak penting, yang penting kita tahu kita adalah makhluk-makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah untuk memakmurkan bumi dalam menyembah-Nya. Setiap kita ada peranan masing-masing.

Oleh itu kenali diri sendiri, penting bukan saja untuk menilai keputusan yang kita nak buat, baik dalam karier atau memulakan bisnes, tapi dalam sesi perhambaan terhadap Allah SWT. Awal agama mengenal Allah, semakin kita kenal diri kita siapa, semakin kita kenal Allah. Semakin kita kenal Allah, semakin mudah kita mendapat ilham, apakah keputusan terbaik, bisnes terbaik untuk kita mulakan.

Mulakan hari ni!

Pengalaman Lawatan Ke Disneyland Hong Kong

Melancong ke Hong Kong dengan anak-anak, tak lengkap kalau tak bawa mereka ke Disneyland. Maklumlah, budak-budak kecil masih tak dapat nak appreciate apa yang kita lihat, kita rasa. Kita mungkn nampak bagaimana Hong Kong berubah dari sebuah daerah bergunung-ganang dan berbatu-batan menjadi entrepĂ´t trade, dan sebuah negara pembuatan dan perkilangan pada zaman British.

Namun untuk anak-anak, keluar sekejap dari dunia serius memikirkan plot-plot sejarah Hong Kong dengan membawa mereka berekreasi di Disneyland.


Disneyland terletak di Pulau Lantau. Kami pilih hari kerja kononnya tak ramai orang kot.. tapi ramai juga. Hihi.

Walaupun menggunakan SSC (baby wear) untuk Fahry dan Danny, tapi kami sewa juga stroller... Boleh sewa kat bangunan sebelah City Hall.


Disneyland membawa balik ke zaman kanak-kanak. Hehe. Patutlah generasi ni dipanggil 'Peter Pan Generation' - generasi yang enggan membesar.


Masuk-masuk je disambut oleh brader ni main muzik dengan barang-barang nak cuci lantai.


Lepas tu kami ke tempat-tempat yang must-see di Disneyland. Sebab masa terhad, kena rancang awal2 mana yang menarik & worth seen. Kalau ada 2-3 hari takpe, boleh masuk semua.

Mula-mula kami ke Advantureland. Di Advantureland ni ada restoran Tahitian Terrace yang menyajikan makanan halal.


Ini juga satu sebab tak sabar-sabar nak ke Disneyland. Di area hotel kami tak ada restoran makanan halal. Silap juga ya, cari hotel yang murah2 di luar Kowloon :D Next time cari hotel2 di heart of Kowloon je, banyak kedai makan halal.

Lepas tu kami naik rumah tarzan.


Nak ke rumah tarzan ni kena naik rakit.

Lepas tengok2 rumah tarzan, kami ke Festival of The Lion King.


Ini pementasan tentang kisah Lion King, si Simba. Hakuna Matata!

Selepas tu kami naik rakit.. di sungai yang penuh dengan.... suprise!
Hippo!

Dikejar rhino!

Api!

Opocot meletop!

Api atas air
Lepas tu masuk ke It's A Small World ride. Kat dalam ni ditunjukkan mercu tanda dan budaya negara2 di dunia ni. Menarik tunjuk pada budak2... budaya Asia, budaya Amerika, dan sebagainya.


Lepas tu tengok Flight of Fantasy Parade, perarakan kereta berhias watak2 Disney. Kalau nak tengok dengan jelas, cari tempat di depan Sleeping Beauty Castle. Diorang akan stop lama kat situ. Kena pegi awal, kalau tak nanti duduk belakang2 je lah.


Habis Flight of Fantasy, penuhi permintaan Hafiy nak tengok Toy Story di Toy Story Land.


Kemudian masuk PhilharMagic teater 3 dimensi yang best. Jakun la kan, tak pernah tengok 3D. Budak2 pun suka, penuh dengan elemen surprise. Siap ada yang terkeluar dari skrin lagi :D

Last but not least, pementasan The Golden Mickey. Gabungan filem2 animasi Disney.


