Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Gelak Gelak Gelak

manusia ni suka gelakkan orang lain. Mami pun suka gelakkan orang jugak, especially kalo orang tu dengan sengaja atau tidak, terbuat lawak antara benua.

sebagai mak BF, perkara gelak dan digelakkan ni menjadi lumrahlah. mungkin menjadi hiburan sehari2, tak gitu Ibu Syifaak?

antara dialog2 digelakkan yg Mami pernah terima:

"pam susu? bagi je la dengan t*t*k, kan senang. *gelak2"
"tak penah bagi susu botol (FM)? tipulah... kau kerja bawak anak g ofis ke? *gelak2"
"belaja BF? helooo.... susu kan kuar kut situ je, nak belaja buat ape? *gelak2"
"lactation councellor? apebende tu? *gelak2"

tak ape.. gelak lah. lepas tu Mami akan tell the truth & giliran Mami pulak gelak kalo derang terpaku. tp most of them diselubungi ego yg tinggi jadi takdela terpaku, tapi memaku2 dengan hujah2 tersendiri dan gelak lagi. tak ape... hehe.

Mami anggap saja mereka itu sebagai 'tak tahu' dan kalau mereka 'nak tahu' (golongan yang terpaku itu), Mami share la apa yang Mami tahu. sebaliknya kalau mereka 'tak mahu tahu' dan 'taknak ambil tahu', ignore sajalah. bukan dapat apa pun.

biasalah manusia ni suka gelakkan orang dan perasan terer, walaupun benda tu satu hapah pun dia tak tahu.semalam Mami dah sound sorang kawan Mami yg cakap gaji kitorang paling koman RM5000. keh3x. Mami cakap "amiin. gaji bos aku tu. (kot2 lepas ni dapat jadi bos or naik gaji)". then dia cakap "alah, toksah tipula, kalau dah keje company *toot* tu semua orang tahu gaji besar". Mami jawab "kalau kau tak tahu, baik kau diam je. dah jadi fitnah, dosa besar tau".

bukan soal gaji yang Mami nak cakap, tapi sikap kita yang suka rasa kita tahu semua. & suka dengar khabar angin serta tokok tambah cerita. alah, Mami pun sama jugak. tapi bila dah tau kebenaran, tak adalah Mami bising2 dah. dulu, Mami dengar cikgu2 di pedalaman Borneo dapat elaun rm1000. so, Mami cakaplah kat kawan Mami yang ngajar kat pedalaman Bintulu. dia kata "yang dapat rm1k tu yang ngajar kat area yang takde elektrik, takde line telefon.. pakai generator. macam aku ni, walaupun pedalaman, 60km dari town, tapi ada letrik, ada line tepon, ada Astro, so tak adanya nak merasa". & Mami acceptla explaination dia as the primary source, bukan dengar dari mulut orang lain. & Mami konfemkan dengan Atok Har, bestfriend dia mengajar kat sebuah kampung di pedalaman Sarawak, tak ada letrik, kalau nak call kampung kene keluar town, dan dia memang dapat elaun rm1k tu.

itu memang sikap kita kan, suka tambah2 cerita dan berburuk sangka dengan orang, padahal kita tak tahu hal sebenar. dan kita suka cop-cop & judge orang. contohnya orang yg tutup aurat, tak spatutnya buat perkara tak senonoh. bila ada perempuan tutup aurat (senang kata, pakai tudunglah) buat perkara tak senonoh, biasanya kita cakap "dia ni tak padan pakai tudung tapi perangai macam *toot*. baik tak payah pakai". sebenarnya, dia baik sebab pakai tudung. at least dosa dia bab membuka aurat tak ada (secara kasarnya la). kalaulah dengan perangai buruk, tak jaga aurat lagi, kan ke lagi banyak dosa orang tu. kan lagi bagus cakap "nasib baik pakai tudung, kurang dah dosa kat situ. harap2 lepas ni terbuka hati nak tinggal benda tak senonoh tu".

Mami ingat pesan Ustaz kat UTP dulu, dia kata, setiap kita ni mendapat hidayah yang berlainan. ada orang dapat hidayah dari segi sikap, ada orang dapat hidayah pakaian, ada orang dapat hidayah pekerjaan, ada orang dapat hidayah macam2 lah. jadi jangan perkecilkan orang dan jangan bangga dengan diri kita. kalau kita rasa kita dah bagus, tutup aurat semua, jaga ibadat tapi masih berburuk sangka dengan orang, maknanya kita belum dapat hidayah untuk husnuzzhon (berbaik sangka). jadi berusahalah untuk dapatkan husnuzzhon. berdosa dengan orang lebih besar dari dosa dengan Allah. dosa dengan Allah, kita bole minta ampun directly dari Dia. dosa dengan orang, kena minta maaf dengan orang tu. dan kalau orang tu tak maafkan kita, Allah pun tak tentu ampunkan kita. sebab tu Allah letakkan dosa besar bagi mengeji, mencuri, mengumpat, memfitnah, dsb. sebab semua tu berkaitan dengan orang.

ada satu kisah di zaman Rasulullah, semasa satu perang (apa ye? tak ingat. mungkin ada yg igt kan?), seorang sahabat (pun lupa juga siapa) was about to tikam seorang musyrikin. lalu musyrikin tu mengucap, tapi beliau menikam juga hingga orang tu mati. diceritakan Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya, "orang itu melafaz kalimah Allah, kenapa kamu bunuh dia?" sahabat itu menjawab "dia cuma melafaz di mulut saja". lalu Rasulullah membalas "kamu tahukah apa yang diucap di hatinya?". lalu sahabat itu berasa gementar dan insaf kerana telah membuat assumption buta sebegitu. Rasulullah pun menegur sahabat yang membuat persangkaan, inikan pula kita kan. jauh sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sangat dekat dengan Rasulullah.

dan serendah2 level ukhwah tu husnuzzhon. kalau taknak & taknak belajar, janganlah gelak ye, nanti i gelakkan u balik. hehehe. oh ye, Mami minta kemaafan ye dari sesiapa yang pernah Mami perkatakan samada directly atau indirectly. kadang2 kita tak perasan, tapi bila perasaan geram tu muncul, memang tak boleh tahan.

& sesiapa yang ada no hp Mami, mintak sms no anda, sebab Mami tuka handphone (handphone lama dah rosak kene gigit dgn Hafiy). nombor2 semuanya dalam hp lama tu, so sekarang hp baru kosong je phone booknya. tolong ye :)~