Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Ahlan Ya Ramadhan

alhamdulillah jumpa lagi kita dengan Ramadhan al-Mubarak. (Mami gentar sikit ni, mungkin sebab terlalu busy).

Ramadhan kali ni, satu lagi pengalaman baru bagi Mami. Ramadhan tahun lepas, Mami mengandungkan Hafiy 8 bulan. masa tu alhamdulillah, Mami cukup bertenaga, hinggakan hari Hafiy lahir, Mami masih puasa dan tidak makan apa2 (makan sikit masa berbuka tapi semua muntah balik), dan Hafiy lahir tanggal jam 12.01tengah malam 24 Ramadhan dengan selamat dan dipermudahkan, alhamdulillah.

tahun ni, Mami menyusu Hafiy dan mengandungkan Adik. kira2 Adik dalam 4 bulan lah dalam bulan puasa ni. sekiranya diizinkan, Mami mahu berpuasa penuh tahun ni, insya-Allah. tahun lalu, Mami tak terganti selama 4 hari sebab Mami sangat tak larat kalau teruskan puasa. maknanya nanti Mami kena bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras.

namun begitu, Allah telah memberikan rukhsah, yakni keringanan/pengecualian/kelonggaran dari melaksanakan hukum asal dalam keadaan2 uzur yang tertentu, berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan. dan mengandung serta menyusukan termasuk dalam kategori rukhsah dalam menjalankan puasa Ramadhan.

menurut Ibnu Abbas r.a., seorang ibu mengandung atau menyusu, tidak perlu mengqada' atau membayar fidyah akan puasa yang ditinggalkan. namun, mengikut pendapat Iman Syafie, Ahmad dan Iman Hanbal, ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keselematan janin atau anak yang disusuinya (risau tidak cukup susu utk anak), diwajibkan qada' dan membayar fidyah, manakala ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keadaan dirinya sendiri diwajibkan qada' tanpa perlu bayar fidyah. dan jika yang dirisaukan ialah kedua-duanya (anak & ibu) maka ibu diwajibkan qada' sahaja.

rukhsoh puasa (kebenaran untuk berbuka) diberi kepada ibu mengandung/menyusu kerana keadaan mengandung dgn menyusu itu sendiri melemahkan si ibu. dan disebabkan ianya rukhsoh, ia tetap tidak menggugurkan kewajipan berpuasa terhadap ibu mengandung/menyusu yang sihat. berpuasa tetap menjadi keutamaan sekiranya tiada masalah dengan kandungan atau penyusuan.

pengalaman kawan2 Mami dalam 'menikmati' ruhksok berpuasa sewaktu keadaan2 tersebut:
I. Auntie Evi mengandung semasa bulan puasa. minggu pertama dia puasa penuh. alhamdulillah dia sihat, tapi pada minggu kedua puasa, dia pegi scan baby & doktor mendapati babynya kekurangan air ketuban. kering dah katanya. lalu demi baby, Auntie Evi tidak meneruskan puasa seterusnya.
II. Auntie Sinah menyusu her 1 year old daughter semasa bulan puasa. beliau jenis orang yang tidak tahan dehydration. bila puasa susu betul2 kurang. lalu demi anaknya, Auntie Sinah berbuka.
III. Auntie Shikin mengandung semasa bulan puasa. dia jenis yang tidak boleh tidak makan, badan jadi lemah, tak bermaya, sakit kepala, etc. maka dia kadang2 berbuka oleh sebab conditionnya yang tak tahan dehydration dan risau kehilangan air dalam badan.

disebabkan ada rukhsoh, maka jika dalam keadaan2 tertentu seperti di atas, sekiranya boleh memberi mudarat kepada mana2 pihak maka berbuka adalah lebih utama. ada pendapat mengatakan, sekiranya terdapat keuzuran2, tetapi masih degil mahu puasa sehingga memudaratkan diri & menyusahkan orang lain, maka ia termasuk dalam perkara haram. Rasulullah juga penah berpesan supaya kita jangan berlebih-lebihan dalam menjalankan ibadat. Baginda pernah menegur Zainab yang tetap mau bangkit solat dalam keadaan mengantuk agar tidur dahulu, kemudian baru sambung solat, dan 3 sahabat yg datang ke rumah Baginda memberitahu bahawa mereka mau solat sepanjang masa, puasa tanpa berbuka & tak mau menikah. Baginda melarang perbuatan itu dan menerangkan bahawa Baginda solat & berehat, puasa & berbuka, serta berkahwin.

sekiranya terdapat keadaan2 yang membolehkan pengecualian, maka berbukalah. itu yang telah dianugerahkan Allah kepada ibu mengandung/menyusu. rukhsoh ini juga diberi kepada orang sakit yang berpeluang sembuh dan musafir.

untuk kita, nanti Mami akan consult dengan Dr Seri macamana. masa Hafiy dulu, Dr Aida & Dr Awang galakkan Mami puasa sebab Hafiy tak ada problem. Mami pun cergas, air ketuban pun cukup. cuma 7 hari tinggal sebab Hafiy dah keluar. Mami harap, Allah bagi keizinan untuk Mami puasa penuh & bole bagi banyak susu untuk Hafiy.

antara hikmah rukhsoh ni:
- menunjukkan Islam itu mudah lagi memudahkan.
- Islam menjaga kebajikan fizikal dan mental penganutnya, dan itu adalah juga keutamaan, bukan ibadah itu semata2.
- menunjukkan keutamaan memberikan baby susu badan sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini juga dapat dilihat dalam amalan masyarakat Arab dulu yang hantar baby ke ibu susu agar terus mendapat susu badan dan ibunya boleh hamil lagi.
- hal pahala dan pembalasan adalah kerana rahmat Allah, bukan ibadah yang dilakukan, kerana selama mana kita beribadah pun, tidak akan pernah cukup untuk membawa kita ke syurga. kisah seorang pendita Yahudi yang beribadah selama 70 tahun, minta dari Allah bahawa dia mau masuk syurga dengan pahala ibadahnya, tapi Allah perintahkan malaikat mengheretnya ke neraka. ibadah selama itu tidak memadai langsung untuk 'membeli' syurga jika tidak kerana rahmat Allah.

rukhsoh bukanla perkara yang mengurangkan pahala, malah jika ia menjadi haram sekiranya kita tidak mengambil rukhsoh dalam keadaan tertentu. contohnya di medan perang, jika tentera Islam mahu puasa hingga menyebabkan fizikal mereka jadi lemah, maka itu tidak boleh. begitu juga jika ibu menyusu mahu puasa juga walaupun susunya jadi sikit, anak tak cukup susu hingga memudaratkannya, maka dia telah menidakkan keutamaan rukhsoh.

akan tetapi, rukhsah ini hanya untuk ibu-ibu yang BIMBANG dan RISAU akan keselamatan diri atau baby saja. kalau sekadar berasa lapar, dahaga dan penat, tetap kena berpuasa juga. jadi, tidak boleh suka-suka hati berbuka puasa hanya sebab mengandung atau menyusu.

menjelang Ramadhan ni memang Mami berdebar sakan. ustaz Mami pesan, (sebagai menjawab soalan kami tentang "cemana nak tau taubat/amalan kita diterima atau tak?") supaya perhatikan pembawaan diri kita dalam bulan Ramadhan. kalo masih sama je, malas solat, malas ngaji, malas sedekah, etc. maka tanda2 amal tak diterima ada la tu. manakala jika dalam bulan Ramadhan, kita dapati ada perubahan, makin rajin solat, rajin ngaji, rajin sedekah, etc. & amalan tu berterusan sampai ke bulan2 berikutnya, insya Allah la tu. wallahuaklam.

walau cemanapun, amalan tadarus, tilawah dalam bulan puasa sewajarnya diamalkan setiap masa, kerana ciri Mukmin tu 'hari ni lebih baik dari semalam', jadi bulan2 selepas Ramadhan patutnya jadi lebih baik lah :)

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK & SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE-51 DARI KAMI SEKELUARGA. MINTA AMPUN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSINGGUNG RASA (especialy bab breastfeeding) :D moga mendapat berkat di bulan mulia ni.




10 things of baby (+parents!) essentials

we got tag by little mama...

let's see what we have here...

Hapi:
1. baby clothes and apparel
memang kena lah kang takkan nak balut pakai kain batik plak.

2. diapers
dulu Mami ingat diapers2 yang branded tu mahal gil*r... so mula2 kami beli Diapers kat Mydin je & tak tengok pun price diapers jenis lain. sampaila one day Mak Tok belikan Hafiy Pampers. Mami tengok rega dia, eh takdela mahal sesangat. Mami ingat sampai RM50 sekampit :P

3. barut
benda ni banyak pendapat. ada yang kata tak payah, malah tak elok sebab nanti buat baby panas. ada yang kata penting, & panas2 tu akan buat baby tak kembung. tapi Mami suka je.. tambah2 Mak Tok yang jahitkan. plus, udara kat kampung kita tu sejuuuk. memang sesuailah pakai barut.

4. minyak baby & cotton bud
benda ni digunakan untuk buat tapping & tailing dan juga untuk mencuci kerak di kepala Hafiy. mula2 Mami tak perasan, pastu bila Tok Su tegur cakap awat tebal sangat kerak kepala anak tu... Mami pun buatlah macam dia suruh, letak baby oil, pastu gosok2 pakai cotton bud pelan2 gitu... hambik kau, memang tebal macam kerak nasik gitu!

5. baby wipes
penting untuk Mami sebab.. sebab leceh nak angkut air buat basuh poo-poo Hafiy masa baby. plus, Hafiy jenis tak boleh nak tinggal sekejap.. & Mami kalo dah pakai buat basuh poo-poo, tak larat plak nak tengok besen tu kat situ lagi. hehe. sejak Hafiy dah boel berdiri, Mami basuh dalam toilet je. senang & jimat tak payah beli wipes dah :)

6. benda2 yang boleh dipegang
bila Hafiy dah cukup mahir untuk kontrol tangan sendiri agar tidak tercakar muka tanpa disengajakan sehingga mencederakan diri sendiri, Mami kasi objek2 untuk dipegang, bagi Hafiy belajar sentuh & pegang.

Mami:
7. minyak panas
masa awal2 beranak, badan Mami sakit2. yela.. tak penah2 malam2 tido mengereng menyusu orang sepanjang malam, sekali kena memang habis semua urat dan sendiku macam tersimpul. selain berurut, untuk rawatan kecemasan, minyak panas/losen panas memang sangat berguna.

8. supplement
disebabkan pemakanan yang tidak seimbang... maka Mami opt kepada supplement untuk bekalan nutrient sehari2. yelah.. makan ikan, sayur, segala tapi nutrient2 tersebut dah musnah (most of it) semasa proses memasak. takkan nak makan ulam & sashimi plak kot :P

7. top yang pendek
nursing tops agak pricey pulak, so Mami tukar pakai tops yang pendek2, contohnya kurung kedah. Mami tak selesa kalu yang butang bukak di atas, selak lagi best, heheh.