Maka berakhirlah sehari di Disneyland Hong Kong. Kami solat di City Hall, pihak pengurusan menyediakan bilik solat yang selesa dan cantik.

Ruangan solat di City Hall Disneyland
Kemudian makan malam di Tahitian Terrace, yang menyediakan makanan Asia termasuk kari Thai, dan makanan2 citarasa tekak kita... Memang sedap, dan mahal hehehe.


Masuk ke Disneyland ni pulak tak boleh bawa makanan, kecuali baby food dan air masak je yang dibenarkan.

Lepas makan makan, tengok2 apa tanda mata di kedai cenderamata sebelah, we call it a day dengan persembahan bunga api. Bunga api ni bermula jam 8.00 malam, berlangsung selama 15 minit. Dan lepas tu Disneyland pun tutup.


Maka berakhirlah sehari di Disneyland. Dengan masa yang singkat, memang kena pandai plan yang must-see tu dan tak boleh nak rest lama-lama sangat. Rugi pulak kalau masuk2, rest je kejenya kan.. bukan murah bayarannya hehe.

Summary Must-See di Hong Kong Disneyland in ONE day untuk family dengan anak-anak kecil:

  • Festival of The Lion King
  • PhilHarMagic
  • The Golden Mickey
  • It's A Small World
  • Flight of Fantasy Parade
  • River Adventure
  • Disney in The Stars Fireworks
Kedai makan halal di Adventure Land - Tahitian Terrace.

Ruang Solat di City Hall.

Sewa Stroller bersebelahan City Hall.

Anak-anak memang happy bila tengok watak-watak kartun ni. Jadi bila nak tengok 'tempat kita' diorang pun tak bising sebab dah tengok 'tempat mereka'. Hehe. 

Tempat begini mungkin pada sesetengah orang lagho dan hiburan semata-mata, tapi sebenarnya banyak benda yang kita boleh cerita pada anak2. Misalnya dalam It's A Small World, budaya2 yang ada di dunia ni. Kalau mak ayahnya pun diam je sepanjang ride tu, memang anak tak dapat tafsir apa2.

Apa-apa pun, kembara sepatutnya bukan sekadar 'enjoy' tapi ibrah dan pengalaman yang dikutip untuk diaplikasikan dalam kehidupan mendatang.

Untuk info lanjut tentang Hong Kong Disneyland boleh tengok website rasmi Hong Kong Disneyland.

Tips Berniaga Online - Ikut Kemampuan

Sekarang seolah menjadi trend bila ramai yang nak berniaga dan memiliki perniagaan sendiri.

Ramai yang mengutarakan hadis popuar yang mendapat pandangan berbeza di kalangan para ulama hadis. Sebahagian berpendapat habis ini mursal, dhaif malah hasan, yakni:

"9/10 rezeki dari perniagaan"

Bukanlah saya untuk berbahas tentang hadis ini, namun di kalangan orang banyak, pelbagai penafsiran telah diutarakan, mengikut pengalaman masing-masing.

Walau bagaimanapun, hadis ni tak sepatutnya dijadikan alat untuk memujuk orang-orang yang bekerja makan gaji agar menjalankan perniagaan. Kerana kita memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan. Dan kerja halal yang dilakukan oleh kudrat sendiri adalah lebih disukai Allah.

Berbalik kepada hal berniaga... berniaga itu nampak senang tapi tak mudah. Tak ramai orang yang dapat bertahan dalam perniagaan.

Berniaga itu bukan sekadar 'aku jual, kau beli'. Sedangkan Rasulullah SAW mendapat pendedahan sejak kecil dalam bidang perniagaan.

