Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Why

"kenapa jadi macam tu?"
"gynae tak detect ke?"
"tak cukup zat ke?"
"maybe banyak sangat travel?"
etc. etc. etc.

the answer is, we don't know. even the gynaes, the paeds pun couldn't give the exact answer. but they wrote in the report as 'IN UTERO INFECTION'. what cause it? we don't know. from the lab test, it shown -ve for womb infection. the paed said it was because of 'amniotic band'. apa tu? i'll find it out later.

yes, the gynae didn't do detail scan. but i feel OK even if my gynae didn't do it to check the fingers, toes, and whatnot... it won't change anything if we knew it before the birth pun.

we are truly happy to celebrate Fahry's arrival. takde rasa dan takde masa pun nak investigate kenapa & mengapa. this is our absolute happiness. for us, the biggest gift ever. Mami cuma ada terfikir kenapa Fahry jadi macam ni & cuba elakkan perkara sama berulang untuk adik-adik Fahry. tapi in the end Mami sedar ini semua anugerah dari Allah SWT. & ini sekali-kali BUKAN kifarah dosa2 kami atau sebab musabab dari perbuatan2 kami. Fahry tak carry dosa sape-sape pun & tak carry perbuatan sape2. semuanya sebab Allah kasih akan Fahry & Dia beri kelebihan pada Fahry yang tak ada pada orang lain.

Mami tak suka bila orang kaitkan ape yang berlaku pada anak dengan perbuatan2 parent-nya! dosa seseorang ditanggung oleh empunya diri, tak ada kaitan dengan sesiapa pon!
"dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [Toha:124].


and Mami tak pernah terfikir untuk takut beranak lagi sebab takut sejarah berulang, tidak sekali-kali. biasalah kita manusia cuma nampak kesempurnaan zahir kan. bagi kami, Fahry sangat sempurna. dan yang paling penting, Fahry menyempurnakan keluarga kita. Mommy & Abiy now are parents of two & Hafiy dah jadi abang.

for us, this is an experience, anugerah Allah yang tak terhingga. tak ramai yang ada pengalaman sebegini kan. everyday i pray semoga Allah panjangkan umur kami & umur anak2 kami supaya kami boleh mengasuh mereka semua sampai dewasa & mereka pun boleh menjaga kami bila kami dah tua2 kelak.

dan semuanya bukan untuk kami, tapi untuk Fahry. Mami cuma mengasuh Fahry sekarang dan dalam tempoh membesar. bila Fahry dewasa, semuanya dalam tangan Fahry sendiri. namun, semuanya adalah kesinambungan asuhan Mami & Abiy. oleh kerana itu kami tidak sekali-kali mahu Fahry merasa sebarang kekurangan dan tidak mahu sesiapa memandang Fahry sebagai 'kurang'. tidak, dan Mami minta, janganlah. Fahry tidak ada kurangnya. Fahry cukup serba serbi.

doa Mami semoga Fahry tidak terdedah pada sebarang complication. cukuplah apa yang Fahry alami sekarang.

hati ibu mana yang tidak meruntun... tapi sebelum Fahry pandai bertanya kenapa dan kenapa, Mami dan Abiy mahu Fahry sendiri tahu jawapannya... kerana kasih Allah pada Fahry, Dia mengambil sebahagian dari diri Fahry terlebih dahulu.. Ya Allah Engkau peliharalah Fahry kami, agar sihat2 selalu dan menjadi insan yang berbakti.

dan buat Hafiy, bukanlah Mami melebihkan Fahry (asik tulis pasal Fahry je..)tapi since dia memerlukan extra care, as Abang, Hafiy pun kena accountable ke atas diri Fahry. Fahry pun dah jadi tanggungjawab Hafiy so bukan gayanya kalau nak jeles2.

Allah panjangkan umur kami & melindungi anak-anak Mami... ameen.

*anak-anak OK. macam tak percaya pulak at 26 i'm a mother of 2. dulu2 igt 27 baru nak kawen :D