Saya pun tak ingat sejak bila saya mula berbisnes. Tapi masa sekolah dulu saya ada la jual benda-benda keperluan sekolah. Walaupun rugi, hahaha. Secara tak langsung terlibat dengan bisnes-bisnes jadi ejen macam2 orang. Tapi mungkin sebab tengah belajar jadi tak ambil pusing sangat tentang perancangan bisnes ni... dapat duit, enjoy!
MLM pertama yang saya sertai adalah Syarikat O. Masa tu saya memang tak faham apa2 tentang perniagaan. Yang diberitahu sebelum sertai syarikat O tu adalah:
"Kau bayar RMXXX, lepas tu kau cari 3 kaki. Nanti 3 kaki kau ni akan cari lagi 3 kaki. Tiap2 bulan duit akan masuk RMYYYY.
Senang.
Tak payah jual barang.
Cari new members je. Standard practice lah kena senaraikan 100 orang yang kita nak approach.
Masa tu, saya memang tak faham pun tentang bisnes. Saya pun nampak MLM begitu. Register, then cari orang, cari orang, cari orang... kau akan kaya-raya.
Tapi saya tak pandai cari orang. Takde orang pun sign up dengan saya. Hehehe.
Kemudian, MLM ke-2. Syarikat L. Sebab tertarik dengan produk dia. Yang ni tak suruh cari orang. Ajar menjual pun tak. Terkial-kial, lalu berkubur macam tu je.
Saya mula berniaga secara online. Dengan produk digital. Memang menarik sangat sebab tak perlu nak pos ke pass ke... semua atas talian saja.
Pada masa yang sama, saya berjumpa dengan Shaklee. Disebabkan puas hati dengan hasilnya, saya jadi ahli. Lepas jadi ahli baru tahu Shaklee ni MLM. Tapi, upline saya tak pernah suruh register dan cari orang supaya cepat kaya.
Dari sini saya belajar
konsep MLM yang sebenar.
MLM ni adalah satu cara pemasaran produk yang menggunakan sistem 'ejen'. Ia bertujuan untuk menjimatkan kos. Dan syarikat yang memiliki produk tu memberi insentif berkaitan kepada ejen-ejen yang memasarkan produknya.
Konsepnya saya macam produk-produk yang dijual melalui ejen, cuma MLM ni dia ada beri insentif untuk pemimpin... sebab apa? Sebab syarikat2 ni 'malas' nak layan karenah ejen2 baru, jadi dia lantik ejen2 ni juga sebagai pemimpin untuk beri panduan kepada ejen2 baru.
TAPI... yang jadi >>>
cari orang, cari orang, cari orang >>> adalah berpunca dari sifat serakah nak duit cepat.. menjanjikan benda bukan-bukan yang membuta-tulikan orang-orang yang nak duit cepat juga... maka timbullah kumpulan2 MLM yang memberi janji2...
'tak perlu jual barang'
'invest 10 ribu dapat 100 ribu dalam masa 6 bulan'
'sistem automatik'
'cuma perlu aktifkan nama anda saja'
dan sebagainya... yang takde satu pun mengajar tentang penjualan dan pemasaran produk.
Belum masuk produk-produk yang berdasarkan testimonial semata2.
Maka menjadi satu idea dalam pemikiran masyarakat bahawa MLM adalah satu skim perniagaan
MENIPU, CEKIK DARAH, ORANG ATAS LEPAK ORANG BAWAH BUAT KERJA dan sebagainya.
MLM yang asli dan sebenar adalah adil. Pemimpin cuma mendapat bonus kepimpinan saja, dan tak usik sikitpun bonus jualan anak buah. Dan anak buah boleh mengatasi pemimpinnya, jika dia lebih pandai buat marketing dan menjual.
Namun, kerja2 MLM haram jadah tetap berlaku. Hingga ada yang sanggup bergolok bergadai kerana tertarik dengan janji-janji manis yang kosong. Paling best bila ada 'sistem automatik'...
Bisnes adalah bisnes. Ia berlaku bila ada transaksi antara 2 pihak, satu pihak terima, satu pihak bayar atas produk ataupun servis yang diberi. Tapi bila tiada produk yang dijual, tiada servis yang diberi...?
Bisnes MLM adalah bisnes yang paling mudah, kerana produk dan tersedia, dengan mentor yang terbukti. Pemimpin jualan adalah orang-orang yang sudah pun berjaya, dan orang-orang ini akan memberi sepenuh tenaga untuk menyokong anak-anak buahnya tanpa anak-anak buah ni perlu bayar.