Sebelum memilih untuk memulakan perniagaan, baik offline atau online, antara perkara2 awal yang harus diambilkira adalah risiko dan pengorbanan yang harus dilakukan. Ya, pengorbanan. Mungkin sebelum menjadi peniaga kita lihat orang berniaga sebagai banyak untung, mudah, senang jadi kaya. Hakikatnya, sangat jauh.

Tidak semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Banyak bisnes yang melingkup. Malah ada yang tak bergerak pun.

Jadi pertama sekali perlu ada ilmu dalam bidang perniagaan ni. Dan tahu personaliti perniagaan kita.

Ilmu penting supaya kita tahu apa yang kita buat, dan tidak ikut-ikut orang sahaja.

Sebelum buka perniagaan, baik offline atau online, kena tengok kemampuan diri dan komitmen yang boleh diberikan.

Berniaga bukan terus dapat 100 pelanggan.

Harus 'menjual' nama dan diri sebelum menjual barang. Kerana pemasaran abad ini tidak lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Pelanggan membeli bukan lagi kerana nak dapatkan barang, tapi dapatkan 'nilai' di sebalik barang tu. 'Nilai' tu boleh jadi nilai diri kita, contohnya peminat Siti Nurhaliza membeli produk SimplySiti kerana "nak jadi macam Datuk Siti" sedangkan banyak lagi produk2 kecantikan di pasaran. Atau peminat Hijjaz membeli kopiah Hijjaz kerana nak sama dengan Hijjaz. Atau seorang ibu membeli lampin kain kerana nak menjaga kehijauan bumi.

Jika kita lihat 'peniaga-peniaga' yang bertahan hingga kini, tagline mereka merujuk kepada value kepada pengguna produk mereka, misalnya Nike dengan 'Just Do It', atau Apple dengan 'Think Differently'. Nilai2 itu dibawa oleh pengguna produk Nike untuk "lakukan saja!" dan pengguna Apple untuk "fikir di luar kotak".

Jadi, terlebih dahulu kaji kemampuan kita dan niat untuk menjalankan perniagaan. Dan kita akan tahu di mana tempat yang kita mampu.

Kemampuan kita itu yang meletakkan kita di mana. Seperti saya, saya tidak mampu nak mempunyai premis, kerana saya seorang yang suka berada di rumah dan tidak suka keluar bertemu orang ramai. Namun sifat tersebut bukan penghalang untuk saya berniaga. Jadi, saya boleh berniaga dari rumah secara online. Ia membuatkan saya selesa dan gembira!

Tips Persiapan Berhenti Kerja dan Berniaga

Menjalankan bisnes online dari rumah... mungkin ramai dah tahu kegiatan saya (termasuk senior2 di pejabat :P) .. tapi sekarang lain. Sekarang saya dah sepenuh masa seorang internet marketer yang berpangkalan dari rumah, dan mana-mana tempat yang menyediakan free wifi :D

Alhamdulillah, sebenarnya ni dah masuk bulan ke-5 saya berhenti kerja daripada seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional (bak kata ex-bos saya "orang lain berebut nak masuk sini, you nak resign?"). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Saya dah lama merancang untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM (work at home mum) sepenuh masa. Tapi mungkin sebelum ni saya tidak bersedia untuk meninggalkan menara yang tercinta itu. Malah semasa menghantar surat perletakan jawatan pun saya lakukannya dengan perasaan sedih. 7 tahun saya berkhidmat di situ, walaupun tanpa kenaikan pangkat kerana gatal minta transfer ke sana sini berkali2, tukar position sana sini, hehe. tapi pengalaman bekerja di syarikat tu sangat indah dan meninggalkan kesan yang dalam di hati saya.

Semasa bekerja dulu, saya biasanya 'menjalankan kegiatan' pada waktu malam, selepas anak2 tidur (biasanya jam 12 baru mereka tidur, menjadikan saya burung hantu). Dulunya, saya rancang nak berhenti kerja bila income dari bisnes setiap bulan melebihi gaji bulanan. Tapi bila ianya tiba, saya rasa belum sampai seru nak berhenti, sebab 'masih boleh bawak'.

