Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

A Trip to Sibu

this time Mommy came back to Miri without Hafiy, so Abiy dengan gumbiranya mengajak pergi jalan-jalan Sibu. maklumlah Mami tak pernah sampai. nak ke Kuching jauh sangat.

Sibu town is about 5 hours driving from Miri. ia terletak tengah-tengah, between Miri and Kuching. if Sibu pun dah 5 hours, so Kuching??? oh itu mau naik flight sajala nanti2.


luas tau Sarawak ni

we planned to stay overnight in Sibu. tapi senang lah becos tak payah prepare keperluan kanak-kanak :D this time kira our honeymoon lah. plus Adik, bawak Adik jalan-jalan. Hafiy dulu kami bawak pegi Brunei, siap naik bot lagi. kasi can la kat Adik pulak.

lepas pekena roti canai sebelah Klinik Dr. Phillip Raja (what's the name ah? i always call it 'canai pilip' je without bothering the restaurant's real name :P), kami gerak menuju ke arah selatan. it was about 10am lah. lewat sikit sebab Abiy nak tunggu kedai buka, nak beli mag.

journey ke Bintulu dalam 2.5 jam. kami melalui Niah, gua yang femes tu (bile nakgi Niah ni?). sepanjang2 jalan ke Bintulu, most of the time lalu ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang. i have a friend yang tinggal kat ladang tu, her husband is the Mill Manager kat Derawan Estate, Aunty Nana. banyak kali plan nak jumpe tapi belum ada rezeki.

sampai Bintulu dalam 12.30pm, kami tak drop by lah. sebab Sibunya jauh lagi. Bintulu pun bandar oil & gas. kat sini ada plant LNG terbesar. ramai kawan2 kami jadi pekerja kat MLNG, ABF dan BCOT. tapi memang tak sempat nak singgah, sorry ye orang Bintulu.

senang je sebenarnya jalan-jalan kat Sarawak ni. sebab dia ada satu jalan je. ada la simpang2, contohnya ke Mukah, Kapit, tu kena tengok signboard lah. sepanjang jalan selepas Bintulu tu, banyak rumah-rumah panjang kat tepi jalan. tapi sekarang rumah panjang dah moden, siap ada rumah batu lagi. tak adelah rupa rumah panjang yang biasa dibayangkan orang Semenanjung. cuma ciri binaannya masih mengekalkan ciri-ciri rumah panjang asal, macam satu dewan yang luas kat dalam tu walaupun depannya ada banyak pintu.


one of the rumah panjang

jalan raya ke Sibu, boleh tahan lah. kalau nak compare dengan PLUS tu janganlah... kira standard jalan Ipoh-KB, KL-KB lah. cuma kena hati-hati bawa kereta, sebab most of the time maxis tak ade line. kalo jadi apa-apa kan susah pulak.

kami tiba di Sibu jam 3 petang. sempat lagi pegi bank sebelum check in kat RH Hotel. OK la ratenya, kami dapat corporate rate, dapat la diskaun hampir 50%. lepas check in, pegi lunch kat Wisma Sanyan, sebelah hotel. senang lah sebab ada jambatan je ke situ, tak payah cross jalan.


sebelah Mami tu bangunan hotel, belakang tu Sanyan

disebabkan tak ada restoran lain, kami makan Pizza Hut. tapikan, pizza, sup kat sini sangat sedap! rotinya lembut sampai ke rakusan terakhir, supnya pun pekat. samada orang Sibu pandai masak atau kami yang lapar sangat :D


Bandar Sibu dari bilik kami (sungguh tak pro ini fotografer)

petangnya penat sangat, rehat2 kat bilik je. malamnya baru keluar, jalan-jalan cari makan. susah juga nak makan, sebab tak jumpa food court yang Abiy kata ada banyak restoran Melayu. melilau cari sampai ke outskirt. last-last masuk town balik, makan Mc Donald's je :D

ke Sibu ni, Mami tak bawa pam. ye lah.. maybe sebab assume sakit2 brst tu sebab dia tengah prepare untuk Adik. sekali.. tak tahan sangat, Mami perah dengan tangan, subhanallah memancut2 keluarnya. tapi disebabkan Mami tak reti, sakit jadinya itupun lepas tanya Prof Google. sampai hari ni masih sakit lagi.(mmg tak pandai. itupun lepas tanya Prof Google. sampai hari ni masih sakit lagi). masa tu terasa, alangkah bestnya kalau Hafiy ada... boleh bagi Hafiy minum...

