Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Post-Ramadhan

Most of my fren bila jumpa akan buat wild guess "kau mesti puasa penuh kan tahun ni". Mami cuma senyum je sebab Mami puasa tak penuh.

i left 7 days this Ramadhan. not bcos of tak larat or penat or pregnant etc, but it was for Hafiy cos my milk production sangat2 kurang kalo Mami puasa, even if di waktu malam. so i followed the LCs advise to puasa selang seli & alhamdulillah Hafiy OK since then.

terdapat banyak pendapat (dari yg bukan ilmuan) tentang berbuka bukan sebab haid/nifas ni (dari pengalaman & pemerhatian):
1. Puasa adalah wajib jd tidak kira apa yg terjadi mesti puasa regardless mengandung menyusu dsb.
2. Jika susu kurang, bagi saje FM, tak perlu tinggal2 puasa.
3. Kalau ikut macam tu, yang mengandung & menyusu tiap2 tahun, macamana nak ganti?
4. & macam2 lg pendapat dari kepala otak sendiri.

harus kita aware akan hukum2 Islam, adanya hukum2 azimah (yg dah tetap & wajib tu) dan hukum2 rukhsah (kelonggaran). ramai yang tak bersetuju dengan hukum rukhsah terutama di bulan puasa kerana mengikut mereka, tidak dapat menghayati Ramadhan.. Apa sajalah.

rukhsah, harus didalami dengan ilmu supaya kita semua aware bahawa rukhsah itu:
1. Perkara yang disukai oleh Allah.
2. mengambil rukhsah bukan bermakna kurang ilmu, kurang amal, malas, etc.
3. Rasulullah dan para sahabat juga mengerjakan rukhsah.
4. Hanya dibenarkan dalam keadaan uzur dan darurat tertentu.
5. yang penting ia tak menjauhkan sesiapa dari Allah.

penting untuk mendalami ilmu ni atau at least ada awareness supaya kita tak memandang serong terhadap sesiapa yang mengambil rukhsah, dan kitapun tak sewenang2 berukhsah, misalnya, asal mengandung je ingat boleh tinggal puasa sesuka hati.

dan tak patutlah rasa seronok dengan Ramadhan hanya sebab tak perlu ganti puasa, sedangkan perkara2 lain kita tak amik kisah pun. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang menyatakan, berapa ramai orang puasa cuma dapat lapar dan dahaga je. sepatutnya Ramadhan dijadikan bulan tarbiah untuk bulan2 seterusnya yang lebih baik, bukan setakat merayakan Aidilfitri yang kononnya kemenangan selepas sebulan berpuasa.

berbalik pada rukhsah puasa bagi ibu menyusu yang risau atau memang teebukti tak cukup susu & ibu hamil yang risau keselamatan diri atau kandungan, dalam mana2 kitab tak ada dinyatakan, 'bagilah susu lain supaya kamu boleh puasa'. ada satu website yang menyatakan tentang puasa & artificial milk, (lupa addressnya) tapi bila didalami mesejnya samasekali tidak mengatakan 'bagila susu lain..' tapi 'bagi ibu2 yang dah campur susu, tak ada alasan untuk tinggal puasa untuk menyusu'.

tentang penggantian puasa dan pembayaran fidyah pun, terdapat banyak pendapat ulama, malah ada yang berpendapat, ibu menyusu tidak perlu mengganti puasa, hanya bayar fidyah sahaja, terutama ibu yang kerap mengandung dan menyusu. kenapa kita masih perlu rasa "tak patut tinggal puasa walaupun susu tak ada, nanti macamana nak ganti?", "kalau tiap2 tahun macam tu bila nak ganti?" etc. memang benar usaha untuk banyakkan susu dengan makan macam2 sebelah malamnya tapi tak semua orang sama. ada orang badannya cepat terhidrat walaupun sebelah malam minum banyak & makan macam2.

Islam tu mudah dan solution tentang masalah ni dah lama terjawab oleh ulama2 dulu dan kini, cuma kita kenala rajin belek2 dan bertanya, bukan mengeluar pendapat ikut logik dan sedap hati saja. buat penat saja ilmuan2 dulu korek ilmu sana sini & terbitkan buku2 untuk kita tapi kita masih syok sendiri dengan pemikiran logik tanpa bersandar apa2 dalil.

semoga Ramadhan lalu membuka pintu hati kita semua, ameen.