Tapi bila saya dah fokus, dan dah jadi Master Lyna, tanggungjawab semakin besar dan saya dah tak boleh nak commit 2 benda. Mungkin itu sebab utama kenapa saya berhenti kerja.

Bila saya tanya kawan-kawan, ramai yang nak berhenti kerja jaga anak. Tapi masalah problem tiba bila bajet-bajet, tak dapat nak 'hidup' dengan gaji suami semata-mata.

Saya pun begitu juga. Kerana itu saya cuba-cuba untuk menjalankan perniagaan internet (dan offline). Mendapat kesedaran kewangan dari awal menyebabkan saya akur dengan caca merba dunia sekarang ni. Lagipun, mak dan ayah saya tidak merestui anaknya berhenti kerja, jadi surirumah dengan degree yang dipegang. Itu memang normal lah kan. Dan saya mengerti concern mereka. Emak dan ayah tidak mahu anak-anaknya susah di kemudian hari. Jadi saya mahu senangkan hati mereka, walaupun nanti saya tidak bekerja sebagai jurutera tapi saya tetap ada pendapatan sebagai WAHM.

Satu lagi saya tidak mahu kehilangan 'lifestyle' yang saya nikmati. Saya, bukanlah hidup mewah2 pun. Baju2 pun type tak ada brand. Saya bukan jenis yang stylo atau fashionista ke apa-apa. Saya cuma mahu terus menikmati kehidupan yang sederhana ini tanpa saya perlu ikat perut, terutama untuk menyediakan sarana untuk anak saya, Fahry yang perlukan kaki palsu saban tahun.

Cukuplah orang2 lain senasib dengan Fahry yang terpaksa memohon bantuan untuk membolehkan mereka bergerak seperti orang lain. Saya akan sediakannya untuk anak-anak saya. Oleh itu saya kena berusaha keras. Satu kaki palsu tu bukan macam harga selipar.

Dan saya tidak suka terhantuk dulu baru tergadah. Jadi saya perlu bersedia. Ramai orang perlu rasa sakit dulu, baru berupaya nak berbuat sesuatu yang baru. Mungkin saya tidak begitu, mungkin juga ya, tapi kebanyakan tindakan saya berpihak kepada 'rancang sebelum kena'. Semasa muda2 dulu saya tak merancang pun, que sera sera je.. tapi sebenarnya hidup lebih bermakna bila kita merancang.

Jadi, bila dah ada pendapatan dari sumber lain, dan beberapa pendapatan pasif, saya ragu-ragu lagi melepaskan jawatan saya. Lagipun, saya ni jenis suka ikut kepala sendiri. Saya tak suka ke offshore, dan memang saya tak pergi selepas beranak pinak. Tak baguslah, untuk kerja kan. Mungkin sebab itu juga membuatkan saya berundur diri. Beri peluang kepada yang passionate.

Jadi, bila berada di rumah, misi saya bertukar. Tidak lagi untuk menjadi jurutera yang hebat bergaji besar mungkin , tapi membantu wanita-wanita khususnya ibu-ibu lain yang mahu mencapai sesuatu dalam hidup mereka.

Dan saya memilih jalan ini, kerana ia bukan saja lebih mudah, malah lebih senang membantu mereka yang melakukan perkara yang sama dengan kita.

Saya pernah dirujuk oleh seorang ibu yang ingin membuka restoran. Saya kata saya minta maaf, saya tidak ada pengalaman membuka restoran, walaupun pakcik saya memiliki sebuah restoran seafood dan tom yam di Shah Alam, tapi saya tak mahir selok-beloknya. Kalau tanya tentang bisnes online atau bisnes dari rumah, insya-Allah saya mungkin boleh bantu mengikut kemampuan dan pengalaman saya.