8. kain batik
oh sungguh senang untuk membuat urusan. kalo pakai seluar kene tuka towel dulu la, pastu pakai balik seluar. time consuming kan. pakai kain batik senang tak payah salin2.

9. nursing bra
Mami beli sejak pregnant 7bulan sebab bra2 lain semua dah ketat di segenap segi. daripada beli bra baru, beli je nursing bra terus. kalau dia expand lagi pun, bole pakai extender :) penting nih.. susah nak direct feed mahupun pam dengan bra biasa...

10. pumping gears
sebab Mami kerja... tak bole buat remeh la perkara ni. kang nanti cemana nak express susu untuk Hafiy kan?

Mami amik masa yang sgt lama untuk buat tag ni. sebab kita tak banyak barang pooon. huhuhu~ tapi bila dah siap baru Mami sedar Mami dah terlebih points sebab silap numbering. hahaha. halal je lah.




My New Buddy: Freestyle

i tot (not necassarily applied for everyone) i need a set of double pump. the first candidate was Spectra 3, because it's cheaper, with rm500+ i can have the extravaganza set. but it wasnt suitable since my job (urgh!) requires me to travel frequently. Spectra 3 is electrical operated only. i have to consider places without electrical outlet, i.e. others office, airport, on the road, etc. i can use my uno, but if can do double pumping, it could be better.

then, my second choice felt onto Ameda Lactaline. quite pricey for the whole set, coz i couldnt find any place selling one,at least the car adapter. it's very light, and comes with unique design. rm788 for pump alone is a bit high for us (me).

our anniversary then came in August. Abiy 'offered' me things like ring, watch, bracelet.. but i refused. i said "please gimme someting i could use. i dont wear jewelery (including my wedding rings coz they are now bigger than my fingers) and i love my current watch". but finally i didnt have to refuse for a 3G handphone and a set of Medela Freestyle! TQ Abiy!

a friend asked me about the need of breastpump. i told her, in my opinion it's subject to your ability to express milk. if you master in hand expressing, for sure you can save more money. but it's an essential for me. and it shouldnt be 'the higher the cost,the higher the quality, so go for expensive one'. it's up to the family economy and needs. it's like buying car, if we only can afford MyVi, we shall never feel 'low' or 'should get a more expensive one to be better', it's what we can pay afterall. so goes for breastpump, i think we should not think ours are never be better because they are not expensive. it's depend on our pumping technique. but, kalo ada duit lebih tu janganla kedekut sangat nak beli pam yang bagus sikit, kan. or yang agak kelakar, dialog like, "haa? pam susu sampai RM 5-6 ratus? mahalnya... baik bagi susu tin je.." :D kene belajar ekonomi ke? rasanya basic math je nih.. :P

so, now i have a new buddy, Medela Freestyle (FS)! we bought at ajasu's shop. much much cheaper than market price :D go get it! [tolong promo]

from facts and others' experience, double pumping will:
- stimulate both breast simultaneously increases production.
- save time to empty both breasts since you are pumping both serentak.
- imitate tandem nursing, which send signal to brain to produce more milk.
but non of the above can be ticked by me, since i'm now in the stage of hormonal war. and both prolactin and pregnancy hormone have to win!

FS is a pump that comes in a package with:


- 4 bottles, soft sided cooler with contoured ice pax
- soft fit breast shield
- a tote bag
- hands free kit inclusive of bra adapter, handsfree adapter, handsfree strap & adjustable waist belt for mobility
- tubing
- a cute pump which is so light and has digital display so that you can record you pumping time.
[the components are a lot to me :D]
- 2 adapters, one UK standard (Malaysian as well) one US standard.



what i like about FS:
- the rechargeable battery is just like your handphone. tak payah keluarkan for charging & xperlu tuka2 bateri. jimat duit :) plus, it is powerful summore... so far i just cas once a week.
- it's a handsfree breastpump! i can do double pumping while sms-ing, reading, even on keyboard.
- it has 7 level of suction. i have no comment on the suction, it's strong enough compared to my UNO.
- it's a 2-phase pump and you don't have to reset anything to get back to let-down mode, just press the let down button.
- the tote bag is big enough to put all my pumping gears and other things i bring to the office :)
- the lcd display allows me to know the accurate pumping time, without depending on my hp, and also for nite light :D
- it has memory button so that we can save the rhyme for the next session, but i never use it :P
- i can pump at my workstation! nobody actually perasan ;)


cute kan tote bag ni. nampak kecik je tapi bole muat macam2.


selamba pam kat workstation...

i give this pump 4 stars la. 1 star left for some comments i have:
- the ON button is very sensitive. sometimes it's just hidup sendiri while sitting in my bag. huhuh.
- take time nak pakai & cabut segala mende alah handsfree tu. har har har.
- banyak juga komponen untuk dibasuh & strelize.

another thing, if you already have a manual pump, dont let it go. just keep it for usage during emergency since FS doesnt has manual part. i still keep my UNO. safely preserve... jadi 1st aid pulak dia.

walau macamana pun, i HEART this pump! berbaloi lah membelinya :D TQ again to Abiy, mwah mwah! sayang Abiy!




Macam-Macam Hafiy

lepas 3 minggu di KL, kita balik ke Miri, sebab Mami kena settle kan beberapa perkara di Miri pula. Mami decide untuk bawa Hafiy sama, because the stock is not enough to cater for a week. lagipun Mami risau tinggalkan Hafiy alone dengan Bibik. nanti jadi apa2 Bibik bukan tahu bawak kereta pegi klinik, & Tok Ma very busy uruskan Tok Pa. untuk kemaslahatan bersama, so Mami bawak sajalah Hafiy. kita tak bawa Bibik sebab tambangnya mahal~ separuh gaji Mami OK. mahal sungguh!


Mami bawa 2 beg, 1 tote bag FS & satu backpack. untuk isi pumping gear & keperluan Hafiy dalam flight je like diapers, rusk, etc. sehelai sepinggang je, sal Mami dah tinggalkan baju & stok susu kat rumah Pujut.


ni la lebih kurang beg Mami bawa sambil dokong Hafiy, tambah lagi satu backpack kat belakang.

mula2 Mami kena belikan tiket Hafiy. kita pegi MAS Office. oh Hafiy sungguh tak mau duk diam. dah pandai jerit2 kan, bila tak dapat apa yang dikehendaki. naik main pusing2 meja.. campak2 objek ke bawah meja, macam main kat rumah. masa kat kaunter pun nak main wallet Mami masa Mami kuarkan MyKid Hafiy. usik2 PC orang tu, nak pegang semua benda. Mami bagi toy, Hafiy campak je. last2 dok pegang IC Mami. Mami cuba ambil, Hafiy jerit kuat2. tapi sebab itukan IC sayang, tak bolehla buat main. Mami tukar dengan offshore passport. mujurla nak. dok pegang la benda tu sampai ke sudah.

time check in, mujur orang tak ramai. kalau tak mau haru beratur sambil dokong Hafiy. sebelum boarding, Mami alas perut dulu dengan ayam KFC. sebabkan takmo spend masa lama untuk makan, Mami amik chicky meal je. lepas makan cepat2 pegi masuk tempat departure.

flight jam 6.05pm, kita masuk jam 5.00pm lagi. awal la senang, bole duk dekat pintu & bole masuk awal. kalau lambat2 nanti orang dah kerumun, takde nye nak masuk awal2. tapi waiting room tak buka lagi, so kita tunggu la kat luar tu. Mami duduk sebelah sorang pakcik orang putih & sorang auntie orang Miri. Hafiy tertarik kat troli pakcik putih tu, oh tak boleh jadi ni. mujurla ada segerombolan troli dekat2 situ, so Mami ambil satu, & Hafiy dengan teruja sekali menolak troli kat situ. mujur Auntie Miri tu sukarela jaga beg kita.

tolak sana tolak sini, macam2 gaya. Mami suruh stop, or kalo Mami ambil dokong, Hafiy jerit kuat2. OK la.. tolak la... sampai termerangkak tu seronok sangat tolak. Mami biarkan je, kalo tak Hafiy jerit2, tendang2 Mami. tapi Mami pegang la atas troli tu, takut la degan Hafiy2 sekali meluncur ke depan.

lepas dah penat tolak troli (Mami yang penat, Hafiy dok enegetic lagi), Mami simpan troli & amik Hafiy. jerittttttt la ape lagi. Mami bawak pegi phone booth, main2 tepon, tak nak. pastu Mami bawak pegi main kat isle begerak tu (ape ke nama dia ntah). kelakar Hafiy duk kat isle tu tapi nak pegang dinding dia, sampai tersungkur (tapi Mami pegang la). bawak jalan ketuk2 dinding...

tapi tak puas hati jugak, nak troli jugak. kasik la can seround lagi...

bila waiting room dah buka, kita masuk & Hafiy tiba2 jerit. Mami la.. tak tau nak buat apa, jam jam tu jugak sumbat susu. nen la 5 minit, pastu taknak dah. duk rengek2, jerit2 tak tau kenapa. mujur ada wifi, Mami bukak Youtube Barney, "Barney is a dinasour.." barula diam. tapi time dia tunggu nak replay, jerit2 jugak. ape ni....

pastu Mami try tuka lagu "I love you, you love me.." Hafiy jerit taknak. pastu dah takde mood dah tengok Barney. jerit2 lagi. aduila... Mami bawakla jalan, pegi tempat orang wat announcement. ha, main terjun2. seronok pulak. Mami letak atas meja tinggi tu, Hafiy terjun. jap lepas tu orang airport tu datang. agaknya dia nampak Mami macam 'sengsara' je, dia pun buat announcement "kami menjemput keluarga bersama anak kecil masuk dulu ke dalam pesawat" sambil lambai2 kat kita. ape lagi Mami terus cau masuk dalam plane. baru laa lega sikit.

dalam plane, amazingly Hafiy tido sepanjang 2 jam setengah tu. alhamdulillah. bole la Mami makan dengan selesa & borak2 dengan makcik sebelah. tidurnya lena betul, sampai Mami kena kejut bila dah landing. tapi pelik pulak sekarang dah xdapat toy & baby food. tambang dahla naik! Mami tanya dia cakap tak ada...

sampai Miri, sempat lagi kita dinner Mc Donald's dengan Abiy. pastu terus balik.... wah rindunya kat rumah Pujut kan. tapi keadaannya agak sadis juga hehehe.

balik Miri, Hafiy tiba2 pandai membebel. "atatatatata", "abababababbaa" nampak sangat kelakar sebab Mami tak pernah tengok Hafiy macam tu. time Mami masak, Hafiy nangis2 sambil membebel, "uwaaaa... atatatattata....uwaaaa... abababababa".

