Mami ni nak menjawab tag Auntie Nora. dah berkurun ni hehe. cerita pasal Hafiy la.
1. Hafiy kuar genap seminggu before edd, tepat jam 12.01am.
mami amik masa lama jugak nak terima hakikat ni pasal Mami nak Hafiy lahir 13hb. huhu. takpela, yg penting Hafiy sihat, bijak lagi hensem :)
sebab tu org cakap Hafiy suka berjaga malam, tido siang. hmm.. kadang2 la... tp bab2 tido ni Mami rasa Hafiy terbawak2 lagi perangai masa dalam perut Mami. ada sehari Hafiy tido 90% je, ada sehari Hafiy bangun 90%. (malam td Hafiy bgn dr kol 12 sampai dkt kol 5 baru tido). bawak2 la tido time malam nak oii...
2. Hafiy dah berak dalam perut Mami sebelum Hafiy keluar.
masa ketuban Mami pecah atas katil kat labor room tu, misi cakap air kaler kuning2 sket, light meconium, maknanya Hafiy dah berak dah. meconium tu taik Hafiy yg dah ada masa dalam perut Mami lagi. masa tu tau, Mami rasa kalo la Dr cakap nak c-sec, Mami nak setuju je.. tak tahan sakit!
kalo baby berak dalam perut ni, high risk kot2 baby tertelan taik sendiri. bole menyebabkan kerosakan otak. uuuuu~ pakcik Hafiy, Adam Danish tu pun dlu berak dalam perut, terus Mama dia kena emegency c-sec takut Adam termakan taik sendiri. alhamdulillah, dah besar pun mamat tu skg. alhamdulillah, Mami bole deliver Hafiy normally.
3. Tok Chik, Mak Tok & Nye bersama Mami dalam labor room.
Abiy takde, so Tok Chik ngan Mak Tok temankan Mami. Nye pun ada tp dia duk kat kerusi jauh sket dari katil. Tok Chik & Mak Tok yg pegang tgn Mami, kasik Mami gentle massage & tenangkan Mami masa tu. Mami dah tak piki dah Abiy takde ke apa ke, duk ingat sakit sangat, nak kasik Hafiy kuar je cepat2. soklan yg salu Mami tanye "lambat lagi ke ni?" huhuhu.
time Mami duk merungut2 sakit tu, Tok Chik la duk pesan2 kat Mami sabar la.. igt Allah, mengucap pe sumer. mulut Mami tak henti2 mengucap, baca doa Nabi Yunus, tahlil tahmid tasbih semua ada la.
4. Doktor sambut Hafiy dengan azan & suck Hafiy atas dada Mami.
bila kepala Hafiy kuar je, Dr. Awang terus azankan Hafiy. alhamdulillah, kalimah pertama anak Mami dengar di muka bumi ni. mula2 kuar Hafiy diam je. Mami tanye nruse, naper baby saya tak nangis? huhu. nurse wat xtau je. pastu nurse letak Hafiy atas dada Mami sambil derang suck air dalam idung & mulut Hafiy. pastu la baru Hafiy menunjukkan belang. satu level tu bingit ngan teriak Hafiy je.
mula2 Mami tengok rambut Hafiy, lebat :) Hafiy biru sangat, oksigen lom sampai lagi ke seluruh anggota badan Hafiy. Mami letak jari Mami kat jari2 Hafiy, Hafiy genggam tangan Mami :) melekat abis darah2 kat tangan Mami.
sayangnya xde gambar utk abadikan detik2 tu. Abiy takde, takde orang nak jadi jurugambarnye. huhu.
5. Tok Ayah azan & qamatkan Hafiy.
sian Abiy, terlepas chance nak azan & qamatkan anak sulung dia..
6. Hafiy angkat kepala masa umur 2 hari.
time tu Tok Ma tgh riba Hafiy. tiba2 Hafiy angkat kepala. Tok Ma kata budak zaman dulu seminggu dua, apa pun tak tau lagi. Hafiy budak zaman moden, bukan budak zaman dulu kan hehe.
skg ni Hafiy dah bole angkat dada kalo tummy time.
7. Hafiy diakikahkan masa umur 14 hari.
CW: Abiy, TokSu Manaf, Tok Bah, Pakcik Ih & Ayah Chik tengah
Mami ngan Abiy memang nak selesaikan urusan akikah Hafiy cepat2. nak buat within the first 7 days, bulan puasa, hari ke-7, raya plak. so kitorang decide utk akikahkan Hafiy pada hari ke-14. tp cukur jambul & belah mulut Hafiy dah buat masa hari ke-6. Abiy, Tok Ayah & Mak Tok bawak Hafiy pegi masjid utk disetelkan oleh Pak Imam.
before akikah tu Abiy risau kot lauk tak habis, pasal 2 ekor kambing kan. Mami kata.. 'ala Abiy ini kampung la. konfem habisnye... tah2 tak cukup'. hehe, betul pun cakap Mami, sampai kene topap ngan ayam pulak. biasala kat kampung kan.. belanja pun murah. masak sendiri kan. dengan kambings ngan kenduri Mami belanja dalam rm1,500.00 je.
kitorang akikah simple je kat Kelantan ni. orang2 laki buat keliling, selawat, bawak Hafiy keliling orang2 tu utk kasik derang sentuh kepala, org tua cakap kasik berkat kat baby. pastu makan.
8. Hafiy budak ditrain yg gain maximum weight.
Mami ada baca satu artikel, katanya baby yg ditrain minum masa lapar je akan mengalami pertumbuhan fizikal yg terbantut berbanding baby yang selalu dioffer susu. macam tak leh pakai la teori tu. Mami train Hafiy minum time lapar je, tapi naik 1.7kg utk 1st month. dari 3.3kg jadi 5kg.. terbantut lagi ke camtu? kalo tak terbantut xtaula besar mana anak Mami ni. hwa3x.
tp skg ni Mami ada jugak offer, kadang2 paksa minum (tp Hafiy xmo la kalo dah kenyang) pasal nak tembamkan Hafiy lagi. huhu. naper ek, Mami salu rasa Hafiy xnaik2 je beratnya. teruk la saiko Mami ni. jgn obese sudah anakku!
nak tag sapa ya? sapa2 je la yg rasa belum wat lagi & nak buat ek :)