lepas makan, jalan-jalan je sekitar 'Gerbang Sibu' tu.


di Gerbang Sibu

esoknya, lepas breakfast, kami ambil gambar lagi kat dataran depan hotel. disebabkan kami bukan kaki bergambar, jadi gambar-gambarnya pun ala kadar saje lah..


di dataran

lepas tu, check out dan jalan-jalan kat jeti pula. dulu, sebelum ada jambatan, nak ke Sarikei, Kuching, kena cross Batang (Sungai) Rajang dengan feri. sekarang dah ada jambatan, senanglah sikit. tak payah sesak2 tunggu feri.


Batang Rajang


swan, lambang Bandar Sibu

on the way balik, kami ingat nak singgah Mukah. mungkin boleh cuba umai sedap, ulat sagu (ngee~) dan udang galah. tapi sayangnya jalannya terlalulah tidak menyelesakan. bayangkan sepanjang-panjang yg tak tahu berapa puluh km tu boleh lari paling laju 20km/j je. last2 kami decide untuk patah balik sajelah, atau pinggang kami yang patah.


temple terbesar di Malaysia ada di sini


hadiah dari jalan ke Mukah

kami singgah di Bintulu untuk lunch dan solat. lepas tu teruskan perjalanan ke Miri, jam 6 sampai, Maghrib dah...


tak pernah jumpa nasi macam ni kat Food Court Semenanjung

alhamdulillah, walaupun tak jauh, semoga musafir kami diberkati Allah. setelah menghadapi peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka, ada masanya kita perlukan sesuatu medium untuk menenangkan diri. di satu tempat yang jauh dari keributan kerja dan kehidupan harian yang kalut, bila sesekali bepergian berdua, banyak perkara yang dapat diselesaikan.

dan Mami tidak merasakan ini (pergi tanpa Hafiy) adalah perkara yang tidak adil bagi Hafiy. kerana Mami dan Abiy juga manusia biasa, kami juga perlukan ruang untuk berbicara berdua dan menyelesaikan beberapa perkara secara sendirian. lagipun, hati seorang bapa masih lagi hati seorang lelaki, tak sama dengan hati seorang ibu. seorang ibu, bila mendapat anak, kasih sayangnya tidak berbelah bahagi pada anak-anak, hingga kadang-kadang melebihi dari suami sendiri. tapi hati suami kadangkala menginginkan keadaan yang tenteram, alone with his wife, jauh dari pengaruh anak-anak.

syukurlah Allah memberi kemudahan pada kami. dengan adanya pengasuh yang boleh menjaga Hafiy malam-malam, memberi kami masa untuk dating sekali-sekala. walaupun ada yang mengatakan masih terlalu awal untuk dating berdua, sekarang masa untuk anak-anak, tapi bagi Mami, kebahagiaan rumahtangga itu harus dijaga dari awal. terpulanglah pada keadaan individu kan. lain orang, lain ragamnya. pandai-pandailah memoderatekan. jangan kerana terlalu pentingkan anak, suami/isteri terabai dan jangan terlalu pentingkan suami/isteri sampai anak-anak terabai. anak itu tanggungjawab dan amanah pada suami dan isteri, namun kunci syurga isteri terletak pada keredhaan suami.

"andainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, niscaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya" (HR Ahmad)




Thank You & Selamat Mengakhiri Ramadhan

we would like to thanks to everybody for the wish on Tok Pa's demise. Allah blesses everybody.

via SMS : Sis Laily, Che, Mira Jazila, Aida & family, Ola, Noor, Cupi, Cheq, Laila, Mia, Ida & family, Rose, Yati, Cherie, N, Adda, Lina, Zuhaini, KV, Salzahari, Iryani, Jaa, Luna, Rina & family, Shazzy, Yasmin, Fid, Muni Hanim, Ina, Aishah, Aliaa, Jua & family, Celia, Mardhiyah, Dee, Ajasu, Ho, SyaSya, Iena, Zu, Laney, Erynn, Mira, Hanis, Tum, Ain, bro Izlan, & Aji.

via email : KGBians and PCSBians.

via Haloscan : Sis Mama Emma, Mrs Noba, Mommylyssa, Zuhaini, Ealyie, CT, Arnie, Ina, Fahidayati, Fith, Zid, Mamaimran, Sarah, Wall, Rizza, Mirah, Yatie, Ja, Suhainini, Azeemah, Prifiz, Intan & Bro Sayuti.

