Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

A Trip to Sibu

this time Mommy came back to Miri without Hafiy, so Abiy dengan gumbiranya mengajak pergi jalan-jalan Sibu. maklumlah Mami tak pernah sampai. nak ke Kuching jauh sangat.

Sibu town is about 5 hours driving from Miri. ia terletak tengah-tengah, between Miri and Kuching. if Sibu pun dah 5 hours, so Kuching??? oh itu mau naik flight sajala nanti2.


luas tau Sarawak ni

we planned to stay overnight in Sibu. tapi senang lah becos tak payah prepare keperluan kanak-kanak :D this time kira our honeymoon lah. plus Adik, bawak Adik jalan-jalan. Hafiy dulu kami bawak pegi Brunei, siap naik bot lagi. kasi can la kat Adik pulak.

lepas pekena roti canai sebelah Klinik Dr. Phillip Raja (what's the name ah? i always call it 'canai pilip' je without bothering the restaurant's real name :P), kami gerak menuju ke arah selatan. it was about 10am lah. lewat sikit sebab Abiy nak tunggu kedai buka, nak beli mag.

journey ke Bintulu dalam 2.5 jam. kami melalui Niah, gua yang femes tu (bile nakgi Niah ni?). sepanjang2 jalan ke Bintulu, most of the time lalu ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang. i have a friend yang tinggal kat ladang tu, her husband is the Mill Manager kat Derawan Estate, Aunty Nana. banyak kali plan nak jumpe tapi belum ada rezeki.

sampai Bintulu dalam 12.30pm, kami tak drop by lah. sebab Sibunya jauh lagi. Bintulu pun bandar oil & gas. kat sini ada plant LNG terbesar. ramai kawan2 kami jadi pekerja kat MLNG, ABF dan BCOT. tapi memang tak sempat nak singgah, sorry ye orang Bintulu.

senang je sebenarnya jalan-jalan kat Sarawak ni. sebab dia ada satu jalan je. ada la simpang2, contohnya ke Mukah, Kapit, tu kena tengok signboard lah. sepanjang jalan selepas Bintulu tu, banyak rumah-rumah panjang kat tepi jalan. tapi sekarang rumah panjang dah moden, siap ada rumah batu lagi. tak adelah rupa rumah panjang yang biasa dibayangkan orang Semenanjung. cuma ciri binaannya masih mengekalkan ciri-ciri rumah panjang asal, macam satu dewan yang luas kat dalam tu walaupun depannya ada banyak pintu.


one of the rumah panjang

jalan raya ke Sibu, boleh tahan lah. kalau nak compare dengan PLUS tu janganlah... kira standard jalan Ipoh-KB, KL-KB lah. cuma kena hati-hati bawa kereta, sebab most of the time maxis tak ade line. kalo jadi apa-apa kan susah pulak.

kami tiba di Sibu jam 3 petang. sempat lagi pegi bank sebelum check in kat RH Hotel. OK la ratenya, kami dapat corporate rate, dapat la diskaun hampir 50%. lepas check in, pegi lunch kat Wisma Sanyan, sebelah hotel. senang lah sebab ada jambatan je ke situ, tak payah cross jalan.


sebelah Mami tu bangunan hotel, belakang tu Sanyan

disebabkan tak ada restoran lain, kami makan Pizza Hut. tapikan, pizza, sup kat sini sangat sedap! rotinya lembut sampai ke rakusan terakhir, supnya pun pekat. samada orang Sibu pandai masak atau kami yang lapar sangat :D