bila Mami mengadu pada Abiy tentang travel bersama Hafiy yang mencabar minda, Abiy suggest "next time tak payahla bawak Hafiy. kesian Mami, pregnant lagi, kena dokong & layan Hafiy lagi. lagipun, kalau Hafiy takde kat sini, Mami bole rehat & tumpu pada Adik pulak".

tapi Mami berat sikit, sebab tak ada stok. sekarang macam pam sehari untuk minum separuh hari (tambah stok lama). macamana Mami nak tinggal Hafiy? nanti Hafiy nak minum apa? Mami pun tak tau apa alternatif terbaik. lagi satu concern sebab tambang Hafiy dah naik. urgh! Abiy suggest Mami balik sekejap je. sehari dua je. harap2 Mami tak penatlah.

memang mencabar minda sungguh sekarang ni. Hafiy pulak makin.. makin apa ya... makin aktif la gamaknya.
- dalam kereta jalan sendiri capai stereng, & dah tahu fungsi wiper. kalau tak bagi jerit2, liuk2 badan.
- suka sangat ngan Abiy. asik nak dokong Abiy je.
- suka dengan pen. kalo jumpa pen kat mana2 siaplah. kalau Mami nak amik sebab 'takut tercucuk' Hafiy akan jerit & cari kat mana Mami sorok pen tu.
- suka main 'masukkan dan kuarkan biskut dari bekas'. tapi tak makan pun.
- suka main ngan laptop Abiy. Abiy kalo Hafiy ada, memang tak buat kerja laa dia.
- pandai panjat high chair dan percubaan terjun.
- turun katil dengan cara superman. angkat tangan tinggi2 dan.... terjun!
- pandai turun kerusi dengan sopan tapi panjat tak bole lagi.
- suka rusk brand Heinz je. brand lain takmo. Mami rasa sama je rasanya.... appara...
- kalau nak suap nasi kene cakap "Thomas coming.. where's the tunnel?" baru nak bukak mulut.
- suka gigit nen dengan sengaja. kenapa haaa? sampai Mami terjerit2 je. sampai luka tau!
- gigi ada 4 batang, 2 besar kat atas. 2 kecit kat bawah.
- tahu je kalau orang nak keluar. terus datang ke kaki 'atatatata'.
- suka dekat Uncle Suryadi je, orang lain bolayan. apsal ha? hensem sangat ke Uncle Adi tu?
- nak makan sendiri tapi Mami tak ajar lagi. pandai pulak, cuma nak senduk nasi dalam mangkuk tak pass lagilah. hehe. ada ke pakai sudu tapi nak senduk dengan tangan?
- tiba2 pandai minum pakai straw. selama2 ni, walaupun Auntie Jua dah bagi tips tapi Mami tak penah buat pun. hahaha.
- suka cubit/ramas muka orang. baru ni pegi buat kat Nasa, sian Nasa, nangis2 dia.
- kat luar, macho. senyum pun kontrol2. kat rumaaaaahhh.... huh. asyik 'atatatatatta' jerit2. sengih2. Abiy tak buat lawak pun Hafiy bantai gelak.
- suka pompuan cantik. hahahahaha.

kat sini, Mami hantar Hafiy rumah 'makcik' kat Permyjaya, yang mengasuh Faiz, sebab Faiz kat KL minggu ni.
pagi2 semalam Mami hantar, Mami pesan kat Makcik, Hafiy ni minum susu sikit2, makan banyak, siang tidur kurang, kuat nangis.

bila balik, Makcik repot.
- minum susu sikit.. OK
- makan banyak.. OK
- tido lama.. APA?????
- tak nangis pun.. APA?????

bulan depan Hafiy dah 11 bulan, pastu raya seminggu Hafiy setahun dah. alhamdulillah... anak Mami sihat2. Mami ada berangan nak buat birthday bash Hafiy. Adik pulak, semakin 'menonjolkan' diri. hari2 makan luar sebab Mami 'tak selera' nak masak, sampai Abiy cakap "Mami balik pun sama je Abiy makan luar....".

Mami dah buat appointment untuk Adik, 2 September ni. yea yeah.

tapi ada benda yang mencabar juga, sebab Abiy kene pegi KL Rabu ni. aduh! tinggal berdua tiga dengan Hafiy (dan Adik)???

uhh Mami tak sabar2 tunggu petang... nak ambik Hafiy kat rumah Makcik! seronok sekarang kita duk sekeluarga je. cuma rumahlah bersepah sangat2. heheh.

2 Years



alhamdulillah, we've been together for 2 years now.but it's just like yesterday, when Abiy replied with the oath that made us husband and wife.

2 years is not long, we're still learning about each other sampai hari ni. mengenali peribadi orang yang paling rapat dengan kita is the nicest thing. sebab, kadang2 kita rasa tak perlukan effort untuk mengenali dia (orang kata dah tidur sebantal) but it's really not that simple. untuk kenali suami sendiri adalah antara perkara tersusah, sebab terperangkap dalam beberapa 'traps' yang diomok2 sebelum nikah, seperti:-

-isteri mendapat perlindungan, layanan, kemanjaan, belaian maximum dari suami.
-suami pembimbing isteri ke jalan yang benar.
-suami tempat isteri bergantung dan berharap.
-dsb.

hakikat perkahwinan adalah satu hubungan synergy antara kedua pihak. Mami dapati (dari pengamatan dan pengalaman), ramai pasangan muda (tak semua) yang salahfaham tentang hakikat sebuah pernikahan. ya pernikahan itu melengkapkan hidup dan keimanan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Thabrani "barangsiapa yang menikah,maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman, kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh yang tinggal". pernikahan, di dalam al-Quran disebut sebagai 'perjanjian yang berat', maka ia bukanlah sesuatu untuk berseronok-seronok atau main-main.

Allah dan Rasul-Nya telah memberi beberapa panduan dalam memilih pasangan hidup. dan yang paling penting, adalah memilih dari segi agamanya, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim "wanita itu dinikahi karena empat hal : karena agamanya, keturunannya, hartanya, dan kecantikannya. Perhatikanlah agamanya, maka kamu akan selamat”. (begitu juga diapply dalam hal memilih suami). mengapa kita sanggup menikah dengan pasangan kita? adakah benar2 kerana Allah? atau semata2 kerana cinta? atau kerana kekayaannya? atau kerana sudah terdesak dan tiada pilihan lain?

namun harus kita ingat, permulaan itu tidak menentukan pengakhiran. pernikahan bukanlah satu penamat. ya, ia penamat zaman bujang, tapi ia adalah satu perjalanan baru, yang sangat unik dan tak tercapai minda mereka2 yang masih belum merasainya. bayangkan kita dengan ibubapa sendiri, yang sejak dari dalam kandungan lagi dibelai, ditilik, dikasih mereka, kadangkala (if not most of the times) ada salah faham, terasa hati, merajuk, miscommunication dan sebagainya. kasih ibu itu, memang tiada syarat, (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah), sehingga Allah mengumpamakan 'Allah mengasihi hamba lebih daripada seorang ibu kasih kepada anaknya'. kenapa Allah sampai mengumpamakan demikian? kerana kasih yang tidak bersyarat itulah. walaupun anaknya cacat, jahat, bodoh, etc. tapi ibu tetap sayang pada anak (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah). tapi kalau pasangan macamana? ibu tak akan buang anaknya atau 'bercerai' dengan darah dagingnya sendiri. malah, kadang2 ibu yang didera suami pun sanggup bertahan demi anak2.

bagaimana pula dengan pasangan yang baru kita kenali? dengan keluarganya lagi, yang macam2 perangai. mampukah berlapang dada bila sudah berkahwin baru tahu perangai sebenar suami, masa bercinta pijak semut tak mati, tapi bila dah kahwin, jentik gajah pun boleh koma. apa yang perlu kita lakukan jika begini keadaannya? menangis? mengeluh? mengadu pada keluarga? bersedih dan berkeluh kesah? kerana itulah pentingnya pemilihan awal2, akan ciri2 pasangan yang kita pilih untuk melayari bahtera rumahtangga.

isteri dijadikan sebagai teman suami yang paling rapat, sahabat yang paling akrab, jururunding, pakar motivasi, pendorong cita-cita, dan segala sumber bagi suami. isteri bukanlah hanya mengharap perlindungan dan bimbingan suami semata2. seorang isteri, malah ibu bukanlah badan keretapi yang mengikut saja ke mana lokomotif membawanya, sebaliknya isteri dan ibu adalah rel keretapi itu. isteri dan ibulah yang menentukan ke mana hala tujuan sebuah keluarga itu akan pergi.

kenapa? kerana isteri dan ibulah yang memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga dan mendidik keluarga, dan sebagainya. benda paling simple, tapi memberi impak yang besar, makanan. adakah makanan yang disediakan itu benar2 bersih dan halal untuk hidangan ahli keluarga? kerana we are what we it. at-Tabarani meriwayatkan sebuah hadis "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya." haram itu bukanlah daging babi/anjing sahaja, tapi dari segi sumbernya (wang beli makanan hasil dari mana?), dari segi penyediaannya (menggunakan bahan yang betul2 halal?), dan sebagainya. seorang ibu mesti melihat semua perkara itu, menjaga kebersihan dan mengamalkan zikir semasa memasak agar hidangan yang berkat memasuki mulut keluarga.

oh, Mami bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal ini, sebab Mami pun baru setahun jagung saja :D dan Mami memang banyak sangat benda yang perlu diperbaiki. oh, sangat jauh dari level isteri solehah tu.

namun Mami ucapkan ribuan terima kasih terhadap kawan2 Mami, Auntie Lin, Fiza, Riana & Zana sebab menyarankan Mami baca 'Men are From Mars, Women Are From Venus' sebelum menikah dulu. kami sama2 baca buku tu, dan alhamdulillah, walaupun ia ditulis oleh seorang putih (mat saleh) tapi sangat banyak padat berisi, cuma tak ada hadis2 dan firman sajalah. sekarang Mami tengah berusaha membaca 'A Gift For Muslim Bride' (yang kat shelf Mami tu). oh buku ni sangat amazing dan inspiring! terasa sangat kerdilnya diri ini. (all wives & wives-to-be should read!)

memang ada perkara yang Mami tak suka, tak boleh lari lah, tapi bila cermin diri ni, "bagus sangat ke Mami ni?","solehah sangat ke Mami ni?". sebagai isteri yang tak sempurna, Mami sentiasa mendoakan Abiy, semoga beliau menjadi hamba yang Allah redhai, pemimpin orang2 bertaqwa. dan Mami bersyukur, dalam ramai2 perempuan kat Malaysia ni, Abiy pilih Mami untuk jadi pendampingya, ibu pada anak-anaknya. jadi, kenapa Mami mesti komplen kalau ada sifat dan sikap Abiy yang kurang pada pandangan Mami? mungkin itu adalah pembalasan pada dosa2 Mami juga. haruslah Mami terima kekurangan itu dengan redha, sebagaimana Abiy menerima kekurangan Mami.

semoga Allah merahmati pernikahan kami, dan membimbing kami ke jalan-Nya. perkahwinan ialah saling pergantungan. semoga permulaan ini membawak kepada perjalanan dan pengakhiran yang hasanah. semuanya memerlukan kerja keras, kerana sangat banyak anasir merosak. walau tak ada gangguan outsiders, dalam rumahtangga sendiri pun bole ada konflik dalaman. semoga Allah melindungi kami, dan sebelum itu, kamilah dulu yang perlu 'melindungi' hak-hak Allah.

sepotong hadis yang pernah Abiy bagi pada Mami dulu, yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "jika datang seorang laki-laki kepadamu untuk melamarmu, sedang kau tahu ia baik akhlak dan agamanya lalu kau tolak, maka jadilah fitnah buatmu dan kerosakan yang besar."