semoga hari-hari terakhir Ramadhan menemukan kita dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. [97:3]

********************

we've been dreaming for an iktikaf at Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam) since ever. but the previous Ramadhan, we were not assembled here, as Abiy were in Miri in 2006 and I was in KB in 2007. this year, we perform our puasa Ramadhan in KL. so, Abiy told me about iktikaf during the final nights of Ramadhan, all of us. we asked the people in the house, Tok Ma, Aunty Fatin, Uncle Muhd and not forgetting the one and only Bibik, and all of them interested to join.

we chose 27th Ramadhan, since it is the beginning of weekend and concurrent with Malam Tujuh Likur.

after tarawikh at Masjid Damansara Damai, we went to UM to fetch Aunty Fatin and straight to Shah Alam.

we just brought things such as telekung & al-Quran, with gebar & kasur to rest. for Hafiy i brought a pillow, a sweater, a blanket, diapers, a bottle of plain water, a bottle of milk (in case he needs milk & my letdown is nil, i can use the bottle), socks and books.

alhamdulillah, Hafiy slept like a log as we reached the masjid, gave me time to recite al-Quran. at about 1am, we slept and woke up at 3am to perform solat sunat. at around 4am, the masjid buat solat sunat tahajud, taubat & hajat berjemaah.

this time Hafiy woke up, and as usual, i prayed while carrying him. he was a bit cranky in the morning cos all his friends were still in deep sleep. oh why lah other babies can sleep very soundly despite the noise but my baby ni terus nak bangun... and Hafiy went back to sleep after the jemaah finished until Subuh.

we ate sahur, performed Subuh and went back home.

this is my very first experience spending a night in a masjid with my family and babies. i feel so good after doing it, even if get not enough sleep but we manage to do solat sunat, the thing that is very unlikely to perform at home, as Hafiy will wake up everytime i open my eyes after midnite. and the panggilan tilam calls me to re-sleep while making him sleep.

oh ya, a friend of mine once told, it's not good for a lady to spend time in masjid, as Rasulullah 'melarang' wanita ke masjid. i asked about the dalil, she said there's a hadis mentioning about solat wanita di rumah adalah lebih baik dan keluar ke masjid menjadi fitnah kepada wanita2 Islam. however, i told her (from my narrow knowledge), there lots of hadis about keutamaan wanita ke masjid such as : "janganlah kamu melarang kaum wanita pergi ke masjid" (HR Bukhari), "jika isteri kamu meminta untuk ke masjid, maka janganlah melarangnya" (HR Bukhari & Muslim). dan banyak kisah tentang wanita2 menyertai aktiviti di masjid.

and about the hadis tentang solat di rumah lebih baik, actually it is more than that. the full hadis is "janganlah kamu melarang wanita2 ke masjid, dan solat di rumah adalah lebih baik" (HR Abu Daud).

from my opinion, jika pergi ke masjid menjadi fitnah kepada wanita, kenapa kita tak melarang diri kita (wanita) & wanita2 lain melakukan aktiviti lain seperti pegi sekolah, pegi kerja, malah berekreasi yang bercampur langsung dengan lelaki? kenapa wanita tak dilarang pegi bershupping di super ke hypermarket yang terang2 musim perayaan ni penuh dengan umat, tapi dilarang pula ke rumah Allah? kenapa wanita Islam dilarang ke masjid sedangkan wanita Kristian bole saja pegi ke gereja? adakah duduk di rumah & berborak kosong, tengok TV, berjaga buat kuih raya, etc. adalah lebih baik dari berada di masjid? kenapa banyak sangat pantang larang wanita Islam kalau nak jadi hamba yang baik? (ada orang cakap menyusu lebih 2 tahun pun Islam kata tak boleh!)

from Yusuf al-Qadrawi, menurutnya solat wanita lebih baik di rumah sekiranya jika dia ke masjid, tujuannya hanya untuk jemaah dan bukan untuk beriktikaf, dengar ceramah, belajar, dengar bacaan al-Quran,bersilaturrahim, berdakwah, etc. maknanya kalau sekadar mahu solat saja, lebih baiklah solat di rumahnya, tetapi jika ada benefit2 lain, maka harus untuk seseorang wanita itu ke masjid. malah Imam Syafie menyarankan wanita2 ke masjid kerana ayat2 dalam al-Quran secara generalnya menyuruh semua orang ke masjid, tak kira lelaki atau wanita.

walaubagaimanapun, tujuan ke masjid mestilah betul benar dan mendapat keizinan suami, however, dari hadis2 di atas, sewajarnya suami izinkanlah isteri ke masjid. dan jadikanler motivasi untuk semua ke masjid juga bila isteri mengajak...

akhirul kalam,

SELAMAT MENGAKHIRI RAMADHAN al-MUBARAK,
SELAMAT MENYAMBUT HARI FITRAH,
& MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA.

