mula2 sekali Mami tukar paradigma pemikiran kepada "SAYA BOLEH!" walaupun ramai org2 keliling kita yg gagal. so what? ramai orang pegi audition AF ok tp berapa belas orang je yg bole masuk [hehe, apsal bg contoh AF plak ni]. tapi dalam konsep ni, macam rezeki ALlah la.. bukan one cake for all tapi setiap orang ada kek masing2.
the first 3 habits is about private victory, yg mana Mami kena kuasai diri Mami sendiri dulu. ye lah, cemana nak yakinkan orang kalo kita sdr pon 50-50 kan? bab Allah izinkan tu cerita lain, yg penting usaha kita macamana. nak tawakal, mesti usaha dulu. insya-Allah, Dia akan bantu.habit 1: be proactivetak payah tunggu ada orang kat belakang yg pom-pom kan "go go u can do it girl!" utk Mami teruskan breastfeeding. mmg, kadang2 perlukan support tapi yg paling utama ialah tunjang dalaman yg kuat dan tegar. support aje banyak tapi dalam hampeh, xde maknanya kan. dalam apa2 jua pun, yg utama ialah 'core' dia. kalo x ada structure utama, support beribu tan pun roboh jugak bangunan.
Mami nak breastfeed so Mami yg kene tentukan & buat keputusan. tak payah tanya orang ni "OK tak kalo i breastfeed?" or orang tu "kalau i breastfeed agak2 OK x r..". i know breastfeeding is THE BEST and i can do it. so why not?
habit 2: begin with the end of minddalam apa2 pon kena ada plan & target. nak breastfeed, berapa lama? sebulan? 4 bulan? 6 bulan? setahun? 2 tahun? 3 tahun? dan dah ada target tu kena la ada strategi kan? buat mapping then barula nampak jalan ke sana.
macam kita nak drive dari Pujut ke ofis. targetnya ialah ofis. strateginya, mula2 kena la tahu jalan mana nak lalu. jalan Pujut ka, ikut Permyjaya ka, ikut Piasau ka, mana2 ka. kalo xtau, carila map. kalo men taram je ntah jalan mana2.. silap2 bukan sampai ofis Carig*li, tapi ofis ML*G plak. ahahahak.
Mami put my target as:
- Short term : to maintain & increase milk production.
- Medium term : to breastfeed for 2 years.
- Long term : to have a happy, smart, healthy kids.
target & plan mesti kene tulis. a blunt pencil is better than a sharp mind.
habit 3: put first thing firstkena priority. kalo nak breastfeed, apa yg kena utamakan? antaranya, disiplin. frequent stimulation sgt perlu. pam tak boleh malas2, makan kena jaga, tak bole bukan2.
kat ofis, Mami letak target pam 3 kali sehari (base target). stretch 2, 4 kali sehari. stretch 1, 5 kali sehari. kalo 2 kali, outperform. hahaha. kt ofis mmg kena pandai priority. Mami setkan time pump pkl 9pg, 12.30tghr & 3.30ptg. kene plan siap2 apa akan berlaku the next day, i.e. meeting, discussion, training, etc. so that bole adjust pumping time. cthnya kalo meeting start pkl 9, so Mami awalkan session yg belah pagi tu. and so on.
4 habit seterusnya ialah tentang public victory, yg mana mengkisahkan kita dgn masyarakat dan orang lain.habit 4: think win-wincontohnya macam ni. Mami nak breastfeed, so Mami kena spend time pumping everyday. tp Bos menyuruh buat kerja macam seekor robot. think win-win, kerja siap, pam setel. cemana nak think win-win, itulah sebab kita dah kuasai diri, dah plan, dah tau apa kita nak, dah ada priority so keutamaan diri dah jadi perkara utama. skg ialah memastikan orang lain juga dapat capai target mereka.
