Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Ghilah

terdapat seseorang berkata bahawa tandem nursing (termasuk nursing semasa pregnant) adalah dilarang dalam Islam, sebab 'mengambil hak si adik'. dan beliau mendefinisikan ghilah sebagai tandem nursing. dan ada pula seseorang lain berkata, tandem nursing (termasuk nursing semasa pregnant) adalah dilarang juga kerana memberi mudarat kepada si abang. mungkin susu tiada khasiat & membahayakan nyawa si abang. dan kedua2 orang itu menyatakan usul tersebut datangnya dari hadis/sunnah Nabi.

hmm... Mami berpendapat, kalau bole bacalah sampai habis... dan jangan amik sekerat2 tanpa explanation. kita bukan hidup di zaman 'sami'na wa'ato'na'. zaman kini banyak hadis2 dhaif, hadis palsu, malah benda yg bukan hadis pun dikatakan hadis. jadi kalau boleh bacalah apa yang patut, dan pandai-pandailah membuat judgement, er.. bukan memandai. pandai-pandai ni ialah selepas baca, tanya, fikir, etc.

bila kita membaca apa-apa artikel, tak kiralah tentang hukum hakam atau perkara lain, pertama sekali kena 'kenal' penulisnya. ada penulis yang strict, ada yang lineant, ada yang prejudis, ada yang neutral, dan sebagainya. dalam hal ini pun, ada penulis yang pro-BF, dan ada yang tidak pro-BF.

dalam soal ghilah (intercourse with pregnant ladies or nursing moms), ia adalah sesuatu yg taboo dalam masyarakat Arab (dahulu kot, skg xpasti). pada masa itu, orang lelaki Arab bebas berpoligami, jadi mereka tidak kisah jika tidak bersama dengan isteri semasa isteri pregnant, dan bagi wanita Arab juga, mereka tidak mengamalkan intercourse semasa keadaan itu. manakala pengamal perubatan pada masa itu juga berpendapat bahawa menyusui semasa hamil akan memberi kesan buruk kepada anak yang disusui. kerana itu ia dinamakan 'pembunuhan secara rahsia' kerana ia dipercayai memberi keburukan kepada anak yang menyusu.

sehingga Rasulullah pun bermaksud untuk mengharamkan ghilah, namun setelah baginda melihat kaum2 yang kuat seperti Rom dan Parsi mengamalkan ghilah dan tandem nursing, maka baginda bersabda : "Sesungguhnya aku ingin melarang ghilah, tetapi kemudian aku melihat bangsa Persi dan bangsa Romawi melakukannya, namun tidak membahayakan anak-anak mereka sedikitpun" (HR Muslim)

menurut Ibnu Qayyim (ulama tafsir yang terkenal), larangan itu (mengandung/beranak semasa masih menyusui=tandem nursing) bertujuan agar anak yang disusui tidak mendapat kemudaratan, kerana mereka harus disusui selama sekurang-kurangnya 2 tahun. jika ibu itu hamil, maka akan banyak kemungkinan yang boleh menganggu penyusuan. samada dari segi biologi ibu, seperti contraction ataupun susu itu sendiri, kerana semasa 2nd trimester, kolostrum mula terbentuk dan susu menjadi tidak sedap.

akan tetapi, kedatangan Islam telah menghadkan poligami (poligami bebas dilakukan semasa Jahiliah) dan menyekat ghilah (intercourse semasa keadaaan2 tersebut) akan memudaratkan si suami. ye lah... mana boleh nak tahan sabar selama 2 tahun tak buat apa2. lalu, melihatkan keadaan kaum Rom dan Parsi yang tetap kuat sekalipun mengamalkan ghilah dan tandem nursing, Rasulullah tidak jadi menghalangnya.

jadi, ghilah adalah lebih kepada family planning, bukanlah larangan menyusu semasa hamil atau larangan tandem nursing. tiada disebut tentang mengambil hak adik dan sebagainya. pendekata, jika mahu meneruskan penyusuan selama 2 tahun atau lebih tanpa masalah, plan lah family anda betul2, sekiranya anda tidak yakin untuk tandem nurse.

alat contraception semuanya dibenarkan oleh Islam, (tiada istilah 'macam susuk' untuk implanon), kecuali vasectomi dan tubektomi, kerana ia dikira mengubah ciptaan Allah. Islam ini adalah agama yang preventif, bukan corrective. awal2 lagi sudah warning, kalau tidak mahu, kontrol lah. jangan, apa pun tak pakai tapi bila 'rasa' mengandung, mula rasa gelabah, kesian baby menyusulah dsb. :)

dan, harus tahulah membezakan antara budaya Islam dengan budaya Arab. tak sama tu... bagaimana mahu tahu? banyakkanlah membaca.. :)

kepada 'seseorang' yang tersebut, (jika anda terasa), bacalah artikel yang anda kirim itu sampai habis ye. saya baca sekali pun sudah faham maksud artikel tu :)