-Alom@Lyna, Zainul, Hafiy & Adik.

jemputlah ke rumah!




Tok Pa' Demise. Al-Faatihah

21st September 2008, beginning of 10th last night of Ramadhan & the autumnal equinox

at about 11.30pm, Tok Pa was breathless (SoB). Tok Hawa (who is also a specialist doctor) asked Tok Ma to contact all siblings. Atok-Atok came minutes later recited Yaasin for Tok Pa. Tok Ma, Abiy, Aunty Fatin & Uncle Muhd didn't ever leave Tok Pa's couch in Tok Hawa's living room.

Mommy tried to get Hafiy to sleep, since it was midnite, but Hafiy refused, until we (Abiy & Mommy) had to get him into the car and drove for 10minutes, then only he fall asleep. at home, Hafiy tossed and turned, and refused to sleep until Mommy had to bring him to a room located at the back, which is quite far from the 'noise'.

at about 2.00am, Hafiy screamed and cried. only when Mommy brought him to where Tok Pa was, he stop crying. Hafiy really wanted to look at Tok Pa so Mommy carried him to Tok Pa. everybody was there, in fact surrounding the couch.

at 3.33am, Tok Pa left us for good.. after 6 month suffering acute lukaemia.

* i dont know what to story...tak ada mood skg (will blog later about the story behind & beyond - many things to write)

*Lil' Updates:

Hafiy:-
- can walk! dalam masa 2 hari practise tak henti2 sampai malam tido lena kepenatan. now asik berjalan aje. mula2 jalan macam hantu cina (tangan ke depan) now dah pandai letak tangan belakang, pegang barang, etc. :)
- add vocabs!
- em/emem = minum
- mam = makan
- nak em = nak minum
* Mommy tak baik tau.. ajuk2 Hafiy cakap macam tu. :P
- botak balik. kepala asik ruam jer.
- know how to socialize. kat kampung Hafiy kawan2 dengan second cousins Hafiy, anak2 Acik Noni.
- love to kiss Aunty Fatin.
- pandai salam & cium tangan.
- bila dengar orang ngaji or solat, Hafiy angkat takbir & sujud.
- bila orang tahlil Hafiy goyang2 badan macam biasa orang tahlil buat (padehal baru tengok sekali je).

Adik:-
- i can feel Adik's kickin'! tapi Adik cuma kick masa Abang Hafiy takde. kalo Abang Hafiy ada Adik duk diam je.




Tok Pa II

soalan paling susah Mami nak jawab ialah "ayah mentua dah OK ke?", "Tok Pa dah OK ke?". sebabnya... he's not OK! Tok Pa bukan demam selsema, sakit belakang mahupun demam denggi... Tok Pa Hafiy sakit Acute Leukaemia Lymproblastic. menurut doktor, penyakit jenis ni tak dapat dikesan dari awal, tahu2 sudah stage terakhir.

imbas kembali...

4 bulan lepas, Tok Ma call Abiy bagitau Tok Pa demam. masuk wad & doktor cakap kena denggi sebab badan naik bintik merah. tapi lepas sehari Tok Ma call lagi... Tok Pa bukan denggi sebaliknya leukaemia, dah doktor nak buat chemo!

kita 3 beranak kalut2 balik KL. imagine la, flight jam 4.15 petang, jam 2 baru beli tiket. mujur ada seat lagi, yang last. sampai2 je terus kita pegi Hospital SgB (i rather not mentioning the name). Tok Pa kelihatan down, maklumla, tengah2 sihat, tau2 sudah blood cancer yg final stage.

esoknya Mak Tok, Tok Ayah & Pak Su dari Kelantan pun datang. manakala Mami & Abiy sibuk contact orang dari Stemlife utk dapatkan briefing pasal stemcell. masa ni kami sangat2 regret sebab taknak simpan blood cord Hafiy dulu. padahal it was just 4 months back, but we refused sebab 'tak ada history & mahal sangat'. now what Rm5k worth?