antara kawan2 breastfeeding Mami pun, insya-Allah kami cuba berkongsi rasa, kongsi rahsia, tips, etc. selagi boleh. sorang ibu yg menyusu akan suka lihat orang lain menyusu jugak. tak ada ibu menyusu (setakat yg Mami jumpa) kedekut ilmu, xmau share dengan sapa2, nak dia sorang je yg berjaya nyusu. inilah think win-win. semua dapat.
habit 5: seek first to understand, then to be understoodhabit ni amat penting utk berhadapan dgn mommies yg bermasalah. Mami ada 1 mulut & 2 telinga, so perlukan byk masa utk mendengar. orang yg betul2 nak breastfeed tp tak berjaya, banyak faktor. jadi Mami tak bole pandai2 summarizekan masalah dia, biar dia cerita dulu barula Mami deliver my concern.
kalo sesorang ibu tu tak breastfeed, Mami tak bole hukum dia awal2 tanpa tahu apa sebenarnya berlaku. biar dia cerita dulu apa kejadiannya. then, bila dia dah selesa dengan kita, barula senang kita pula nak share pengalaman kita kan?
utk menangani mereka2 yg anti-breastfeeding pun bole pakai approach ni. instead of bertekak nak menangkan diri masing2, mtk mereka jelaskan kenapa anti? kenapa tak suka? then barulah kita share kan kita punya points.
habit 6: synergysynergy ni more than collaboration and cooperation. ia adalah satu combined effort, satu simbiosis. semua orang mendapat kebaikannya. dan hasilnya bukan satu perkara saja, akan jadi banyak perkara. yg paling obvious bila Mami breastfeed, ia adalah satu hubungan simbiosis dgn Hafiy. Mami dapat bakar lemak (haha) & Hafiy dapat susu. dalam masa yg sama menguatkan bonding Mami-Hafiy, dan membekalkan Hafiy dgn nutrien yg optimum. wah, satu contoh synergy yg amat berkesan!
lain2, synergy Abiy-Mami. kuncinya senang je, buat Mami happy. bila Mami happy, bukan saja production susu sangat baik, malah bagi lebih banyak lagi... family kita pun ceria & bahagia, insya-Allah.
dalam kalangan kawan2 breastfeeding moms, ia macam satu ikatan yg membuatkan kita bersama2. Mami kan, dapat ramai kawan oleh sebab breastfeed ni. alhamdulillah. so dari satu faktor ni saja: breastfeed, Mami dapat bonus, new friends, new knowledge, new experience, etc. nice, kan?
habit 7: sharpen the sawutk pastikan semuanya berjalan lancar, mestilah ada cycle yg betul. contohnya, malam b4 tido adalah masa utk muhasabah for the better tomorrow. pisau pun kene tajamkan juga lepas potong2. walaupun bersemangat, get full support, etc. Mami tak boleh biarkan diri, body, hati Mami wearing out. beside the high spirit, makan kena jaga, amalan kena jaga, kesihatan kena jaga, hubungan dengan orang lain kena jaga, etc.
at the end of the day, i found out that, semuanya anugerah Allah & rezeki-Nya utk dinikmati oleh Mami anak beranak. cemanapun, still need Mami punya self-driven. ya la, rezeki2 jugak, tapi rezeki tu tak datang bergolek. & Allah tu Maha Adil lagi Maha Kaya. setelah usaha bersungguh2 tp tak berjaya, mungkin ada sesuatu yg Allah sorokkan. jika berjaya, alhamdulillah itu mmg Allah dah reservekan utk kita.
yang paling penting ialah 3 habits pertama tu. itu kena kuasai dulu. itulah dia yg jadi akar tunjang sesuatu kejayaan. ye la, again kalo sendiri pun 50-50, mudah goyah, macamana nak teruskan perjalanan. foundation tu paling penting kalo nak buat bangunan.
semoga Allah izinkan Mami utk susukan Hafiy sampailah Hafiy 2 tahun ya. amiin. & ibu2 lain juga Mami doakan mereka semua berjaya mencapai target masing2. amiin.