TQ my dear Abg. may Allah bless us, now and hereafter. I LOVE YOU SO MUCH! Happy 2nd Anniversary (& 2nd child :D).

kenapa tak boleh

(blogging from hp)

Mami baru ambil buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya dari Auntie Sarah. Buku yang simple dan bagus utk semua BF mom dan yang plan nak BF. best buku ni. ada banyak gambar & step by step guide. kecik & comel je, serta murah. RM 10 jer.

Ada 1 part yang menarik perhatian Mami.. Kisah Puan Rita MLO. Mami simplify jelah..

Menurut ceritanya...

Pn Rita C-SEC EMEGENCY. Beliau tidak BF sbb kurang ilmu, kurang semangat & tak sedia. Kmudian bila bb umur 2 bln,br ada kesedaran. Beliau cari suport dari forum & webbie, communicate dgn suport grup (dr obesi) & tingkatkan KOMUNIKASI dgn mereka. Akhirnya berjaya exclusive BF tika bb 4 bulan.

Dia kata "bkn mudah utk bjaya. Kita mesti BEKERJA KERAS, & KUAT SEMANGAT. PASANG NIAT, TETAPKAN MATLAMAT & BEKERJALAH BERSUNGGUH2!"

Dan ada pesanan di akhir atikel tu "percayalah, setiap cabaran PASTI ada penyelesaiannya sekiranya kita mendapat SOKONGAN. Jangan berputus asa & jgn dgr kata2 negatif yg mampu melemahkan semangat. If pernah gagal, jangan jadikan itu sebagai sebab utk tdk berjaya utk anak2 sterusnya. THERE N0 SUCH THINGS AS FAILURE, THERE ARE ONLY EXPERIENCES THAT MAKE US BETTER. menyusu datangnya dr PENGALAMAN & PENGETAHUAN. kita hanya akan jd LEBIH BAIK dgn pengalaman. TANPA PENGORBANAN, jgn bicara soal perjuangan & usah angankan kejayaan"

Buku ni boleh didapati di kedai Susuibu.Com, Bangi. kat MomsChoice pn ada. Dalam buku ni ada contact BF suport groups termasuk Pn Rita sendiri. Suport sgt penting utk ibu2 bermasalah, tak memadai dgn banyak membaca saja. Tak perlu banyak sebab kalau betul2 mahu.

Cari suport yang betul kalau nak (kalau betul2 nak lah, kalau separuh2 pun tak payah). Kalau tak suka dengan orang2 biasa, cari Lactation Councelor. Jangan pegi berguru dengan yang tak boleh jugak sudahlah :)

Cerita Adik

kesian pulak kat Adik, lama tak stori pasal Adik kan. hehe. itula.. Adik diam je, Mami tak ada benda nak cerita. sedar tak sedar dah masuk 2nd trimester.

tapikan... ha... tapikan... Adik ni memanglah... sejak2 masuk 2nd trimester baru la menunjukkan belang.

- Mami dah tak selera makan nasik.
- Mami makin moody dan ada perangai sendiri, suka duk sorang2 & malas layan Abang Hafiy. Adik jeles ke?
- Mami makin malaaaaaassss (hahaha, ini dah memang dari zaman Jopun dulu lagi).
- Mami muntah.
- Mami start craving for fastfood. masa Abang Hafiy dulu nak pizza, pizza, pizza. Adik ni nak KFC, KFC, KFC. tapi jauhla pulak KFC tu.. seminggu sekali je la bole.. Mami jalan kaki pegi KLCC cari KFC.
- maka, Abiy pun start pening kepala sebab dah start musim nak makan fastfood je ni keh3x.

perut Mami dah nampakla sikit (memang dah tersedia boncet pun). tapi orang2 ofis tak perasan lagi Mami pregnant, kecuali Auntie Sya2. tu pon lepas Mami cakap. kat ofis, alhamdulillah, memang rezeki Mami, tiap kali pregnant dapat kerja yang sikiiit je. lepak betul la kat ofis.

Mami tak sabar sebenarnya nak tengok Adik ni, since tak rasa lagi Adik gerak2. cuma rasa krem2 aje. bila Adik nak tendang Mami kuat2 ni. Abang Hafiy dulu 15 minggu dia dah menunjukkan kejantanan. hehe.

minggu ni Mami nak setelkan appoinment kita awal bulan depan. Mami nak tengok ape Adik buat kat dalam ni. ada macam Abang Hafiy dulu tak :) neway Mami & Abiy dah prepare beberapa nama. semua nama girls. haha. yang boy kita amik dari senarai dulu je, tak payah pening2.

cepatla bulan depan... Mami nak tengok Adik!

TN & Orang Tua

dulu kami di Miri, hidup berdua (bertiga) saja. tak ada orang kecoh2 suruh buat itu ini. itulah satu bonus hidup berjauhan dengan keluarga (cons-nya banyak la pula). alhamdulillah, sejak balik Miri, Mami tak pernah berhadapan dengan karenah orang2 yang lebih dulu makan garam. cuma sejak2 ada Bibik, ada la sikit2 dia 'menasihat'. yang tu tak apa, boleh diabaikan. kalau dia cakap banyak2 kita potong gaji dia. hahaha (gelak kej*).

bila di KL, Mami expect lah apa yang akan berlaku. sebab kita akan tinggal kat rumah Tok Ma. dan Mami jamin PASTI akan ditegur sebab menyusu Hafiy. since benda ni memang kontroversional, even sebelum ke KL pun dah beberapa kali mendapat 'teguran' seperti:-

Auntie B : kau menyusu Hafiy lagi? tak takut dia dapat penyakit ke????
Mami : kenapa kau cakap macam tu?
Auntie B : orang kata..
Mami : itu kata orang tak sekolah, aku sekolah :P

Bibik V1 : kalau dah ada isi nggak usahlah menyusu Hafiy lagi nanti membahayakan kandungan.
Mami : tak ape Bibik, doktor kata tak apa...

Bibik V2 : orang kata kalau menyusu semasa mengandung nanti anak yang menyusu akan sakit.
Mami : tak adelah Bibik, itu cakap orang kampung Bibik ajelah..

tak kisahlah sangat sebab mereka2 tu cuma melukut di tepi gantang saja (hahaha). tapi untuk menghadapi orang makan garam dalam family ni kena ada sedikit ilmu 'menjawab secara berhikmah' dan support daripada Abiy yang cukup. yela, silap cakap nanti bole buat orang tua sakit hati, tak baik tau! tambah2 lagi mentua, hati yang perlu dijaga, sebab mereka ibu bapa suami kita. hak ibunya lebih dulu ke atas suami kita.

memang betul, sampai2 di KL Tok Ma cadangkan Mami bagi Hafiy FM. Mami kata Mami larat lagi nak menyusu Hafiy, dan tak bagi apa2 keburukan pun pada Hafiy mahupun Adik. tapi yang bestnya, Bibik pun turut sama sebab dia pun against BFing during pregnancy kan. hehe, kelakar bila ingat. Tok Ma kata, risau Mami tak cukup zat pula nanti.

mujur Abiy backing. Abiy kata, Mami dah ambil banyak supplement, mana boleh tak cukup zat. dan gynae pun menggalakkan Mami teruskan menyusu.

akhirnya semuanya tamat bila mereka semua menerima hakikat yang Hafiy tak suka minum susu dalam botol. sekarang ni bolehla, siang2 minum la sikit2, bila malam boleh mengempeng sampai pagi. kalau Mami dah stop BF, dengan sapa Hafiy nak mengempeng? Hafiy mana suka minum botol, kang lagi tak cukup zat susu :) alhamdulillah, sekarang semua berjalan seperti biasa.

dan sebagai supporting element, Mami beli magazine Pa&Ma bulan Ogos, letak kat ruang tamu untuk Bibik dan sesiapa yang ada baca. dalam tu ada kisah tentang tandem nursing dan banyak benda pasal penyusuan ibu. semoga sesiapa yang membacanya (especially Bibik) terbukak sikit mindanya.

support memang tak adalah, kalau bukan dari diri sendiri & Abiy. lagipun, alhamdulillah so far Mami rasa cukup kuat, walaupun tiada kata2 perangsang dari orang2 sekeliling (kata2 perangsang suh stop BF je ;P). tak ape.. Mami takkan berhenti dengan kejian dan tidak teruskan sebab pujian. semuanya dari dalam diri sendiri je. ecehhh...

bagi Mami dengan orang2 tua ni (tak kira siapa especially parents sendiri & mentua), walaupun kita betul dan depa salah, kita jangan tunjuk 'degil' sangat sampai buat mereka kecil hati. perlu pendekatan yang bijak, sebolehnya biar depa fikir sendiri, "betul juga cakap anak aku ni". ataupun, libatkan orang ketiga, macam masa dalam pantang, Mami kena marah kononnya sebab susu Mami, Hafiy jadi macam tu macam ni, Mami bawak depa sekali jumpa paed, tanya sendiri paed tu. then, dari situ mereka tahu tabiat baby menyusu badan cemana.

orang tua memang akan sentiasa komen, pada mereka 'nasihat sebab sayang'. macam Mami jugakla selalu bebel2 kat Hafiy sebab Mami sayang. tapi sebagai anak2, kita nampak benda tu sebagai 'membebel, berleter, menyibuk, etc'. untuk komen2 yang biasa, bolehla raikan, contohnya "buasnya anak kamu ni", Mami jawab saja "yelah, saya penatlah, mak tolong jaga dia pulaklah" (contoh saja). benda yang tidak boleh diubah, bolehla diraikan begitu. yelah, mana ada ubat nak menghentikan ke'buas'an budak2. lainlah kalau bagi ubat tido atau ubat batuk.

untuk benda2 yang boleh diubah, kena buat sesuatu supaya mereka 'jangan buat'. contohnya bagi anak FM. kalau kita tak buat sesuatu (supaya mereka berfikir dan tak buat dah), entah2 belakang kita depa pegi beli FM dan kasik anak. jadi, kita kena bagi hujah2 yang buatkan mereka pun tak hingin nak kasi anak kita FM.

tapi benda ni bergantung pada sikap dan perangai orang tua juga. ada yang jenis boleh dibawa berunding, jadi senang berbincang apa2. ada yang jenis dia saja yang betul. anak menantu cakap apa pun semua tak boleh terima. tapi apa-apa pun, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. kalau cakap direct dengan diorang tak berjaya, cuba minta pertolongan, dan paling utama, mintalah pertolongan dari Allah SWT.

bagi Mami, walau macamana pun orang2 tua kita, cuba jangan sakitkan hatinya. sebab nanti kita akan tua juga. mungkin hari ni kita boleh kata "bila dah tua aku takkan jadi macam mak/mak tiri/mentua/nenek/makcik aku", tapi ingat, hati, roh, jiwa kita ni Allah yang pegang. besok2 kita tak tahu macamana, entahkan jadi lebih teruk dari mereka tu. bagaimana perasaan kalau anak2 kita pula yang sakitkan hati kita. life is very fair and square.