we made an appoinment with Dr Goh of APSH, we were told she was a very experienced haematology specialist, and handling many lukaemia cases with stemcell. so esoknya kami nak pegi jumpa dia.

suprisingly, that evening, Tok Pa was discharged. doctors at Hosp. SgB suruh balik rumah sambil tunggu appoinment dengan Hospital Ampang, which is in another 2 weeks. so, kami pun baliklah dengan gembira... kebetulan esoknya ada appointment dengan Dr Goh, Abiy bawak Tok Pa sama, alang2 dia dah balik so bole la jumpa Dr. Goh terus. kami kat rumah pun plan lah utk masak macam2, maklumlah.. Tok Pa dah keluar hospital so kami assume dia dah baiklah.

suddenly Abiy called from APSH, bagitau yg Tok Pa kene tahan wad. Dr. Goh informed that Tok Pa's internal organs dah bengkak & to our suprised, dia kata "why dr at SgB discharged him? he should not go back home & should not be in public!" kami sangat terkejut OK! Dr. Goh bgtau Tok Pa perlukan rawatan segera, tak boleh tunggu lagi 2-3 minggu. diorang terus buat bone marrow test, & Tok Pa disahkan sakit yg disebut di atas.

Mak Tok & Tok Ayah yg keje di lab hospital, tengok result darah Tok Pa yg dibuat di SgB, mereka kata ada test2 yang SgB tak buat. yang sepatutnya diorang buat! Mami personally, rasa amat kesal dan marah pada doktor2 dan staff SgB, masa tu rasa nak saman pun ada. macamana kalau kami tak buat appoinment dengan Dr Goh hari tu? ntah apa jadi pada Tok Pa. masa tu memang geram, sakit hati sangat. Mami bagitau Abiy, nanti dah setel semua ni kita pegila jumpa pengarah hospital tu komen kat dia. Abiy kata sabar..

akhirnya Tok Pa terus diwadkan di APSH.setelah buat arrangement dengan Tok Hawa yg tengah amik phD di Korea, akhirnya Tok Pa dipindah ke Hospital Ampang. di APSH, kosnya sangat mahal, mencecah setengah juta RM,lalu kami setuju bawa dia ke Hosp Ampang, yg menurut Tok Hawa, hospital terbaik di Malaysia utk rawatan lukaemia. even ada sorang Datok yg penah dirawat di APSH pun akhirnya ke Hosp Ampang. M Rajoli pun ada kat situ tau.

lepas tu Tok Pa jalani rawatan kat situ. menurut doktor, rawatan melibatkan 8 kali kemoterapi. namun selepas 2 kali kemo, keadaan Tok Pa tak berubah, sel kansernya masih tara tu juga. lalu doktor mahu berikan dos kemo yang paling kuat. Tok Pa taknak sebab chance of survival 30% saja. dia nk cuba rawatan lain. maka bermulalah sessi rawatan alternatif pada Tok Pa. cakap saja apa, kat mana, semua Tok Ma bawak dia pegi.

maka Tok Pa bertahan macam tu. mula2 seminggu sekali pegi cek darah, masukkan platlet, dan jadi semakin kerap, 2-3 hari sekali. kesian Tok Pa sampai lengan, tangannya lebam2. disebabkan platletnya kurang (pernah satu masa tinggal 1.0! orang normal ada 125 ke atas!), Tok Pa tak boleh luka, nanti darahnya tak boleh stop.

namun lepas cuba macam2, keadaan macam tu juga, Tok Pa akhirnya setuju untuk kemo yang kuat tu. walaupun chancenya 30%, tapi kalau bertahan gitu pun doktor kata bole tahan sebulan dua je lagi... jadi kami semua terima keputusan Tok Pa untuk kemo. Tok Pa dinasihatkan masuk wad minggu lepas, tapi sebab kita balik sini, Tok Pa mintak tangguh ke minggu ini, nak tengok anak cucunya lah. tp malam semalam Tok Pa bleeding, jam 1 pagi Abiy & Tok Ma bergegas hantar ke Hosp Ampang. perjalanan 40minit jadi 10minit.

sampai sekarang, kita masih tunggu keputusan doktor, bila Tok Pa akan dikemo, dan kemo macamana yg akan diberi padanya. yg kuat, atau yang biasa...

