Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Ahlan Ya Ramadhan

alhamdulillah jumpa lagi kita dengan Ramadhan al-Mubarak. (Mami gentar sikit ni, mungkin sebab terlalu busy).

Ramadhan kali ni, satu lagi pengalaman baru bagi Mami. Ramadhan tahun lepas, Mami mengandungkan Hafiy 8 bulan. masa tu alhamdulillah, Mami cukup bertenaga, hinggakan hari Hafiy lahir, Mami masih puasa dan tidak makan apa2 (makan sikit masa berbuka tapi semua muntah balik), dan Hafiy lahir tanggal jam 12.01tengah malam 24 Ramadhan dengan selamat dan dipermudahkan, alhamdulillah.

tahun ni, Mami menyusu Hafiy dan mengandungkan Adik. kira2 Adik dalam 4 bulan lah dalam bulan puasa ni. sekiranya diizinkan, Mami mahu berpuasa penuh tahun ni, insya-Allah. tahun lalu, Mami tak terganti selama 4 hari sebab Mami sangat tak larat kalau teruskan puasa. maknanya nanti Mami kena bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras.

namun begitu, Allah telah memberikan rukhsah, yakni keringanan/pengecualian/kelonggaran dari melaksanakan hukum asal dalam keadaan2 uzur yang tertentu, berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan. dan mengandung serta menyusukan termasuk dalam kategori rukhsah dalam menjalankan puasa Ramadhan.

menurut Ibnu Abbas r.a., seorang ibu mengandung atau menyusu, tidak perlu mengqada' atau membayar fidyah akan puasa yang ditinggalkan. namun, mengikut pendapat Iman Syafie, Ahmad dan Iman Hanbal, ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keselematan janin atau anak yang disusuinya (risau tidak cukup susu utk anak), diwajibkan qada' dan membayar fidyah, manakala ibu mengandung/menyusu yang bimbangkan keadaan dirinya sendiri diwajibkan qada' tanpa perlu bayar fidyah. dan jika yang dirisaukan ialah kedua-duanya (anak & ibu) maka ibu diwajibkan qada' sahaja.

rukhsoh puasa (kebenaran untuk berbuka) diberi kepada ibu mengandung/menyusu kerana keadaan mengandung dgn menyusu itu sendiri melemahkan si ibu. dan disebabkan ianya rukhsoh, ia tetap tidak menggugurkan kewajipan berpuasa terhadap ibu mengandung/menyusu yang sihat. berpuasa tetap menjadi keutamaan sekiranya tiada masalah dengan kandungan atau penyusuan.

pengalaman kawan2 Mami dalam 'menikmati' ruhksok berpuasa sewaktu keadaan2 tersebut:
I. Auntie Evi mengandung semasa bulan puasa. minggu pertama dia puasa penuh. alhamdulillah dia sihat, tapi pada minggu kedua puasa, dia pegi scan baby & doktor mendapati babynya kekurangan air ketuban. kering dah katanya. lalu demi baby, Auntie Evi tidak meneruskan puasa seterusnya.
II. Auntie Sinah menyusu her 1 year old daughter semasa bulan puasa. beliau jenis orang yang tidak tahan dehydration. bila puasa susu betul2 kurang. lalu demi anaknya, Auntie Sinah berbuka.
III. Auntie Shikin mengandung semasa bulan puasa. dia jenis yang tidak boleh tidak makan, badan jadi lemah, tak bermaya, sakit kepala, etc. maka dia kadang2 berbuka oleh sebab conditionnya yang tak tahan dehydration dan risau kehilangan air dalam badan.

disebabkan ada rukhsoh, maka jika dalam keadaan2 tertentu seperti di atas, sekiranya boleh memberi mudarat kepada mana2 pihak maka berbuka adalah lebih utama. ada pendapat mengatakan, sekiranya terdapat keuzuran2, tetapi masih degil mahu puasa sehingga memudaratkan diri & menyusahkan orang lain, maka ia termasuk dalam perkara haram. Rasulullah juga penah berpesan supaya kita jangan berlebih-lebihan dalam menjalankan ibadat. Baginda pernah menegur Zainab yang tetap mau bangkit solat dalam keadaan mengantuk agar tidur dahulu, kemudian baru sambung solat, dan 3 sahabat yg datang ke rumah Baginda memberitahu bahawa mereka mau solat sepanjang masa, puasa tanpa berbuka & tak mau menikah. Baginda melarang perbuatan itu dan menerangkan bahawa Baginda solat & berehat, puasa & berbuka, serta berkahwin.