(bila terasa hati dgn orang tua, siaplah beberapa teman terima sms bertalu2 dari Mami :P)

Separation Anxiety

Hafiy developed separation anxiety since dia 'kenal orang'. normally babies dalam around 7-18 months will have this. mereka cuma nak dengan orang yang biasa je, especially mak nye lah. biasalah, mana2 baby yang normal pun Mami rasa ada mengalami benda ni. (maybe ada la baby yg jenis selamba je, tak kisah pun sapa2 ambil, itu pun normal juga).

separation anxiety yg dialami Hafiy (sejak2 datang KL) memang dalam kategori kronik juga la. selain Abiy, Mami & Bibik, orang lain tolong jangan pandai2 nak ambil, nanti dia menjerit kuat2. Bibik pun kalau Mami ada, tak laku jugak. & sekarang dah pandai hempas2 badan atas dokong orang. last weekend kita balik Jerantut, semua orang excited nak pegang Hafiy, but sorry! Mami ingatkan boleh la Mami rehat2 sikit, since ramai orang boleh tolong jaga Hafiy tapi semua Hafiy taknak :) bertuah sungguh budak hensem ni.

however, i believe that, nothing i've done has made Hafiy undergoes this anxiety. it's not my fault spoiling him. mothers with separation anxiety babies, don't worry, it's perfectly normal.

it indicates that our babies are:-
- have a loving attachment to us, the mothers/fathers.
- know that we give them the safest place to holding on. isn't it sweet?
- smart! they know what are their needs and what are the effects if their need are not fulfilled.
- developing intellectuality. they know the secured place and avois strangers.

luckily, our family are well.. very sporting & takdela nak cakap benda bukan2 on Hafiy. cuma derang terkilan cos tak dapat main2 dengan Hafiy, dokong2 Hafiy, etc/ pasal Hafiy akan jerit, hempas2 badan, bila derang nak ambil. alhamdulillah... dulu2 ada jugak yang cakap "tu la asik ajar dokong je dia, sampai dah tak boleh letak bawah". haa.. cuba la amik kejap, memang surrender la sapa2 yang cakap macam tu. hehe. last2 mengaku jugak memang kegemaran Hafiy macam tu.

dealing with families/friends/anyone who likes to complaint about our separation anxiety babies:
- works for me satu cara je. RAIKAN SAJALAH & kalo taknak dengar, PEKAKKAN TELINGA :)
orang akan komplen saja apa benda yg tak ada kaitan dengan hidup dia. anak kita separation anxiety pun orang komplen, "mak tak bole nak buat kerja kalau anak clingy macam ni", etc. kalau anak takde separation anxiety pun orang komplen juga "budak mudah sangat ikut orang, silap haribulan kena culik takde orang perasan", etc. :) apa2 pun as parents, doakan yang terbaik untuk mereka & accept our children for who they are.

be contented with separation anxiety babies:
- let them be themselves. they are babies. be happy and proud for having them. out there, so many parents even trying for years to have one.
- it's wonderful having a child who loves to be with us all the time.it tells that the bond we worked all this while is created, and even so strong.
- it's not spoiling them bila kita terlalu 'love' diorang macam tu. in fact with the attachment, they'll grow up more confident and secure.
- allow them to the 'separation' they initiate. kalo derang main sorang2, don't interrupt & if they go to another space, don't rush to follow. just give them a peep to ensure they're safe.
- don't push. this is a normal milestone, and they'll move to the next milestone sooner.
- don't hilang tiba2. this will cause them constant worry if we hilang tiba2. they'll be clingier and diminish their trust.
- be positive when leaving them. when off to work, don't be nervous and anxious cos these will make them feel the same! leave them with smile and little note "nanti petang Mami balik kita main lagi yerrr.. mwah!"
- offer distraction when leaving them with someone else. give them toys or books to play with, and say quick goodbye. make the stay fun for them.
- practise quick & safe separation. example, if we go to bathroom, make sound so that they know we're not leaving them. i play peek-a-boo!
- IGNORE what if people say negative thing about our babies. or, print an article about separation anxiety and ask them to read. just ask Profesor Google, only by typing 'separation anxiety' :)

when i said, parenting, breastfeeding... are among the things we ought to learn, by reading or from any other resource, ramai yang tak setuju, cos they said those things are natural and it will come naturally. but i still love to read and learn, even if they are natural, cos there are lots of things i do not know, and i won't know they are normal if just by try and error or look and feel.

well,we have our own way and style, right?

my 10 most significant FIRST times

ini tag Mama Jua yg dah beberapa lama terperam...

Mommy's 10 MOST significant first times are:

1. start schooling
it was 20 years ago (wah sungguh lama!) when i start my kindergarten. i still remember wearing my cotton baju kurung made by my Mak (Mak Tok), and before went to the kindy named Taski Al-Usrah, we drop by my Nenek's (Nye) house. and my arwah Tok Ayah pesan "kalu nok gi kecim oyak ko *USTAK, "ustak sayo nok kecim". in my head was "what on earth is 'ustak?' bukan cikgu ke?" hehe. *the ustak was ustaz.

2. touch the computer
we didn't have computer at home until i was 15. so before tu mmg jakun habis-habisan la. the first time i touch the keyboard was during Computer Lesson masa Form 1. gementar satu badan. hahahaha. masa tu rasa macam best tak hingat sebab jadi orang pertama dalam kampung yang sentuh komputer. :P :P :P

3. usha Abiy
jangan tak tau i was his secret admirer since the first day i met him in Physics Lab. masa tu hormon remaja tengah memuncak agaknya. but then, it was secret admirer ajela.. takde orang tahu pun Mami suka usha Abiy. kenapa? ntah, kalau kata Abiy cute or handsome, ramai lagi yg cute & handsome tapi Mami tak pandanglah. mungkin dah ditakdirkan kot? :P Mami selalu cakap kat Abiy "we are couple made in heaven" :D

tp minat2 dari kejauhan je... tak pernah la Mami try2 nk tegur ke nak ngorat ke. mahal okeh! :D

4. knew Abiy
peristiwanya... biar kami berdua (+ada somebody else) yg tahu :D tapi dipendekkan cerita, it was from this very cyber world. thanks to IRC! :D almost everyday we met, cyberally. and it was happen only during our final sem. but it was not the start la.. panjang lagi ceritanya. but it was the first step lah, at least we kept in touch with each other. kalau masa final sem tu tak ada apa2 lagi ntahkan sampai sekarang Mami kenal ke tak dengan Abiy ntah.

5. accepting Abiy's proposal
sesungguhnya i didn't need much time to think about it. memang dah lama Mami tunggu kan. sekali propose je, tak payah buang2 masa :D

6. jadi isteri
selesai je akad nikah tu, Mami terpaku seketika. 'dah? cepatnya?' cepat sangat. rasa macam satu beban sebesar gunung baru je terlepas dari kepala Mami. masa tu rasa "berbaloi ke tunggu lama2 (dari 1st time usha) dengan benda yang setel tak sampai 5 minit?" hihihi.

wah seronok sangat tau! boleh pegang-pegang Abiy :D sampai sekarang kalau tengok orang lain kawen, Mami tersenyum2 je teringat kenangan lama itewww~~~

7. positive pregnant
Mami agak pressure juga before pregnantkan Hafiy. kawan2 Mami almost all bunting pelamin, or tak tunggu lama untuk dapat first baby. lagi2 bila mereka2 selalu 'tayang2' (Mami tau bukan niat derang nak tayang2, cuma nak share kegembiraan tp sebagai isteri yang tak pregnant lagi, mmg pilu la bila orang cakap "aku bunting pelamin!")

tapi Mami akhirnya accept kenyataan sebab Mami duk jauh ngan Abiy, & masa minggu pertama tinggal ngan Abiy, Mami kena rubella. oh masa tu sungguh syukurnya tak pregnant! lepas tu Mami dah tak pikir nak pregnant dah, mau enjoy2 honeymoon sama Abiy. tapi Allah Maha Kuasa, lepas 2 bulan kejadian tu, Mami konfem pregnant & it was Hafiy!

8. separate with Abiy (again)
masa mula2 kahwin memang kami duk jauh2. Mami KL, Abiy Miri. tapi lepas 4 bulan, kami bersama di Miri. kemudian kami tak berenggang dah sampaila Mami kena balik cuti untuk tunggu masa bersalinkan Hafiy. sedih sangat masa tu. Mami nangis sepuasnya before Abiy gerak. kemudian, seminggu jugaklah Mami tak dapat tidur malam.

sedih sangat even if balik rumah parents sendiri tapi Abiy takde di sisi...

9. bersalin
it was fast (for us yang duduk jauh & first experience ni). Dr Awang cakap if ada show, it means 2-3 hari lagi bersalinlah. bila show tu dah ada, i told Abiy. so Abiy decided to come back to KB in 1 or 2 days.

tapi Hafiy nak kuar cepat sangat. malam tu Hafiy dah kuar. kalut2 Abiy beli tiket balik, tapi tak sempat tengok Hafiy lahir. lepas 24 jam baru Abiy sampai. tak sempat Abiy azan dan qamatkan anak sulung dia.