sebenarnya, macam2 orang ckp tentang sakit Tok Pa. doktor syak penyakit genetik (tapi belum buat ujian lagi), pengamal tradisional pula kata lain. apa2pun pohon doa semoga Tok Pa kembali sihat, dan ahli keluarga kita dijauhi dari perbuatan khianat orang.

sakit Tok Pa banyak beri pengajaran pada kita semua. Tok Pa sakit tiba2, dalam keadaan sihat2 tiba2 sakit yg teruk terus. kita cuma manusia yang tidak berdaya. tak payah nak sombong2 dengan apa yg kita ada, Allah boleh tarik sekelip mata saja. nikmat yang jarang kita ambil kisah, nikmat kesihatan, bila Allah dah tarik, semua pun tak ada makna dah. makan pun semua jadi tak sedap. duduk tak sedap, baring pun tak sedap.

hidup kita samada senang atau susah, semuanya ujian dari Allah cuma. semoga apa yang Allah kurniakan pada kita bukan satu istidraj. risau kalau2 kesenangan yang Allah limpahkan ni adalah supaya kita makin lupa & makin jauh dari Dia. ye la, manusia bila dah senang mula nak lupa diri, rasa bangga & seronok dengan apa yang kita dapat. padahal semuanya milik Allah. bila dah susah baru mencicit nak mencari Tuhan. tp kalau macam tu masih untung sebab masih mencari Tuhan, kalau time susah pun makin lari menjauh, itu memang bala.

ingatlah bila Allah bagi kesenangan, cuma ada 2 sebab. satu, supaya kita tambah bersyukur dan terima kasih pada-Nya, makin dekatkan diri padanya. dua, supaya kita terus hanyut, lupa, takbur, angkuh dan makin jauh dari-Nya. bila Allah bagi kita susah pun ada 2 sebab juga, satu, supaya kita sentiasa mengadu pada-Nya, ingat Dia, redha dengan-Nya dan kedua supaya kita makin kuat mengeluh, makin menyalahkan takdir-Nya dan makin jauh dari-Nya.

mana2 pun kita yang membuat pilihan. semoga Allah limpahkan rahmat pada semua orang.. ameen.

On The Jet Plane

we're leaving... on the jet plane..





ETD 0620hrs ETA 0910hrs
MYY-KUL
17052008
MAS




tuhari Hafiy dokong ngan Mak Tok, ni nak dokong Tok Ma plak.

Jalan2 With Uncle Muhd

Uncle Muhd came to visit us (it was actually 2 tickets bought for Uncle Muhd & Tok Ma earlier, but due to Tok Pa's condition, only Uncle Muhd came) during this school holiday. he is Abiy's youngest brother, a bright student of SMS Alam Shah. he came here on Tuesday, and will depart to KL on Saturday nite, and Abiy had some programs to 'fulfill' the visit. it was a 'quick decision' made, and at the same time, Makcik Ana went back to her kampong cuz her MIL was sick. so it were fine days for Mommy & Abiy to take leave. haha.

our First Day - Wednesday, 12th - Bintulu


breakfast dulu kat Pakcik Wan Cafe. filling our tummy (except Hafiy's) with Mi Kolok Special. yummy2~


let's start our journey with doa naik kenderaan... vrooom~~~ [with the boy yg gata* nk duk depan. duk belakang dlm carseat dia terjerit2. Mami pegang pun terjerit2. duk depan baru senyap]


Niah!


i'm so happy i'm at Niah!


with Uncle Muhd in front of 'rumah panjang'.

the journey to Bintulu took 2.5hours. but we dropped by pekan Bekenu & Niah, making it a bit later. our first stop was Bintulu Port. then we ronda2 keliling Tanjung Kidurong, to the gate (gate pun jadila) of MLNG (Malaysia Liquefied Natural Gas), ABF (Asean Bintulu Fertilizer) and other oil & gas related places. enhancing our knowledge in downstream process pulok...

then we gerak to Bintulu town. it's smaller than Miri, but we could see many new developments are ongoing. should Bintulu be the next city?


place where we had our lunch, & met Auntie Sheema+Uncle Amit, Auntie Coojart & Auntie Siti.


Hafiy at Bintulu.


Bintulu town.


at Parkcity Mall.


Taman Tumbina = Taman Tumbuhan dan Binatang?