Namun, mengikut observation saya, tak ramai yang memulakan bisnes online ni membuat kajian terperinci terlebih dulu. Kebanyakannya berbisnes kerana 'nampak macam best'. Malah, bukan sedikit yang menghubungi saya untuk belajar bagaimana cara memulakan bisnes online. Tapi bila dah masuk topik, kebanyakannya berkata "Eh, susah jugak. Ingatkan senang je".

Bisnes apa-apa pun memang susah. Oleh itu kita perlukan mentor untuk menunjuk-ajar kita. Mentor yang dipilih haruslah orang yang sudah pun melakukan perkara2 yang ingin kita jalankan. Itukan lebih mudah kerana kita boleh belajar dari mentor kita saja.

Ini video yang saya rakamkan semasa backpacking ke Eropah tahun lepas, tentang mentor dan coach. Rasa kelakar pula, masa baru2 nak belajar cakap depan kamera. Ekpresi pun semacam je (jangan gelakkk).

Hope you enjoy it!

Tempat Menarik Di Hong Kong - Avenue of Stars

Sebaik tiba di Hong Kong lebih kurang jam 12.30 tengah hari, kami ke Avenue of Stars. Maklumlah, masing-masing 'tak tidur' malam sebelumnya (kes takut terlambat ke airport) maka hari pertama di Hong Kong kami nak berehat dulu.

Avenue of Stars terletak di waterfront area Tsim Sha Tsui di Kowloon. Tak ada apa pun, kecuali nama-nama dan tapak tangan bintang-bintang Hong Kong. Dengan patung Bruce Lee.


Keadaan masa tu berjerebu, kebetulan Hong Kong mengalami jerebu yang teruk sejak bulan Disember.  Jadi pemandangan pun nampak tak nampak je. Sejuk pun tak sejuk walaupun winter. Memang tak sejuk pun hehe.

Gambar-gambar di sekitar Avenue of Stars.








Waktu malam ada persembahan Symphony of Lights. Tapi kami tak datang. Malam2 sukar nak keluar dengan budak2. Lagi satu sebab hotel kami agak jauh dari heart of Kowloon.


Untuk masuk ke Avenue of Stars, melalui taman di atas ni. Salisbury Garden namanya.  Dekat area ni ada Space Museum yang nampak bentuk hemisfera tu.

Lepas bergambar.. dengan beberapa 'nama' yang dikenali >__< seperti Jacky Chan, Bruce Lee, Jet Li, Andy Lau... kami balik ke hotel. Rehat.. penat juga perjalanan walaupun sekejap. Penat melayan budak-budak.

Danny pun dah besar, dah lain dari masa kami backpacking Europe dengan dia dulu. Banyak perangai dah. Biasa lah budak2. Yang abangnya, jalan sikit, penat, jalan sikit, lapar, jalan sikit, haus. Nak buat macamana, nama pun budak. Mungkin dia bosan. Kecil-kecil tak pandai lagi nak appreaciate benda2 yang dilihat. Tunggu bawa ke Disneyland, time tu la baru masuk dengan mereka :)

Penerbangan Air Asia Ke Hong Kong

Memandangkan cuti tahunan suami tak banyak mana, jadi untuk travelling kami sebolehnya memilih tarikh yang bersempena dengan public holiday, jadi jimat cutinya :) Untuk Hong Kong dan Macau, kami memilih cuti Maulidur-Rasul dan Thaipusam. Jadi, dapatlah cuti yang agak panjang.

Kami ke Hong Kong dengan penerbangan Air Asia, berenam semuanya (kami berlima dengan ibu mentua saya). Kami mengambil penerbangan waktu pagi (jam 8.55 pagi dari LCCT) supaya ada masa untuk jalan2 Hong Kong sebaik tiba.

Penerbangan ni ambil masa 3 jam 55 minit. Malam sebelumnya... anak-anak 'tak tidur' (OK, memang budak2 ni jenis susah tidur malam) jadi harap2 sepanjang jalan tu mereka boleh tidur dengan aman dalam kapal terbang.

