Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

TN & Orang Tua

dulu kami di Miri, hidup berdua (bertiga) saja. tak ada orang kecoh2 suruh buat itu ini. itulah satu bonus hidup berjauhan dengan keluarga (cons-nya banyak la pula). alhamdulillah, sejak balik Miri, Mami tak pernah berhadapan dengan karenah orang2 yang lebih dulu makan garam. cuma sejak2 ada Bibik, ada la sikit2 dia 'menasihat'. yang tu tak apa, boleh diabaikan. kalau dia cakap banyak2 kita potong gaji dia. hahaha (gelak kej*).

bila di KL, Mami expect lah apa yang akan berlaku. sebab kita akan tinggal kat rumah Tok Ma. dan Mami jamin PASTI akan ditegur sebab menyusu Hafiy. since benda ni memang kontroversional, even sebelum ke KL pun dah beberapa kali mendapat 'teguran' seperti:-

Auntie B : kau menyusu Hafiy lagi? tak takut dia dapat penyakit ke????
Mami : kenapa kau cakap macam tu?
Auntie B : orang kata..
Mami : itu kata orang tak sekolah, aku sekolah :P

Bibik V1 : kalau dah ada isi nggak usahlah menyusu Hafiy lagi nanti membahayakan kandungan.
Mami : tak ape Bibik, doktor kata tak apa...

Bibik V2 : orang kata kalau menyusu semasa mengandung nanti anak yang menyusu akan sakit.
Mami : tak adelah Bibik, itu cakap orang kampung Bibik ajelah..

tak kisahlah sangat sebab mereka2 tu cuma melukut di tepi gantang saja (hahaha). tapi untuk menghadapi orang makan garam dalam family ni kena ada sedikit ilmu 'menjawab secara berhikmah' dan support daripada Abiy yang cukup. yela, silap cakap nanti bole buat orang tua sakit hati, tak baik tau! tambah2 lagi mentua, hati yang perlu dijaga, sebab mereka ibu bapa suami kita. hak ibunya lebih dulu ke atas suami kita.

memang betul, sampai2 di KL Tok Ma cadangkan Mami bagi Hafiy FM. Mami kata Mami larat lagi nak menyusu Hafiy, dan tak bagi apa2 keburukan pun pada Hafiy mahupun Adik. tapi yang bestnya, Bibik pun turut sama sebab dia pun against BFing during pregnancy kan. hehe, kelakar bila ingat. Tok Ma kata, risau Mami tak cukup zat pula nanti.

mujur Abiy backing. Abiy kata, Mami dah ambil banyak supplement, mana boleh tak cukup zat. dan gynae pun menggalakkan Mami teruskan menyusu.

akhirnya semuanya tamat bila mereka semua menerima hakikat yang Hafiy tak suka minum susu dalam botol. sekarang ni bolehla, siang2 minum la sikit2, bila malam boleh mengempeng sampai pagi. kalau Mami dah stop BF, dengan sapa Hafiy nak mengempeng? Hafiy mana suka minum botol, kang lagi tak cukup zat susu :) alhamdulillah, sekarang semua berjalan seperti biasa.

dan sebagai supporting element, Mami beli magazine Pa&Ma bulan Ogos, letak kat ruang tamu untuk Bibik dan sesiapa yang ada baca. dalam tu ada kisah tentang tandem nursing dan banyak benda pasal penyusuan ibu. semoga sesiapa yang membacanya (especially Bibik) terbukak sikit mindanya.

support memang tak adalah, kalau bukan dari diri sendiri & Abiy. lagipun, alhamdulillah so far Mami rasa cukup kuat, walaupun tiada kata2 perangsang dari orang2 sekeliling (kata2 perangsang suh stop BF je ;P). tak ape.. Mami takkan berhenti dengan kejian dan tidak teruskan sebab pujian. semuanya dari dalam diri sendiri je. ecehhh...

bagi Mami dengan orang2 tua ni (tak kira siapa especially parents sendiri & mentua), walaupun kita betul dan depa salah, kita jangan tunjuk 'degil' sangat sampai buat mereka kecil hati. perlu pendekatan yang bijak, sebolehnya biar depa fikir sendiri, "betul juga cakap anak aku ni". ataupun, libatkan orang ketiga, macam masa dalam pantang, Mami kena marah kononnya sebab susu Mami, Hafiy jadi macam tu macam ni, Mami bawak depa sekali jumpa paed, tanya sendiri paed tu. then, dari situ mereka tahu tabiat baby menyusu badan cemana.

orang tua memang akan sentiasa komen, pada mereka 'nasihat sebab sayang'. macam Mami jugakla selalu bebel2 kat Hafiy sebab Mami sayang. tapi sebagai anak2, kita nampak benda tu sebagai 'membebel, berleter, menyibuk, etc'. untuk komen2 yang biasa, bolehla raikan, contohnya "buasnya anak kamu ni", Mami jawab saja "yelah, saya penatlah, mak tolong jaga dia pulaklah" (contoh saja). benda yang tidak boleh diubah, bolehla diraikan begitu. yelah, mana ada ubat nak menghentikan ke'buas'an budak2. lainlah kalau bagi ubat tido atau ubat batuk.

untuk benda2 yang boleh diubah, kena buat sesuatu supaya mereka 'jangan buat'. contohnya bagi anak FM. kalau kita tak buat sesuatu (supaya mereka berfikir dan tak buat dah), entah2 belakang kita depa pegi beli FM dan kasik anak. jadi, kita kena bagi hujah2 yang buatkan mereka pun tak hingin nak kasi anak kita FM.

tapi benda ni bergantung pada sikap dan perangai orang tua juga. ada yang jenis boleh dibawa berunding, jadi senang berbincang apa2. ada yang jenis dia saja yang betul. anak menantu cakap apa pun semua tak boleh terima. tapi apa-apa pun, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. kalau cakap direct dengan diorang tak berjaya, cuba minta pertolongan, dan paling utama, mintalah pertolongan dari Allah SWT.

bagi Mami, walau macamana pun orang2 tua kita, cuba jangan sakitkan hatinya. sebab nanti kita akan tua juga. mungkin hari ni kita boleh kata "bila dah tua aku takkan jadi macam mak/mak tiri/mentua/nenek/makcik aku", tapi ingat, hati, roh, jiwa kita ni Allah yang pegang. besok2 kita tak tahu macamana, entahkan jadi lebih teruk dari mereka tu. bagaimana perasaan kalau anak2 kita pula yang sakitkan hati kita. life is very fair and square.

(bila terasa hati dgn orang tua, siaplah beberapa teman terima sms bertalu2 dari Mami :P)