Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Day 4 & Pengorbanan Hafiy

Mami dah start rawatan post-natal dengan Bidan Nek Maznah selama 7 hari. alhamdulillah.. thanks to Ibu Addin & Nasa yang rekemenkan Nek Maznah. hari2 Mami kena pergi rumah dia mandi limau, berurut, berbengkung, berpilis. overall Mami OK cuma susu je belum lagi bengkak2. mak yang bersalin 2 hari selepas Mami dah bocor2 susu dia. so far (hingga tengahari ni), susu Mami cukup2 je untuk sekali feeding Fahry. semoga Allah murahkan rezeki susu Mami untuk Fahry.. sebab Fahry akan tambah lagi 3ml setiap hari.

petang ni Fahry dah tambah volume menyusu dari 18ml ke 21ml. setiap hari kita akan monitor berapa ml jus perut Fahry yang disedut keluar, dan tengok Fahry ada muntah tak. so far tak banyak jus perut Fahry, kadang2 tak keluar ape pun. Fahry pun takde muntah. a good sign! maknanya Fahry ready untuk tambah lagi volume susu. dan alhamdulillah, so far Fahry minum susu Mami je dan Mami mampu simpan stok bila Mami keluar berurut untuk difeedkan oleh nurse.

Fahry masih jaundice lagi, tapi hari ni Fahry berak banyak dan kencing dah tak kuning. hopefully esok dah boleh la bukak penutup mata dan tak pakai fototerapi lagi dah :)

penatkah Mami? memang penat juga, ye la 3 jam sekali kene susukan Fahry, tengah2 malam kena bangun tapi Mami happy sebab dapat jaga anak Mami sendiri. ramai babies kat SCN tu yang maknya tak ada sama... ada yang asyik nangis je. Fahry pula bila nangis, Mami letak tangan di dahi dan dada... terus senyap. Fahry suka Mami buat camtu... khayal je. kalau Mami lepaskan tangam Fahry terus gelisah :)

sekarang Mami konfiden sikitla nak mandikan, cebokkan, etc. Fahry. Fahry bila berak banyak betul sampai habis kaki kene berak & segala wayar berdekatan pun kena. so far masih hitam lagi berak Fahry. nurse kata biasanya selepas seminggu baru jadi kuning.

Mami curi dengar doktor2 tu cakap pagi tadi, derang kata Fahry ready anytime untuk masuk OT tapi pakar bius tak cakap ape2 lagi. hehe. maknanya Fahry fit, mungkin tunggu berat ideal la, macam kata Aunty Suealeen, tunggu 2.5kg (lamanya!).

tadi nurse timbang, berat Fahry naik 40gram jadi 1.23kg.

Abang Hafiy pula jumpa Mami sekali sehari, lepas Mami habis berurut. masa tu la dia emem habis-habisan. malam2 Abang Hafiy dah tak dapat emem Mami. dia terpaksa korbankan hobinya tu untuk Adik Fahry :) sayang kan Abang Hafiy kat Fahry...

bila Mami balik rumah, mengada sungguh Abang Hafiy. maklumlah berapa jam je dia bole jumpa Mami before Mami balik ke SCN.

tak ape, kita hadapi semua ni sama2 ya sayang. insya-Allah kita akan lebih happy lagi lepas ni, bila Fahry dah sembuh, dah keluar hospital, dah balik rumah, dah sihat, boleh teman Abang Hafiy :)