Budak-budak ni memang ada rekod 'baik punya' dalam flight. Siap ada yang masuk ke dapur lagi.

Alhamdulillah, 2 daripada 3 budak tidur dengan nyenyak. Fahry jugak yang bukan je tak tidur-tidur, cakap pun tak berhenti :D Macam biasalah dia.

Yang menariknya dalam penerbangan ni, satu plane nyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' kepada seorang penumpang yang menyambut hari jadinya pada hari tersebut.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong 30 minit sebelum waktu jangkaan. Besar betul airport Hong Kong ni. Dari tempat kami mendarat, nak sampai ke terminal tempat nak ambil bas, entah berapa kali naik shuttle train. Of course lah, kerana ia adalah antara airport terbesar di dunia.

Airport ni dibina di atas tanah yang ditambak. Setiap hari beratus flight dari dan ke sini... So ia menjadikan airport ni yang tersibuk di dunia. Banyak flight yang jadikan HKIA ni hub transit contohnya dari Malaysia ke US.

OK stop cerita tentang airport.

Walau bagaimanapun, sistem mereka memang efisen. Walaupun beratur panjang tapi kejap je dah settle sebab semua kaunter bukak, haha.

Airport ni terletak di Pulau Lantau, jadi kena ambil kenderaan dari sini nak ke Kowloon atau Hong Kong Island. 

Persiapan Melancong Ke Hong Kong dan Macau

Apa bila melancong ke luar negara, antara tujuan saya ialah belajar tentang negara tersebut dan menghubungkannya dengan sejarah dunia yang saya pelajari di sekolah. Saya menyukai kedua-dua gaya melancong - sebagai tourist (dengan private tourist guide) dan sebagai backpacker. Kedua-duanya mempunyai kepuasan tersendiri.

Sebagai backpacker kita dapat merasai sendiri, bercampur sendiri dengan masyarakat di sesuatu tempat dan belajar cara mereka dengan cara pemerhatian begitu. Sebagai tourist pula, banyak info2 tentang negara tersebut dapat dipelajari dari tourist guide (yang tentunya tiada dalam mana2 buku!).

Untuk perjalanan ke Hong Kong dan Macau, kami mengaplikasikan kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, sebelum berangkat, harus dibuat persediaan. Paling penting kena ada itinerary dan senarai tempat-tempat yang nak dilawati. Dari situ kita boleh buat bajet dari segi penginapan, pengangkutan, makan dan sebagainya.

Hong Kong dan Macau adalah negara SAR (Special Administration Region) yakni negara yang 'dipulangkan' semula kepada negara China oleh British dan Portugal, tetapi pentadbirannya tetap berasingan dari negara China.


Oleh itu, untuk masuk ke Hong Kong dan Macau tak perlukan Visa.

Kami menaiki pesawat Air Asia dari LCCT, dan sehingga Mac 2013, Air Asia menyediakan penerbangan ke Hong Kong dari Pulau Pinang. So, orang2 Penang boleh lah plan ke Hong Kong direct dari Penang.

Sebelum berangkat tukar duit siap-siap. Negara SAR gunakan matawang sendiri, Hong Kong Dollar dan Macau Pataca. Tapi HKD boleh je guna di Macau. Kami tak tukar banyak pun, untuk makan, transport dan shopping pasar malam je.

Seperti biasa kami mendapatkan sebuah buku yang menerangkan sedikit sebanyak tentang daily whatabout di Hong Kong & Macau. Sekurang-kurangnya tidak terlepas tempat-tempat 'wajib pergi' di sana. Kami juga membaca blog-blog travel yang berpengalaman ke sana.

Hong Kong sebenarnya tak susah nak berjalan, public transport memang mantap, cab 5 seaters, bas, tram & of course MTR yang menjadi nadi transportation Hong Kong. Namun disebabkan membawa 3 orang budak kecil yang comel itu, kami tak merasa semua tu (kecuali cab). Kami charter kenderaan di sana, memudahkan untuk anak-anak ni. Kalau bertigi dulu boleh, tapi kasihan pula anak2 kalau nak naik-turun tangga subway, lari2 kejar tren.. Jadi tak merasalah memiliki Octopus Card.