Tanjung Batu Beach

we left Bintulu at about 4 o'clock. should get back to Miri as soon as possible since it's not safe to travel by car during night time. along the way is hutan & palm estate, and the highway is nothing compared to PLUS huhu. we should avoid the risk, rite.

we dropped by Bungai Beach & Esplanade before going home. had a sunset by the shore. what a day...
it was a wonderful journey. Hafiy, you're lucky cos still a small baby. couldn't read, couldn't write or even couldn't hold things correctly, or else Mommy would ask you to make a scrapbook of 'My Visit to Bintulu'. hehe. including diagrams of oil&gas process from upstream to the downstream. hoho! *i'm gonna do this, so please, do remind me when you're big enough :D


Bungai Beach


sunset at Esplanade Beach


let's call it a day....

our Second Day - Thurday, 13th - Brunei Darussalam

uh, i should say, many sorry to Kak Jazz & Baby AH's mummy. this is a very sudden decision, and i had no time to online or even SMS. next time i should make pre-arrangement, so that we can meet![and you can be my tourist guide]

ya, Brunei Darussalam is just 0.5hour from our house. so very the near, huh.


so very the near...

what's best about Brunei? hum.. i should say, that i feel like home. they use 'jawi' in every sign board, just like what we have in Kelantan. and also the cheap-cheap petrol. hehe. only B$0.53/litre! however we couldn't fill up more than B$10.00, and only at selected petrol station. huwaaa.. tak dapek la menuhkan tank dgn minyak Brunei :P and i like their headscarfs. mmg sangat cantik & matching with their bajus! hopefully i have time to shop for scarfs and kain ela Brunei....


Mommy, cepatla siap...


us at Malaysia-Brunei border


nodding donkey (onshore oil pump) at Seria. we don't have this in Malaysia, we operate only offshore platforms.


in front of BSP. Abiy comes here everymonth as a rep of Malaysian Government. cayalah!


Jerudong Park


at Brunei International Airport.


Tamu Kianggeh. ada mcm venice kn?


Kampung Air. very unique and so astonish to see more than 15k people living on water. and they have all the facilites including masjids, schools, shops, clinics, even police & fire station!


di laman Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex


sama tak?


i'm so happy i'm at Jollibee! takde kat Malaysia okeh.


at Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah (oh i hope my spelling is correct). the domes are coated with pure gold!


shops at Kiulap

because of the time constraint (plus the sesat2) we didn't manage to explore the whole Bandar Seri Begawan (BSB) and the outskirts. however, we didn't miss the chance to shop for overseas' made chocolate at Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. yes, overseas made chocolate only, not Shah Alam made. cheaper and halal. [but Shah Alam chocolate is cheaper in Brunei even if after conversion, why ah?]

and here we ended our 'Pencarian for High Chair & Neck Pillow'. satu Miri cari tak jumper (& to go back to KL just to find high chair sungguh tidak berbaloi), finally we bought a Singaporean made in Brunei using Malaysian bank's cc. fuh.. so very the Asean.


we love this one. semua features ada. seat bole recline, bole tinggi-rendahkan (adjust utk paras meja or paras lantai), ada roda, tray ada 2 lapis & bole remove, kusyen PVC senang basuh, ada bakul, tempat kaki bole angkat & the set ni bole dilipat. priced $B160.00. [conversion B$1.00=RM2.30]


oh i'm sooooo happy! thanks Abiy Mommy!


yeay yeay. i got my high chair!


and this cute neck pillow. we'd been searching everywhere including at online but still cudn't find any. finally we found this one in Brunei. only B$10.90.


now i don't have to sakit2 leher sleeping in my carseat. thanks Abiy Mommy!

so, when is our next trip? ;D this Gawai? driving to KK, perhaps ;P

alhamdulillah... jauh berjalan luas pandangan (even if tak jauh mana poooon~). & that's what recommended in Islam as well. berjalan di mukabumi, merenungi, menikmati & mensyukuri kebesaran Allah SWT.