Namun disebabkan persepsi bahawa MLM adalah Multi Level Menipu, disebabkan oleh mereka yang menjalankan MLM haram dan MLM haram jadah, ia memang sukar dikikis. Ia sama macam kita jual baju, jual senduk, bezanya baju kita tak perlu nak jahit lagi, dan tak perlu susah2 nak masuk kelas bisnes baju di sana sini, sebab mentor yang dah berjaya dalam bisnes baju akan beri bimbingan, FOC. Tapi sendiri pun kena la usahaaaaaa.
Ini lagi satu hal. Tengok janji-janji 'RM100,000 dalam masa 6 bulan', memang boleh dapat, tapi bukan dengan goyang-goyang kaki atas sofa boleh dapat. No free lunch. Tiada benda yang mudah di dunia ni. Tapi kadang terkilan juga sebab ada yang gunakan benda ni sebagai tawaran untuk mendapatkan ahli di bawah mereka.
MLM bukan dengan menambah ahli ramai-ramai... Ia perlu datang dengan kepimpinan terhadap ahli-ahli yang ingin serius. Bukan sekadar 'jualan automatik' atau 'duit automatik'. Banyaklah.. yang mempergunakan sistem MLM dengan macam2 cara... memang kasihan pada yang pernah terkena.
Tapi biasanya yang macam ni tak bertahan lama.
MLM bukan cari orang-cari orang-cari orang; sebaliknya jual barang-jual barang-jual barang, dengan bimbingan, dan dengan teknik duplikasi, kita pun akan melakukan perkara yang sama - membimbing orang lain untuk menjual, seperti yang kita lakukan.
MLM menghasilkan bukan saja penjual malah pemimpin.
Tapi sayang.... banyak yang dah merapu... terteleng ke kiri kerana nak short-cut. Hati-hati dengan short-cut. Kereta saya pernah terkena paku ketika melalui short-cut. Dan hanpir terpijak kaca masa melalui lorong short cut.
Gunakan sistem dengan betul kalau betul2 nak meniaga MLM...
Dan anda boleh nilai, bila di-approach untuk 'berniaga'... adakah yang mengajak tu benar-benar mengamalkan sistem yang betul (ajar untuk meniaga dan memimpin) atau semata-mata nak ramaikan downlines yang boleh support kedudukan dia.
Meniaga ni memang susah.
Makin besar perniagaan, makin susah.
Cuba tanya tokei Tesco dengan penjual pasar malam, yang mana paling senang nak urus?
Jadi sebelum menceburkan diri dalam APA SAJA PERNIAGAAN, kaji dulu. Kalau main redah aje, ada 2 kemungkinan, (1) anda belajar secara street smart, (2) anda tak belajar apa-apa sebab asyik kecundang & down, dan rasa "Bisnes bukan untuk saya".
Berbalik kepada tajuk, kenapa saya suka bisnes Shaklee? Kerana setakat ini, ia adalah bisnes yang benar2 kena dengan
jiwa sanguine-phlegmatic saya. Saya galak bersosial tapi di atas talian saja. Saya bebas melakukan aktiviti harian saya tanpa perlu menghadiri sesi-sesi 'close sale' atau 'bertemu leader' kerana kami bertemu setiap saat di atas talian juga.
Saya menjalankan coaching, seminar, tutorial pun secara online. Ia amat sesuai dengan jiwa surirumah, dan surirumah2 serta wanita2 bekerja yang tak boleh nak commit untuk bertemu di luar.
Yang paling penting, flow positif sentiasa mengalir, dan mentoring activity sentiasa berlaku untuk mereka2 yang benar2 ingin serius. Menjadi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk lakukan apa yang mereka tak mahu.
Paling utama, kami tidak menjalankan bisnes semata-mata kerana mendapatkan sesuatu, tapi lebih kepada menjadi sesuatu. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari kualiti diri saya, saya berusaha perbaikinya. Kita memang insan yang lemah, dan ia memberi banyak ruang untuk muhasabah.
Yang penting, saya tak hilang kawan2 saya, malah bertambah.
Niat tu penting. Seorang usahawan tugasnya membawa kebaikan dan menyelesaikan masalah masyarakat, bukan menjanjikan kekayaan yang bukan-bukan.
Akhir kata, carilah mentor yang membawa anda kepada
APA YANG ANDA NAK JADI, bukannya
APA YANG ANDA INGIN MILIKI. Apa yang kita nak jadi (want to be), itulah jatidiri kita, tapi apa yang kita nak miliki... sedarilah semua tu bukan milik kita.
Salam kejayaan!
Hubungi saya untuk mendapatkan naskhah
3 Keburukan MLM Yang Perlu Anda Tahu di
sauberlina[@]gmail.com.
Blog Shaklee saya tempat saya berkongsi tentang Shaklee & kesihatan di sini.