Nak makan pun tak susah.. di Kowloon banyak restoran halal. Cuma kalau di bahagian outskirt sukar sedikitlah. Jarang ada, tak macam di tengah2 Kowloon.

Seriously memang kena study dan jangan lupa bawa map. Walaupun di Hong Kong dan Macau, Maxis menyediakan unlimited internet roaming, tapi bila masuk Macau, semuanya dalam Bahasa Cina >__<

Walau bagaimanapun, Hong Kong & Macau memang best. Salah satunya, rasa sangat selamat.. ye lah, kedua2nya antara top 10 bandar paling selamat di dunia. Dan rasa 'like home'. Tak seperti di negara2 Eropah, memang terasa betul pendatang terutama di negara non-English speakers. Tapi di sini tak rasa asing sangat, sama je di KL pun ramai Chinese.

Dari segi barang yang dibawa, kami mengamalkan travel-lite. Seorang bawa 2-3 pasang baju : baju jalan, baju tidur, baju back-up. Balik bilik, basuh.

Ini je beg kami. Dengan satu lagi Trunki Fahry punya
Disebabkan kami travel-lite & backpacking style, memang tak ada nak shopping-shopping. Datang macma tu, balik pun macam tu :D Insya-Allah, pengalaman dan ilmu yang baru dikutip lebih banyak dari beg-beg tu.

Cubaan Backpacking Bersama Anak-Anak ke Hong Kong & Macau

Selepas backpacking di Eropah bersama Danny tahun lalu, kami merancang pula untuk backpacking dengan ketiga-tiga anak kami. Mencabar! Backpacking bukan macam percutian biasa. Bukan sekadar bawak backpack/rucksack je. Bila cakap backpacking dengan baby pun ramai yang tak percaya, ini kan pula bawa budak-budak.

Untuk perjalanan ke Hong Kong dan Macau... kami nak cuba test drive dengan Hafiy dan Fahry pula. Danny sekali lah. Dan atok mereka juga. Jangan taktau mak mentua saya baru je balik dari backpacking di Tokyo tahun lepas.


Tapi memandangkan melibatkan banyak pihak, kami tidak 100% backpacking, tetap tempah tourist guide juga di sana, terutama untuk back up kenderaan. Dan agar tak kalut2 tengok map sambil mengawasi anak2. Walaupun public transport di Hong Kong memang mantap, tapi untuk heret budak2 berlari kejar tren, kami fikir banyak kali juga. Bukan apa, mereka masih kecil dan masih 'cranky' bila penat.

Tourist guide hanya bersama kami sekejap semasa kami tiba di Hong Kong, dan pada hari ketiga. Time lain, kami-kami sajalah. Itulah yang melopong nak cari kedai makan halal di sekitar hotel di Kwun Tong. Kwun Tong ni di pinggir Kowloon. Tengah2 Kowloon banyak kedai makan halal. Tapi bila tengokkan budak-budak yang dah tak larat nak berjalan, kami berdua je jalan kaki di sekeliling Kwun Tong, cari apa-apa yang boleh dimakan.

Di Hong Kong, kami ke Disneyland (malam sebelum pegi tu memang tak sabar sangat sebab nak makan! Disneyland sediakan makanan halal). dan jalan-jalan sekitar Hong Kong. Budak2 seronok la... standard la tu.


Bila jalan kaki ni, saya beritahu husband, "Kesian budak2 kalau betul2 backpacking, penat diorang jalan. Jadi kaedah kita ada back up tourist guide memang tepat. Kalau tak, dengan layan diorang lagi, dengan nak tengok map lagi, sesat2 lagi". Memang, budak2 kecil jalan kaki berkilo-kilo meter... sedangkan kami pun lenguh-lenguh.