10. pregnant sekali lagi
kami tak amalkan apa-apa kaedah sebab rasa 'nak dapat Hafiy punya lambat, second pun mesti lambat jugakla...'. cuma kontrol gitu2 je la.

surprisingly, Adik tak sabar dah nak datang :D Mami buat UPT tu sebab Mami ingat nak buat treatment pasal period yang teruk, doktor suspect Mami ada endometriosis. so before apa2 pastikan Mami selamat untuk apa2 treatment since period Mami dah 2-3 bulan takde.

tapi ia adalah sebuah berita baik! alhamdulillah...

rasanya banyak benda yg significant dalam idup Mami, tapi itu la yg Mami terfikirkan sekarang... sebab tengah rindu Abiy, tengok Hafiy dan Adik ni haaa :)

(Abiy tgh buat apa ya.. kenapala 3G kat sini asik on-off je~)

Gelak Gelak Gelak

manusia ni suka gelakkan orang lain. Mami pun suka gelakkan orang jugak, especially kalo orang tu dengan sengaja atau tidak, terbuat lawak antara benua.

sebagai mak BF, perkara gelak dan digelakkan ni menjadi lumrahlah. mungkin menjadi hiburan sehari2, tak gitu Ibu Syifaak?

antara dialog2 digelakkan yg Mami pernah terima:

"pam susu? bagi je la dengan t*t*k, kan senang. *gelak2"
"tak penah bagi susu botol (FM)? tipulah... kau kerja bawak anak g ofis ke? *gelak2"
"belaja BF? helooo.... susu kan kuar kut situ je, nak belaja buat ape? *gelak2"
"lactation councellor? apebende tu? *gelak2"

tak ape.. gelak lah. lepas tu Mami akan tell the truth & giliran Mami pulak gelak kalo derang terpaku. tp most of them diselubungi ego yg tinggi jadi takdela terpaku, tapi memaku2 dengan hujah2 tersendiri dan gelak lagi. tak ape... hehe.

Mami anggap saja mereka itu sebagai 'tak tahu' dan kalau mereka 'nak tahu' (golongan yang terpaku itu), Mami share la apa yang Mami tahu. sebaliknya kalau mereka 'tak mahu tahu' dan 'taknak ambil tahu', ignore sajalah. bukan dapat apa pun.

biasalah manusia ni suka gelakkan orang dan perasan terer, walaupun benda tu satu hapah pun dia tak tahu.semalam Mami dah sound sorang kawan Mami yg cakap gaji kitorang paling koman RM5000. keh3x. Mami cakap "amiin. gaji bos aku tu. (kot2 lepas ni dapat jadi bos or naik gaji)". then dia cakap "alah, toksah tipula, kalau dah keje company *toot* tu semua orang tahu gaji besar". Mami jawab "kalau kau tak tahu, baik kau diam je. dah jadi fitnah, dosa besar tau".

bukan soal gaji yang Mami nak cakap, tapi sikap kita yang suka rasa kita tahu semua. & suka dengar khabar angin serta tokok tambah cerita. alah, Mami pun sama jugak. tapi bila dah tau kebenaran, tak adalah Mami bising2 dah. dulu, Mami dengar cikgu2 di pedalaman Borneo dapat elaun rm1000. so, Mami cakaplah kat kawan Mami yang ngajar kat pedalaman Bintulu. dia kata "yang dapat rm1k tu yang ngajar kat area yang takde elektrik, takde line telefon.. pakai generator. macam aku ni, walaupun pedalaman, 60km dari town, tapi ada letrik, ada line tepon, ada Astro, so tak adanya nak merasa". & Mami acceptla explaination dia as the primary source, bukan dengar dari mulut orang lain. & Mami konfemkan dengan Atok Har, bestfriend dia mengajar kat sebuah kampung di pedalaman Sarawak, tak ada letrik, kalau nak call kampung kene keluar town, dan dia memang dapat elaun rm1k tu.

itu memang sikap kita kan, suka tambah2 cerita dan berburuk sangka dengan orang, padahal kita tak tahu hal sebenar. dan kita suka cop-cop & judge orang. contohnya orang yg tutup aurat, tak spatutnya buat perkara tak senonoh. bila ada perempuan tutup aurat (senang kata, pakai tudunglah) buat perkara tak senonoh, biasanya kita cakap "dia ni tak padan pakai tudung tapi perangai macam *toot*. baik tak payah pakai". sebenarnya, dia baik sebab pakai tudung. at least dosa dia bab membuka aurat tak ada (secara kasarnya la). kalaulah dengan perangai buruk, tak jaga aurat lagi, kan ke lagi banyak dosa orang tu. kan lagi bagus cakap "nasib baik pakai tudung, kurang dah dosa kat situ. harap2 lepas ni terbuka hati nak tinggal benda tak senonoh tu".

Mami ingat pesan Ustaz kat UTP dulu, dia kata, setiap kita ni mendapat hidayah yang berlainan. ada orang dapat hidayah dari segi sikap, ada orang dapat hidayah pakaian, ada orang dapat hidayah pekerjaan, ada orang dapat hidayah macam2 lah. jadi jangan perkecilkan orang dan jangan bangga dengan diri kita. kalau kita rasa kita dah bagus, tutup aurat semua, jaga ibadat tapi masih berburuk sangka dengan orang, maknanya kita belum dapat hidayah untuk husnuzzhon (berbaik sangka). jadi berusahalah untuk dapatkan husnuzzhon. berdosa dengan orang lebih besar dari dosa dengan Allah. dosa dengan Allah, kita bole minta ampun directly dari Dia. dosa dengan orang, kena minta maaf dengan orang tu. dan kalau orang tu tak maafkan kita, Allah pun tak tentu ampunkan kita. sebab tu Allah letakkan dosa besar bagi mengeji, mencuri, mengumpat, memfitnah, dsb. sebab semua tu berkaitan dengan orang.

ada satu kisah di zaman Rasulullah, semasa satu perang (apa ye? tak ingat. mungkin ada yg igt kan?), seorang sahabat (pun lupa juga siapa) was about to tikam seorang musyrikin. lalu musyrikin tu mengucap, tapi beliau menikam juga hingga orang tu mati. diceritakan Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya, "orang itu melafaz kalimah Allah, kenapa kamu bunuh dia?" sahabat itu menjawab "dia cuma melafaz di mulut saja". lalu Rasulullah membalas "kamu tahukah apa yang diucap di hatinya?". lalu sahabat itu berasa gementar dan insaf kerana telah membuat assumption buta sebegitu. Rasulullah pun menegur sahabat yang membuat persangkaan, inikan pula kita kan. jauh sangat nak dibandingkan dengan mereka yang sangat dekat dengan Rasulullah.

dan serendah2 level ukhwah tu husnuzzhon. kalau taknak & taknak belajar, janganlah gelak ye, nanti i gelakkan u balik. hehehe. oh ye, Mami minta kemaafan ye dari sesiapa yang pernah Mami perkatakan samada directly atau indirectly. kadang2 kita tak perasan, tapi bila perasaan geram tu muncul, memang tak boleh tahan.

& sesiapa yang ada no hp Mami, mintak sms no anda, sebab Mami tuka handphone (handphone lama dah rosak kene gigit dgn Hafiy). nombor2 semuanya dalam hp lama tu, so sekarang hp baru kosong je phone booknya. tolong ye :)~

Kita di KL

life in KL... oh after 2 weeks pun Mami still tak dapat catch up. too fast and exhausting. sangat berbeza dengan kehidupan kita di Miri.

di Miri...
.. masuk ofis jam 7.30am, jam 7.20am masih di rumah lagi.
.. kalau nak breakfast, keluarlah jam 7am.
.. jarak rumah-ofis 5 minit aje.
.. balik rumah tak penat, banyak masa nak main2 dgn Hafiy dsb.
.. malam2 kalo boring boleh keluar pegi jalan2.
.. malam2 sempat main, tengok TV, baca buku, bukak PC, buat itu buat ini.
.. dsb.

di KL...
.. masuk ofis pukul 8, jam 6.30am dah kena keluar. kalau tak sabar ajelah dengan jem.
.. jarak rumah-ofis setengah jam, ofis-rumah sejam lebeh! (kes jem blk kerja).
.. balik rumah penat sangat, sempat main2 kejap je dengan Hafiy, tu pun sambil baring sebab Mami tak larat.. sejam dua lepas tu, tido sebab dah penat.
.. malam2 jangan harapla nak keluar2.
.. malam2 sempat makan, tgk TV kejap & tidur. baca buku? tak pernah dapat sentuh. PC? lagilah.. pandang pun tak sempat.
.. dsb.

bagi orang yang dah biasa tinggal di bandar besar, memanglah biasa aje macam tu... tapi Mami tak biasalah. even if dulu Mami pernah tinggal setahun lebih di KL, tapi memang Mami penat. yela, pengalaman duk jauh dari ofis, rumah Aki di Kepong. pagi2 kena kejar komuter & LRT. balik pun sama. kalau jam 5 tak keluar ofis, alamatnya jadi sardinlah di komuter tu. sudahlah komuter masa tu (skg tak tahulah) suka buat hal. kata setengah jam sekali, tapi kadang2 sampai 2 jam tunggu tak sampai2. imaginelah orang macamana...

masa tu pun Mami penat sangat. kalau drive (masa tu tak mampu pakai highway, guna jalan biasa je) alamatnya 2 jam lebih baru sampai rumah. sampai2 dah azan Maghrib. mujurlah masa tu belum kahwin lagi, balik terus tidurpun tak ada siapa kisah.

sekarang Mami rasa bersalah sangat kat Hafiy. jam 9 lebih biasanya kita dah tidur. ada lebih kurang 3 jam je Hafiy bersama Mami. tu pun kena tolak masa Mami mandi, masak, makan, buat itu ini sebelum boleh lepak2 dengan Hafiy. agaknya sebab tu Hafiy suka bangun malam2 kot, nak spend time dengan Mami eh?

tidur Mami sekarang memang tak kualiti langsung. Hafiy makin kerap bangun malam, nangis2. kalau di Miri, 2-3 kali je bangun, kadang2 tak bangun langsung. ada la juga kadang2 Hafiy bangun main malam2, tapi bukan tiap2 malam. tapi kat sini, tiap2 malam ada la 20 kali Hafiy bangun. kadang2 Mami tepiki, 'Mami ni tidur ke tak ni? rasa asyik jaga je'. pulak tu, setiap kali Mami bangun, Hafiy pun bangun (bangun=bangkit, bukan jaga). Mami bangun pegi toilet Hafiy bangun, Mami bangun tgk jam Hafiy bangun, apetah lagi bangun pagi, mmg kena tunggu Bibik siap baru Mami bole mandi segala. kalau ada Abiy, boleh Abiy yg tengok2kan Hafiy sementara Mami siap2.

oh Mami tak bole imagine macamana kalau family kita pindah KL nanti. hmm... semua pun ada pro & consnya kan. di Miri aman damai tapi jauh dari keluarga..apa2, kena balik urgent, belanja mahal sangat! kat sini hectic tapi duk dekat ngan atok2 Hafiy. apa2 jadi memang kita dah ada kat sini.

harapnya Mami tak amik masa lama nak catch up dengan KL life ni. Mami dah rindu nak belek2 buku tapi sekarang memang tak larat sangat. baca Reader's Digest pun bercelaru mata dibuatnya.

apa2 pun kita look at the bright side lah.