The Tits and The Bits of A Peninsular Bred Family in Miri



  1. We have to have a Pasport Terhad to remain here.
  2. We are happy with our RM200++ extra allowance for ‘overseas’ personnel. (hey, who said we got THOUSANDS plus?!)
  3. We pay RM3 extra for Shell’s small Ferrari car (in Peninsular RM5.90 and here RM8.90) but we are so happy for getting a 'cheap' toy for Hafiy.
  4. A whole chicken priced almost RM9/kg but we never complaint.
  5. We never buy ‘kerang’ for its price is RM8.50/kg.
  6. We rarely buy meat. Double the price of Peninsular.
  7. The food is ‘KLCC standard price’.
  8. Other goods are very much higher price than the same kinds in Peninsular.
  9. No Tesco, no Carrefour, no Jusco, no OU, no Midvalley… no shopping2 perabihkan duit!
  10. No Secret Recipe, no Gardenia, no Hi-5. All are local breads & cakes with no preservative! Like it!
  11. No MPH, no Times. Luckily we have Popular!
  12. We are the loyal customers of ‘Ah Chong Perabot’.
  13. We don't have to pay tolls, stuck in traffic jam or spend hours on the road to reach our 5-minutes-drive office.
  14. We manage to go back home to take anything we accidentally left, from office.
  15. We have lunch at home sometimes.
  16. We can have medium size udang galah for RM15/kg.
  17. We can go to Brunei often, by car!
  18. It takes us almost 9 hours driving to the Capital City of Sarawak, Kuching.
  19. We can have adventurous holiday at Niah, Mulu, Lambir, Similajau…
  20. We can drive to Kota Kinabalu.
  21. Mi kolok? Laksa Sarawak? Umai? Yah, that’s our new favourite!
  22. We can officially balik kampong once a year (forget the AirAsia offer, sometimes it just can’t meet our needs).
  23. We use 'kitak' to express 'you' and 'kamek' to express 'i'.
  24. We can have a true feeling of 'Malaysia truly Asia' here.
  25. We can see offshore platforms, ships and tankers from our beach.
  26. We can see offshore platforms from the plane's window!
  27. We buy things in 'pukal' when we go back to Peninsular.
  28. Our pasar tani is called 'tamu'.
  29. We have the first oil well here called The Grand Old Lady.
  30. and many more...
however, on top of that, we love Miri very much. Miri is a great place to raise a family. Miri, my city...

Tok Pa Part 1

Mommy is very busy so she handovered to me to write this time


it was a definite shock news for all of us. Tok Pa was a fit and very healthy, he takes care of his food intake and even activity. Jogging setiap petang, Abiy pun tak macam tu.

these 2-3 days, KL & Miri just like a kilometer away. three of us went balik to KL, rushingly last Thursday (last ticket!) after receiving news from KL that Tok Pa was warded due to acute ******a.

after getting the tickets from MAS office, Mommy took an hour to pack and prepare everything, before rushing to the airport. campak2 saja barang dalam bag. most importantly she had to prepare my things.
-my passport
-my stroller
-my diapers
-my clothes
-my nappies
-my toys
-my temperature reader (in case)
-my bottle & pump (in case - even if i really hate them!)

and thus she incidentally left some valuable items at home :D

i don't know much about what happened, but Mommy has many things to say. i know that she loves Tok Pa as she loves Tok Ayah. she used to stay with my Tok Pa & Tok Ma before got transfer to Miri. everyday she rode in Tok Pa's car to her office at KLCC.

now we're in Miri, just came back last nite. Mommy said i was so fussy in the plane, while she was alone handling me. Abiy stays with Tok Pa & Tok Ma coz nobody to take care of them. tomorrow we'll go back to Semenanjung and Mommy said we have to stay a bit longer to look after Tok Pa.

if i'm not on exclusive breastfeeding, i would like to stay with them.


me @Miri Airport


my stroller's tag


Mommy & me in the Airport Limo (Limo? Waja jer..)


me & the shawl Mommy uses to cover me during nursing in public, with Abiy as background.


me at Tok Pa's house.

Tok Ayah, Mak Tok, Aunty Fatin, Uncle Muhammad, Mak Ngah, Ayah Chik, Pak Uda, Pak Su, & all my friends,
let's pray so that Tok Pa will recover soon. i want to ask him to bring me to the park, and buy me ice-cream. hehe.

Tok Ma,
take care of your health too. i know Tok Ma also on high fever. i love you so much Tok Ma!

Abiy & Mommy,
please take care of my Tok Pa & Tok Ma Okay.

Tok Pa,
you HAVE to be strong and get back in pink of health. i want to play with you. and we can go to MPH together. i love reading you know.. just like you, Tok Pa. and i love you so much Tok Pa!


Tok Pa can you see me 'reading'?

Dear Allah,
please take care of my Tok Pa. give him strength to go through his disease with patient & redho. please give him a positive mind so that he will get strong and recover from time to time. bless him so that he will be OK, healthy and just stays here to watch me grow up. ameen~