Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Thank You Allah

budak merah yg sgt kecik dan fragile kat atas tu skg dah jadi tembam macam kat bawah. tak sangka sungguh, cepatnya masa berlalu. rindu lagi nak tengok Hafiy masa kecik2 dulu. sekarang Hafiy dah besar dan berat! minum susu Mami ya...!

didn't Mommy tell you that i was on a high pethadine dosage during labor & birth? i was 9 cm that time but the doctor add the drug dosage with an intention to make me fall asleep while waiting for 10 cm, which he suspected to be early in the morning (it was almost 11pm). oh my English is crap! maka disebabkan itu Mami hanya sedar masa struggle nak keluarkan Hafiy & i wasn't concious masa placenta keluar, masa doctor bersihkan darah beku, masa jahit or whatever. sedar2 je dah ditinggalkan seorang diri dalam labor room, about 4am.

Mami sedih sebab Mami xdapat susukan Hafiy masa the first 30minutes. Mami teringat kata kawan2 Mami, kalo tak susukan baby masa 30 minit awal tu mmg akan gagal utk fully breastfeed. sedih OK! punya la Mami berazam nak breastfeed full sampai 2 tahun, tiba2 fail macam tu je sebab Mami pengsan. sia2 je la Mami cari baby friendly hospital kononnya... novice sungguh kan Mami.

bila nurse bawa Hafiy jumpa Mami, Hafiy taknak nyusu ngan Mami. ye la... dah kenyang kene jamu. sekali lagi Mami jadi takut, sebab nurse2 tu jamu Hafiy dengan botol. kawan2 Mami kata kalo awal2 dah pekena teat plastik tu susah la nak enjoy teat ori. aduh masa tu rasa nak ketuk2 je nurse tu. dahla derang tak ajar pun Mami cara2 nak breastfeed, padahal Mami dah request.

hehe. itulah pengalaman pertama Mami yg novis.

balik rumah, after 18 hours baru Mami dapat menyusu Hafiy. lama gila! masa tu macam2 la ketakutan Mami, takut supply tak ada la, takut Hafiy kuning la, takut Hafiy tak pandai isap la, takut Hafiy ketagih teat plastik la.. etc. tp Mami try positif je la. Mami bgtau Hafiy "kita xde susu lain ni, ada susu Mami je tau". suprisingly, Hafiy sangat pandai suck! alhamdulillah... Hafiy pun takde meragam2 sepanjang 2-3 hari tu. lega hati Mami. bukan ape, dr experience org lain, takut ada je nanti yg pandai2 suh Mami kasik susu tin. dan hari ke-4, susu Mami mula bengkak..

akhirnya selepas sebulan setengah Hafiy lahir, makanan Hafiy hanyalah susu Mami (abaikan susu formula yg nurse suap masa awal2 Hafiy lahir tu). alhamdulillah Hafiy tak jaundice walaupun lambat dapat susu Mami & asik tidoooo je. org sumer pakat risau Hafiy jaundis sal asik tido sampai suh Mami kejut Hafiy bgn minum tp Hafiy takmo. bagus anak Mami ni. =)

Mami rasa, yang paling utama utk menyusu, adalah keinginan dan keazaman. walaupun dpt susukan for the first 30minutes tp kalau takde keazaman, tentu jarang yg dpt teruskan fully breastfeed. & Hafiy cuma dpt menyusu Mami dalam masa 1st 18hours je tp alhamdulillah, so far kita tak ada problem & Mami harap everything akan goes smooth utk tempoh 2 tahun lagi. ameen.

baby friendly hospital itu cuma option. kalo tak dapat bersalin kat baby friendly hospital pun takde masalah utk breastfeeding. insya-Allah.