Let Kids Be Kids

i cannot stand (kecik hatiku) with statement like these...

"kenapa anak kau ni 'buas' sangat? anak aku 5 orang semuanya OK je duduk diam2 time kita solat. baik je diorang sume macam faham je kita mengadap Tuhan, tak ada nak melalak2 ke apa"
"anak i pandai duduk diam masa i solat, xde pun nak nangis2 or kene dokong2, etc. macam anak u tu. pandai dia hormat orang solat"
"buasnye budak ni... tekejut tengok, anak2 aku semuanya pandai behave depan orang"

* i suggest that those who like to throw such that statement, please go to any parenting class, or get yourself some books about parenting and baby. or yg utama bacalah Quran banyak2 sekali dengan tafsir dia serta bacalah kisah hidup Rasulullah dan para sahabat. those statements (and any yg seumpama dengannya) to me convey the hidden message of 'anak aku ni dirahmati dan diberkati Allah. kecik2 dah pandai hormat orang/Tuhan/apa saja. anak kau tak diberkati, maybe sebab kau tak pandai didik anak or kau byk buat dosa or Allah sayang anak aku lebih, etc lah'.

why dont these guys understand that, kids are kids, they are not 'a little adult'. they are clean and clear, pure, white, innocent. they don't carry anybody's sin. and on top of anything, all kids are unique, they learn things in their own way!

dont have to read English's parenting books, or go to any classes. knowing about our Prophet Muhammad SAW's life is more than enough. why does he LOVE kids? and why does he will give syafaat to whoever loves kids? did he mention about good kids and bad kids?

if we read about a story about Hassan & Hussin, Rasululullah's grandson, how he adores them and play with them, sampaikan Hassan & Hussin panjat belakang Baginda main kuda-kuda pun Rasulullah never ever marah2, malah Baginda melamakan sujud until the boys left his back. smapaikan para sahabat berasa hairan & thought that it was a new command to lengthen the sujud. after the solat, they asked Rasulullah about the long sujud. Rasulullah jawab "cucuku memanjat belakangku, dan aku mahu memuaskan hatinya. maka aku hanya bangun dari sujud apabila dia telah puas hati".
(are Hassan & Hussin comparable to your kids?)

let them be kids. even Rasulullah carries his grandson during solat. who are our kids to those kids? what is the special with our kids until they should not have playtime?

we parent our kids, but remember that we are not the only parents, and not only us do the parenting job. please don't 'perkecil2kan' other parents just because your kids are well-mannered than the other kids. as long as they're still kids, let them be kids. they should learn new things in their own, fun ways, under our full guidance and unconditional love. what matter is, how we show and guide them. if the good manners come by chance, it should not be something to be proud of :)

and please be thankful if you have well-mannered kids, and a 'buas' child is not abnormal, as long as he is not diagnosed with hyperactivity or anything relates to it. & my boy is still a baby OK!

*seperti melepas geram pulak.

Tok Pa II

soalan paling susah Mami nak jawab ialah "ayah mentua dah OK ke?", "Tok Pa dah OK ke?". sebabnya... he's not OK! Tok Pa bukan demam selsema, sakit belakang mahupun demam denggi... Tok Pa Hafiy sakit Acute Leukaemia Lymproblastic. menurut doktor, penyakit jenis ni tak dapat dikesan dari awal, tahu2 sudah stage terakhir.

imbas kembali...

4 bulan lepas, Tok Ma call Abiy bagitau Tok Pa demam. masuk wad & doktor cakap kena denggi sebab badan naik bintik merah. tapi lepas sehari Tok Ma call lagi... Tok Pa bukan denggi sebaliknya leukaemia, dah doktor nak buat chemo!

kita 3 beranak kalut2 balik KL. imagine la, flight jam 4.15 petang, jam 2 baru beli tiket. mujur ada seat lagi, yang last. sampai2 je terus kita pegi Hospital SgB (i rather not mentioning the name). Tok Pa kelihatan down, maklumla, tengah2 sihat, tau2 sudah blood cancer yg final stage.

esoknya Mak Tok, Tok Ayah & Pak Su dari Kelantan pun datang. manakala Mami & Abiy sibuk contact orang dari Stemlife utk dapatkan briefing pasal stemcell. masa ni kami sangat2 regret sebab taknak simpan blood cord Hafiy dulu. padahal it was just 4 months back, but we refused sebab 'tak ada history & mahal sangat'. now what Rm5k worth?

we made an appoinment with Dr Goh of APSH, we were told she was a very experienced haematology specialist, and handling many lukaemia cases with stemcell. so esoknya kami nak pegi jumpa dia.

suprisingly, that evening, Tok Pa was discharged. doctors at Hosp. SgB suruh balik rumah sambil tunggu appoinment dengan Hospital Ampang, which is in another 2 weeks. so, kami pun baliklah dengan gembira... kebetulan esoknya ada appointment dengan Dr Goh, Abiy bawak Tok Pa sama, alang2 dia dah balik so bole la jumpa Dr. Goh terus. kami kat rumah pun plan lah utk masak macam2, maklumlah.. Tok Pa dah keluar hospital so kami assume dia dah baiklah.

suddenly Abiy called from APSH, bagitau yg Tok Pa kene tahan wad. Dr. Goh informed that Tok Pa's internal organs dah bengkak & to our suprised, dia kata "why dr at SgB discharged him? he should not go back home & should not be in public!" kami sangat terkejut OK! Dr. Goh bgtau Tok Pa perlukan rawatan segera, tak boleh tunggu lagi 2-3 minggu. diorang terus buat bone marrow test, & Tok Pa disahkan sakit yg disebut di atas.

Mak Tok & Tok Ayah yg keje di lab hospital, tengok result darah Tok Pa yg dibuat di SgB, mereka kata ada test2 yang SgB tak buat. yang sepatutnya diorang buat! Mami personally, rasa amat kesal dan marah pada doktor2 dan staff SgB, masa tu rasa nak saman pun ada. macamana kalau kami tak buat appoinment dengan Dr Goh hari tu? ntah apa jadi pada Tok Pa. masa tu memang geram, sakit hati sangat. Mami bagitau Abiy, nanti dah setel semua ni kita pegila jumpa pengarah hospital tu komen kat dia. Abiy kata sabar..

akhirnya Tok Pa terus diwadkan di APSH.setelah buat arrangement dengan Tok Hawa yg tengah amik phD di Korea, akhirnya Tok Pa dipindah ke Hospital Ampang. di APSH, kosnya sangat mahal, mencecah setengah juta RM,lalu kami setuju bawa dia ke Hosp Ampang, yg menurut Tok Hawa, hospital terbaik di Malaysia utk rawatan lukaemia. even ada sorang Datok yg penah dirawat di APSH pun akhirnya ke Hosp Ampang. M Rajoli pun ada kat situ tau.

lepas tu Tok Pa jalani rawatan kat situ. menurut doktor, rawatan melibatkan 8 kali kemoterapi. namun selepas 2 kali kemo, keadaan Tok Pa tak berubah, sel kansernya masih tara tu juga. lalu doktor mahu berikan dos kemo yang paling kuat. Tok Pa taknak sebab chance of survival 30% saja. dia nk cuba rawatan lain. maka bermulalah sessi rawatan alternatif pada Tok Pa. cakap saja apa, kat mana, semua Tok Ma bawak dia pegi.

maka Tok Pa bertahan macam tu. mula2 seminggu sekali pegi cek darah, masukkan platlet, dan jadi semakin kerap, 2-3 hari sekali. kesian Tok Pa sampai lengan, tangannya lebam2. disebabkan platletnya kurang (pernah satu masa tinggal 1.0! orang normal ada 125 ke atas!), Tok Pa tak boleh luka, nanti darahnya tak boleh stop.

namun lepas cuba macam2, keadaan macam tu juga, Tok Pa akhirnya setuju untuk kemo yang kuat tu. walaupun chancenya 30%, tapi kalau bertahan gitu pun doktor kata bole tahan sebulan dua je lagi... jadi kami semua terima keputusan Tok Pa untuk kemo. Tok Pa dinasihatkan masuk wad minggu lepas, tapi sebab kita balik sini, Tok Pa mintak tangguh ke minggu ini, nak tengok anak cucunya lah. tp malam semalam Tok Pa bleeding, jam 1 pagi Abiy & Tok Ma bergegas hantar ke Hosp Ampang. perjalanan 40minit jadi 10minit.

sampai sekarang, kita masih tunggu keputusan doktor, bila Tok Pa akan dikemo, dan kemo macamana yg akan diberi padanya. yg kuat, atau yang biasa...

sebenarnya, macam2 orang ckp tentang sakit Tok Pa. doktor syak penyakit genetik (tapi belum buat ujian lagi), pengamal tradisional pula kata lain. apa2pun pohon doa semoga Tok Pa kembali sihat, dan ahli keluarga kita dijauhi dari perbuatan khianat orang.

sakit Tok Pa banyak beri pengajaran pada kita semua. Tok Pa sakit tiba2, dalam keadaan sihat2 tiba2 sakit yg teruk terus. kita cuma manusia yang tidak berdaya. tak payah nak sombong2 dengan apa yg kita ada, Allah boleh tarik sekelip mata saja. nikmat yang jarang kita ambil kisah, nikmat kesihatan, bila Allah dah tarik, semua pun tak ada makna dah. makan pun semua jadi tak sedap. duduk tak sedap, baring pun tak sedap.

hidup kita samada senang atau susah, semuanya ujian dari Allah cuma. semoga apa yang Allah kurniakan pada kita bukan satu istidraj. risau kalau2 kesenangan yang Allah limpahkan ni adalah supaya kita makin lupa & makin jauh dari Dia. ye la, manusia bila dah senang mula nak lupa diri, rasa bangga & seronok dengan apa yang kita dapat. padahal semuanya milik Allah. bila dah susah baru mencicit nak mencari Tuhan. tp kalau macam tu masih untung sebab masih mencari Tuhan, kalau time susah pun makin lari menjauh, itu memang bala.

ingatlah bila Allah bagi kesenangan, cuma ada 2 sebab. satu, supaya kita tambah bersyukur dan terima kasih pada-Nya, makin dekatkan diri padanya. dua, supaya kita terus hanyut, lupa, takbur, angkuh dan makin jauh dari-Nya. bila Allah bagi kita susah pun ada 2 sebab juga, satu, supaya kita sentiasa mengadu pada-Nya, ingat Dia, redha dengan-Nya dan kedua supaya kita makin kuat mengeluh, makin menyalahkan takdir-Nya dan makin jauh dari-Nya.

mana2 pun kita yang membuat pilihan. semoga Allah limpahkan rahmat pada semua orang.. ameen.