sekiranya terdapat keadaan2 yang membolehkan pengecualian, maka berbukalah. itu yang telah dianugerahkan Allah kepada ibu mengandung/menyusu. rukhsoh ini juga diberi kepada orang sakit yang berpeluang sembuh dan musafir.

untuk kita, nanti Mami akan consult dengan Dr Seri macamana. masa Hafiy dulu, Dr Aida & Dr Awang galakkan Mami puasa sebab Hafiy tak ada problem. Mami pun cergas, air ketuban pun cukup. cuma 7 hari tinggal sebab Hafiy dah keluar. Mami harap, Allah bagi keizinan untuk Mami puasa penuh & bole bagi banyak susu untuk Hafiy.

antara hikmah rukhsoh ni:
- menunjukkan Islam itu mudah lagi memudahkan.
- Islam menjaga kebajikan fizikal dan mental penganutnya, dan itu adalah juga keutamaan, bukan ibadah itu semata2.
- menunjukkan keutamaan memberikan baby susu badan sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini juga dapat dilihat dalam amalan masyarakat Arab dulu yang hantar baby ke ibu susu agar terus mendapat susu badan dan ibunya boleh hamil lagi.
- hal pahala dan pembalasan adalah kerana rahmat Allah, bukan ibadah yang dilakukan, kerana selama mana kita beribadah pun, tidak akan pernah cukup untuk membawa kita ke syurga. kisah seorang pendita Yahudi yang beribadah selama 70 tahun, minta dari Allah bahawa dia mau masuk syurga dengan pahala ibadahnya, tapi Allah perintahkan malaikat mengheretnya ke neraka. ibadah selama itu tidak memadai langsung untuk 'membeli' syurga jika tidak kerana rahmat Allah.

rukhsoh bukanla perkara yang mengurangkan pahala, malah jika ia menjadi haram sekiranya kita tidak mengambil rukhsoh dalam keadaan tertentu. contohnya di medan perang, jika tentera Islam mahu puasa hingga menyebabkan fizikal mereka jadi lemah, maka itu tidak boleh. begitu juga jika ibu menyusu mahu puasa juga walaupun susunya jadi sikit, anak tak cukup susu hingga memudaratkannya, maka dia telah menidakkan keutamaan rukhsoh.

akan tetapi, rukhsah ini hanya untuk ibu-ibu yang BIMBANG dan RISAU akan keselamatan diri atau baby saja. kalau sekadar berasa lapar, dahaga dan penat, tetap kena berpuasa juga. jadi, tidak boleh suka-suka hati berbuka puasa hanya sebab mengandung atau menyusu.

menjelang Ramadhan ni memang Mami berdebar sakan. ustaz Mami pesan, (sebagai menjawab soalan kami tentang "cemana nak tau taubat/amalan kita diterima atau tak?") supaya perhatikan pembawaan diri kita dalam bulan Ramadhan. kalo masih sama je, malas solat, malas ngaji, malas sedekah, etc. maka tanda2 amal tak diterima ada la tu. manakala jika dalam bulan Ramadhan, kita dapati ada perubahan, makin rajin solat, rajin ngaji, rajin sedekah, etc. & amalan tu berterusan sampai ke bulan2 berikutnya, insya Allah la tu. wallahuaklam.

walau cemanapun, amalan tadarus, tilawah dalam bulan puasa sewajarnya diamalkan setiap masa, kerana ciri Mukmin tu 'hari ni lebih baik dari semalam', jadi bulan2 selepas Ramadhan patutnya jadi lebih baik lah :)

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK & SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE-51 DARI KAMI SEKELUARGA. MINTA AMPUN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSINGGUNG RASA (especialy bab breastfeeding) :D moga mendapat berkat di bulan mulia ni.