Di Macau, tourist guide cuma ada sekejap saja, lepas tu sendiri. Namun yang bestnya budak2 tak complaint banyak selain penat dan lapar. Hehe, takpe penat dan lapar tu tak ke mana2 pun penat dan lapar juga kan.

Kesimpulannya, backpacking dengan budak kecil di bawah 6 tahun, memang possible, tapi kena ada perancangan rapi & masa yang tidak singkat. Kena ada time untuk budak-budak berehat dan entertain mereka. Insya-Allah, kalau ada masa extra mungkin boleh plan backpacking betul-betul pula dengan budak-budak ni.

Cerita detail tentang trip Hong Kong & Macau ni dalam entry2 akan datang, insya-Allah.

Apakah? Impetigo???

Blog ni dah lama saya tinggalkan. Tapi mood nak menulis tiba-tiba datang. Terpaksa cari alternatif memandangkan blog MySuperKids.net masih dalam proses 'servis'.

Kisah ni berlaku sehari dua sebelum kami berangkat ke Hong Kong minggu lalu. Di hidung Danny tiba-tiba ada sesuatu macam melecet. Kebetulan hari tu memang dia ada terlanggar katil (lari laju). Saya fikirkan melecet terkena bucu katil.

2-3 hari tak hilang-hilang.

Bila kami berangkat ke Hong Kong, cuaca sejuk dan kering. Hidung Danny bertambah teruk, saya fikir kerana dia menggaru. Walaupun kuku dah dipotong pendek tapi kuku budak kecil sebesar Danny memang halus dan tajam.

Sepanjang di Hong Kong, hidungnya memang merah macam clown. Semua orang tegur "What happen to his nose?"

Dalam gambar ni tak clear sangat
Saya fikirkan mungkin sebab cuaca sejuk dan kering tu yang memburukkan keadaan hidung dia yang digaru-garu tu, walaupun dah telan Nutriferon. Danny tak pernah ada masalah kulit, hatta ruam lampin sekalipun, jadi memang tak suspect apa-apa.

Balik ke Malaysia, kufikir OK tapi makin tara-OK pulak dah. Abiy si Danny insist suruh bawa jumpa doktor, saya mulanya taknak bawa sebab rasa tak ada apa-apa pun cuma sebab dia garu-garu saja. Tapi sudahnya bawa juga.

Jumpa-jumpa saja doktor di klinik Paed tu, satu benda saja yang dia cakap - IMPETIGO!

Melongo mak, tak pernah dengar la kan. Maklumlah paling-paling teruk budak2 ni kena ruam sebab elergik susu lembu atau ruam panas.

Impetigo adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus dan akibatnya kulit jadi macam blister dan pecah-pecah. Dan mungkin gatal. 

Aduh, terasa mahu terduduk. Akibat terlalu positif rupanya anakku terkena serangan bakteria!

Walaupun ada banyak natural remedy untuk impetigo, tapi disebabkan kami nak travel lagi, maka terpaksa succumb pada antibiotik. Kasihan pada Danny lah sebab dah dekat 2 minggu dia menderita secara senyap (huwaaa!). 

Syukur alhamdulillah ia tak berjangkit kepada abang-abangnya.

Walaupun biasanya impetigo ni boleh sembuh sendiri, tapi kalau dibiarkan ia sangat berisiko! Ia boleh membawa kepada:-

  • Keradangan kulit yang lebih serius
  • Keracunan darah
  • Demam
  • Masalah buah pinggang
Naudzubillah...

Selepas 5 hari, wajah Danny kembali handsome. Hehe, kesian Danny sebelum ni selalu kena 'marah' sebab menggaru. Rupa-rupanya memang bermasalah :( mana tak garunya.


Jadi selepas tamat course antibiotik ni, satu round probiotik pula untuk Danny bagi 'menghidupkan' kembali bakteria baik dalam perutnya.

Oh impetigo...