A Visit to Prince Court Medical Centre

this morning we went to Prince Court Medical Centre (PCMC), just to pay a visit before the actual appoinment :p the nurse said PCMC's official launching was on 1st July, still new huh.

the basement parking lot is so convy, with hourly rate, rm2.50 for 1st hour and rm1 for the consequence hour, and max rm8. expected cos it's under KLCC parking management ;) we dont have to walk under the sun, unlike other hospital. the elevator will take us to the lobby.

lobby sgt cantik mcm hotel. suit la this hospital is a medi-hotel type. the staffs pun frenly sgt, maybe tak ramai orang sangat kot. even if dah tau the procedure,tapi saja buat2 tak tau & tanye macam2.

we went to maternity clinic, cakap dgn nurse tu nak tengok wad & labour room. wad view KLCC & ada sofa bed. ada 2 type room, deluxe & suite. suite ada 1 bilik utk family. labour room pun standardla, but i think smaller than Pakar Perdana.

org yg dekat kaunter bawah recommends Dr Lim (if i not mistaken), she said he is a very the experience ones. but i prefer Muslim doctor, so Dr Seri is our choice la. but dia punya jadual hari ni only belah petang je, so takdela jumpa any doctors. Dr Dato' Aziz pun ada 3 hari seminggu je. however semua gynae mmg expert & ok semuanya (ikut kata Dr Aida & para misi).
misi tu pun cakap Dr Seri happygolucky orangnye.

tak sempat tengok2 sangat hospital tu sebab nak cepat. tp mmg Petronas punya design la... Abiy kata "macam Pocket D" (pocket D adalah nama salah satu part kat UTP punye school).

since hospital baru, fasiliti memang tip top, sampai sometimes other hospitals pun hantar patient ke situ, especially for neonatal. so memang takde tempat lain dah la. ;) best2!

and most importantly, even if it's not a baby friendly hospital, but it's very pro breastfeeding! and it rooms baby with the mother so that mother can breastfeed. so nice isn't it?

(blogging from Abiy's hp & i dunno the result)

10 bulan & 11 minggu

alhamdulillah Hafiy dah 10 bulan, and still fully breastfeeding! bangga OK! :)

adik pun dah 11 minggu & Mami masih breastfeed abangnya. bangga jugak OK! :)

Hafiy tiba2 semalam berdiri sendiri and melangkah selangkah ke depan sebelum jatuh terduduk. oh sangat impress sebab he never did that before! kadang2 jeles jugak bila tengok our friends' children yang baya Hafiy dah boleh tatih, tolak itu ini, berdiri sendiri, etc. but this lil guy never forget to give us suprise!

datang2 rumah Tok Ma, he hunted for something to be pushed. biasanya bakul bajulah. tolak sampai ke dapur. ada walker tp tak gemar sangat tolak walker... maybe nak something different kot.

and yesterday also Hafiy climbed up the stairs sampai atas. sorang2. biasanya Mami kena teman. very independent kat umah Tok Ma ni...

as far as i can remember, Hafiy did all these at his 10 MO...

- suka unpack barang. barang2 pasar ke jgn risau nk unpack, dia akan tolong unpack kan. beg pakaian Mami pun Hafiy tolong unpack. tp un-pack ajela... bukan tolong kemas. huhuh.
- suka clearkan meja. habis semua benda kene campak bawah. kasi clear sikit meja kan, baru kemas kan?
- suka kuarkan baju dalam bakul laundry. kat mana2 yg accessible. nanti Mami nak suruh Hafiy kuarkan & masuk dalam mesin basuh la.
- suka buah. nampak aje sesiapa makan buah, orang itu akan jadi geng Hafiy.
- susah dah nk pakaikan diapers. kena pakai sambil berdiri/merangkak/berdokong. nak beli jenis pants tu mahal sgt laaaa.. tak mampu la Mami.
- asik makaaaaaaan je. tapi badan tak naik2. makin turun adelah. sekarang 8kg. aktif sangat gamaknya. tak boleh duduk diam.
- betul2 jadi Hassan Al-Banna. masa Abiy tidur, Hafiy belum tidur. bila Abiy bangun, Hafiy dah jaga.
- cemanapun Hafiy makin cute :)

Adik pulak... last scan dia tengak letak tangan kat dahi. Dr Aida cakap "anak you ni semua jenis berfikirlah. fikir harga minyak naik ke" :P

and if 1st September ni kita ada di KL, Mami & Adik akan pegi check up kat Prince Court Medical Centre :D teruja nak pegi sebab Dr. Aida bagitau it's a 7 stars hospital, & Dr. Seri Suniza was her senior. bila lagi nak merasa... time2 ada sponsor ni mari kita cuba saja!

KL here we are!

dah 3 hari kita di KL. and this is my very first day in this office. my office is on front of KL Convention Centre (i call it Convec, but why nobody knew what Convec is? huhu).

the journey was... hahaha. sungguh enjoy. Hafiy la yg enjoy. lompat sana sini. terjun bawah kaki. main dgn orang belakang, siap ngorat stewardess lagi. sayangnya tak ada toy & food untuk Hafiy sebab diorang tak bawak. alahai. lainkali kena bagitau siap2 masa book/check in, nak food for baby & toy sekali :D

benda paling menarik ialah transporting frozen EBM. sebab kita akan selali balik2 ke Miri, so no need to bring all. beberapa bekas je. i put them in fridge2go, letak chiller & ais. ais tu letak dalam beg plastik so that ia tak akan membasahkan frigde2go tu & put everything dalam insulator bag, letak ais lagi penuhkan ruang.

during check in i asked the clerk on how to transport my EBM. nak buh dalam kargo ke ape. but kargo is panas, nanti bole cair plak. she asked me to bring the bag into the cabin & ask the cabin crew to assist.

unfortunately the plane was full & they had no room to place my bag, except one bottle. huhuh. so we put the bag dekat kaki je lah. since the cabin was cold, so no worry la for us.

because of the very the many bags, we couldn't take Budget Taxi, so had to use Perdana. hey, hey, please don't cut my claim OK!

the first thing bila sampai rumah... put my EBM in the freezer! alhamdulillah. all EBM yg i put in f2go were preserved! in fact the ice pun tak cair! sungguh seronok. but another challenge is to place the container di celah2 ayam2 Tok Ma lah. mujurlah muat2 je. but another dilemma, how to buat stok nanti? urghhh.

cemanapun, i enjoy working here. even if the perjalanan sangatlah jauh tp the office is very conveniene. project office katakan, not so many people, & i can use my boss's room to pump. tak payah pegi jauh2 & lagi best sebab dia once a week je ada kat office. so ofis ini Mami yang punya!!! anytime rasa nak pam je bole pam :) plus, dapat pam baru nanti semoga lagi semangat nak pam!!!

but di sebalik itu, challenge dalam BF & TN mulai datang satu demi satu... :)

nantikan cerita Mami dalam entry akan datang. hahaha!

Aznil

I.
Mami : siapa nama Hafiy Al-Fateh angkat tangan! SAYA!
Hafiy : (angkat tangan sambil goyang2 ala-ala Macam-Macam Aznil)

II.
Abiy : bye bye Hafiy~
Hafiy : (lambai tangan gaya Macam-Macam Aznil)

III.
Bibik : Hafiy ni suka joget goyang2 macam Ajenil

IV.
Astro Prima : Macam-Macam.... Aznil!
Astro Ceria : Tom Tom Bak!
Hafiy : (menonton dgn kusyuk semasa Aznil Nawawi muncul tp restless bila dia tak ada)

*adegan2 di atas tidak dapat dirakam kerana Hafiy enggan memberi kerjasama bila nampak kamera. dia nak pegang kamera tu!

lately Mami telah outsource kan tugas2 melayan Hafiy kepada Aznil Nawawi. ada je cd yg Mami burn tp Mami tak larat nakgi pasang (Nota Hafiy: alasan je tu.. sbrnya Mami yg nak tengok Aznil..). dengan Aznil ni Hafiy dah tak merayap-rayap dah. mujurla Tom Tom Bak dengan Macam-Macam Aznil ada marathon malam2. hm,memang aura betul la Aznil dengan budak2. kusyuk je dia tengok Aznil.

kira OK la... asalkan Hafiy bole duk diam-diam kat situ sudahlah. kalau tak asik nak merayap je, penat tau Mami nak kutip. dah yang sedia penat dah ni. huhuhu~ tak apelah. at least show Aznil tak ada adegan melampaui batasan dan cakap pun tak ada guna dirty words. & Mami pun watch sama Hafiy (sambil tido kadang2). lagipun time ni je Hafiy bole tengok Aznil. nanti kat rumah Tok Pa kene tengok Bloomberg. hehe.

MORAL: pengaruh TV memang kuat walaupun terhadap budak sekecik biji kacang. kawal lah frekuensi dan amplitud tontonan TV terhadap anak anda.

tips to control what TV takes with our children:

1. make specific rules about watching TV. (for younger kids is to be obeyed by parents) e.g. : no TV while having meal, no TV during family discussion, etc.

2. don't just 'watch TV', but allow ourselves to watch particular, 'approved' program, not just 'watch TV'. e.g. watching news, watching TTB, etc.

3. no channel surfing. sometimes when we surf, it will stop at inappropriate scene, e.g. violent, etc.

4. watch together with our children. we can talk with them about what is going on in the show. especially when watching movies.

5. NEVER use TV as babysitter. don't calm our little kids on TV. make this rule clear to the babysitter, "DONT LET MY BABY WATCH TV WHILE YOU'RE DOING YOUR WORKS". our Bibik, watches TV while lullabying Hafiy.

6. one is better than two. one TV placed in the living room will help us keep an eye on what is being watched.

7. talking to our children about the programs they watched or watched together with them will give us opportunities to debrief them about the rights and wrongs in them.

8. manage time properly, so that wont have to 'spend' time watching TV cos have nothing to do..

9. dont make TV a centre of our family life! how to avoid TV dominating:
- put TV off during mealtime.
- make conversation a priority in our family.
- don't use TV as a reward or punishment. no "you can watch TV the whole weekend if you do this and that" or "you can't watch TV for a week if you do this and that".
- encourage other recreational activities. don't be a slacker by watch too much TV during free time.
- find alternative to watching television.
- don't place TV in kids' bedroom.

REMEMBER!

“Children of all ages are constantly learning new things. The first 2 years of life are especially important in the growth and development of your child's brain. During this time, children need good, positive interaction with other children and adults. Too much television can negatively affect early brain development. This is especially true at younger ages, when learning to talk and play with others is so important.

“Until more research is done about the effects of TV on very young children, the AmericanAcademy of Pediatrics (AAP) does not recommend television for children age 2 or younger.”

and the bottom line is...
CHILDREN FOLLOW US! (this explains a lot why Hafiy loves Aznil Nawawi that much.. kene cut ni!)