dan soalan2 berupa "semangatnya baby..mesti kuat minum ni" "baby kuat minum kan? tgk badan.. semangat" etc. -jawapannya tidak kuat langsung.
alhamdulillah. Mami sihat2 sepanjang pregantkan Hafiy. walaupun mabuk teruk tak bole makan nasik selama hampir 5 bulan tapi biasa la tu. nama pun pregnant. sapa suruh kan. sepanjang pregnant BP Mami maintain je, urine pun maintain je. sakit2 pinggang pun masa dah masuk 8 bulan. (sebab UTI?).
masa mula2 pregnant, Auntie Cherie rekemen Mami makan supplement. Shaklee nama dia. supplement from natural resources. mula2 Mami macam skeptikal. ye la, ape hal.. sebelum ni tak pernah2 makan supplement. sekali Auntie Cherie bagi explaination & dipromosikan babynya si Faiz yang tembam gedempol itu, Mami rasa teruja. Mami lalu amik b-complex (with high folic acid), Vita Lea (multivitamin) dan Soy Protein - berubah mengikut keperluan bulan2. di hospital cek up tu doktor xbagi segala mendalah acid folic ke obimin ke segala, kena beli sendiri sbb ING tak cover. so alang2 kena beli sendiri ni, beli la yang berkualiti tinggi kan.
mula2 Mami dieksplain oleh Auntie Ann. dia mmg sgt loyal dgn Shaklee sejak zaman U lagi. masa tu Auntie Ann pun tengah pregnantkan Nasa. semasa anak first beliau, dia kene c-sec. tp lepas je operation, terus larat bangun pegi tengok Abang Addin (anak sulung dia). pastu, masa pregnantkan Addin, Auntie Ann penah kene operate sebab cyst. pastu c-sec lagi. tapi alhamdulillah mmg cepat sembuh. kalo nak tau detail bole la baca blog beliau.
alhamdulillah, sampai sekarang Mami continuously telan benda2 alah tu. yang paling seksa ialah Soy Protin, rasanya mmg agak yuck, dan menjadikan milo & ribena feveret Mami sangat tidak sedap. masa pregnant, selama 9 bulan tu, satu tin pun tak habis. akhirnya lepas deliver, Mami termotivasi minum balik utk dapatkan susu yang berkualiti. Mami try macam2, akhirnya jumpa.. minum dengan Horlicks atau dengan air oren sunquick.. mmg sgt sedap!!! sekarang Mami makan satu tin sebulan!
masa awal2 pregnant dulu, Mami jumpa mak mentua Auntie Ann. dia galakkan Mami continue taking this supplement, nanti pregnant pun tak nampak macam pregnant. & bertenaga lagi. memang betul... kawan2 Mami cakap, dari belakang nampak biasa je. tengok depan ha.. besarnya perut.
oh Mami tak cerita lagi masa hari Mami lahirkan Hafiy. hari tu Mami puasa. petang tu turun tanda & sakit pinggang tapi Mami ingat biasa aje lah. masa buka puasa Mami makan sikit je, sebab sakit pinggang sampai xbole duduk. lepas tu Nye datang suh pegi hospital sebab pinggang Mami sakit sangat. tp perut tak sakit pun. before pegi tu Mami minum Milo & telur ayam. konon tambah energy la. sekali.. muntah habis smua keluar siap lendir2 lagi. Mami tepiki masa tu 'abisla.. kalo bersalin satgi ni takde energy dah'. yela, seharian berpuasa, buka2, muntah pulak.
tp alhamdulillah, sampai hospital jam 9.30mlm, pkl 12.01 Hafiy lahir. syukurlah Mami diberi tenaga yg cukup.
seminggu lepas Hafiy lahir, Mami timbang kat klinik doktor. Mami loss 7kg drp total 8kg yang naik sepanjang pregnant. wow. masa check follow up Hafiy sebulan Mami dah pakai jeans :D skg? sudah kurang 1kg dari asal. tanpa diet atau senaman extrem!
Hafiy pulak, memang sangat tidak kuat menyusu (kuat melalak je). 10minit tu paling lama la Hafiy menetek. tu pun sangatlah jarang. biasa 2-3 minit dah siap. nak bagi susu pun berperang. tambah2 lagi sekarang. malam2 Hafiy dah lena sampai pagi. nak kasik night feeding pun kena kejut, pastu parking je nenen dalam mulut. tuan empunya badan syok tido. huhu. tapi alhamdulillah. berat badan naik dengan nyaman :D macam baby yang kuat menyusu.
sekarang ni makcik2 Shaklee kat sini gelar Faiz & Hafiy baby Shaklee. Nasa tak bole geng sebab dah pindah Semenanjung :P