Bandar Sibu dari bilik kami (sungguh tak pro ini fotografer)

petangnya penat sangat, rehat2 kat bilik je. malamnya baru keluar, jalan-jalan cari makan. susah juga nak makan, sebab tak jumpa food court yang Abiy kata ada banyak restoran Melayu. melilau cari sampai ke outskirt. last-last masuk town balik, makan Mc Donald's je :D

ke Sibu ni, Mami tak bawa pam. ye lah.. maybe sebab assume sakit2 brst tu sebab dia tengah prepare untuk Adik. sekali.. tak tahan sangat, Mami perah dengan tangan, subhanallah memancut2 keluarnya. tapi disebabkan Mami tak reti, sakit jadinya itupun lepas tanya Prof Google. sampai hari ni masih sakit lagi.(mmg tak pandai. itupun lepas tanya Prof Google. sampai hari ni masih sakit lagi). masa tu terasa, alangkah bestnya kalau Hafiy ada... boleh bagi Hafiy minum...

lepas makan, jalan-jalan je sekitar 'Gerbang Sibu' tu.


di Gerbang Sibu

esoknya, lepas breakfast, kami ambil gambar lagi kat dataran depan hotel. disebabkan kami bukan kaki bergambar, jadi gambar-gambarnya pun ala kadar saje lah..


di dataran

lepas tu, check out dan jalan-jalan kat jeti pula. dulu, sebelum ada jambatan, nak ke Sarikei, Kuching, kena cross Batang (Sungai) Rajang dengan feri. sekarang dah ada jambatan, senanglah sikit. tak payah sesak2 tunggu feri.


Batang Rajang


swan, lambang Bandar Sibu

on the way balik, kami ingat nak singgah Mukah. mungkin boleh cuba umai sedap, ulat sagu (ngee~) dan udang galah. tapi sayangnya jalannya terlalulah tidak menyelesakan. bayangkan sepanjang-panjang yg tak tahu berapa puluh km tu boleh lari paling laju 20km/j je. last2 kami decide untuk patah balik sajelah, atau pinggang kami yang patah.


temple terbesar di Malaysia ada di sini


hadiah dari jalan ke Mukah

kami singgah di Bintulu untuk lunch dan solat. lepas tu teruskan perjalanan ke Miri, jam 6 sampai, Maghrib dah...


tak pernah jumpa nasi macam ni kat Food Court Semenanjung

alhamdulillah, walaupun tak jauh, semoga musafir kami diberkati Allah. setelah menghadapi peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka, ada masanya kita perlukan sesuatu medium untuk menenangkan diri. di satu tempat yang jauh dari keributan kerja dan kehidupan harian yang kalut, bila sesekali bepergian berdua, banyak perkara yang dapat diselesaikan.

dan Mami tidak merasakan ini (pergi tanpa Hafiy) adalah perkara yang tidak adil bagi Hafiy. kerana Mami dan Abiy juga manusia biasa, kami juga perlukan ruang untuk berbicara berdua dan menyelesaikan beberapa perkara secara sendirian. lagipun, hati seorang bapa masih lagi hati seorang lelaki, tak sama dengan hati seorang ibu. seorang ibu, bila mendapat anak, kasih sayangnya tidak berbelah bahagi pada anak-anak, hingga kadang-kadang melebihi dari suami sendiri. tapi hati suami kadangkala menginginkan keadaan yang tenteram, alone with his wife, jauh dari pengaruh anak-anak.

syukurlah Allah memberi kemudahan pada kami. dengan adanya pengasuh yang boleh menjaga Hafiy malam-malam, memberi kami masa untuk dating sekali-sekala. walaupun ada yang mengatakan masih terlalu awal untuk dating berdua, sekarang masa untuk anak-anak, tapi bagi Mami, kebahagiaan rumahtangga itu harus dijaga dari awal. terpulanglah pada keadaan individu kan. lain orang, lain ragamnya. pandai-pandailah memoderatekan. jangan kerana terlalu pentingkan anak, suami/isteri terabai dan jangan terlalu pentingkan suami/isteri sampai anak-anak terabai. anak itu tanggungjawab dan amanah pada suami dan isteri, namun kunci syurga isteri terletak pada keredhaan suami.

"andainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, niscaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya" (HR Ahmad)