Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

2 Years



alhamdulillah, we've been together for 2 years now.but it's just like yesterday, when Abiy replied with the oath that made us husband and wife.

2 years is not long, we're still learning about each other sampai hari ni. mengenali peribadi orang yang paling rapat dengan kita is the nicest thing. sebab, kadang2 kita rasa tak perlukan effort untuk mengenali dia (orang kata dah tidur sebantal) but it's really not that simple. untuk kenali suami sendiri adalah antara perkara tersusah, sebab terperangkap dalam beberapa 'traps' yang diomok2 sebelum nikah, seperti:-

-isteri mendapat perlindungan, layanan, kemanjaan, belaian maximum dari suami.
-suami pembimbing isteri ke jalan yang benar.
-suami tempat isteri bergantung dan berharap.
-dsb.

hakikat perkahwinan adalah satu hubungan synergy antara kedua pihak. Mami dapati (dari pengamatan dan pengalaman), ramai pasangan muda (tak semua) yang salahfaham tentang hakikat sebuah pernikahan. ya pernikahan itu melengkapkan hidup dan keimanan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Thabrani "barangsiapa yang menikah,maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman, kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh yang tinggal". pernikahan, di dalam al-Quran disebut sebagai 'perjanjian yang berat', maka ia bukanlah sesuatu untuk berseronok-seronok atau main-main.

Allah dan Rasul-Nya telah memberi beberapa panduan dalam memilih pasangan hidup. dan yang paling penting, adalah memilih dari segi agamanya, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim "wanita itu dinikahi karena empat hal : karena agamanya, keturunannya, hartanya, dan kecantikannya. Perhatikanlah agamanya, maka kamu akan selamat”. (begitu juga diapply dalam hal memilih suami). mengapa kita sanggup menikah dengan pasangan kita? adakah benar2 kerana Allah? atau semata2 kerana cinta? atau kerana kekayaannya? atau kerana sudah terdesak dan tiada pilihan lain?

namun harus kita ingat, permulaan itu tidak menentukan pengakhiran. pernikahan bukanlah satu penamat. ya, ia penamat zaman bujang, tapi ia adalah satu perjalanan baru, yang sangat unik dan tak tercapai minda mereka2 yang masih belum merasainya. bayangkan kita dengan ibubapa sendiri, yang sejak dari dalam kandungan lagi dibelai, ditilik, dikasih mereka, kadangkala (if not most of the times) ada salah faham, terasa hati, merajuk, miscommunication dan sebagainya. kasih ibu itu, memang tiada syarat, (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah), sehingga Allah mengumpamakan 'Allah mengasihi hamba lebih daripada seorang ibu kasih kepada anaknya'. kenapa Allah sampai mengumpamakan demikian? kerana kasih yang tidak bersyarat itulah. walaupun anaknya cacat, jahat, bodoh, etc. tapi ibu tetap sayang pada anak (kecuali kes2 terpencil tak payah pedulilah). tapi kalau pasangan macamana? ibu tak akan buang anaknya atau 'bercerai' dengan darah dagingnya sendiri. malah, kadang2 ibu yang didera suami pun sanggup bertahan demi anak2.

bagaimana pula dengan pasangan yang baru kita kenali? dengan keluarganya lagi, yang macam2 perangai. mampukah berlapang dada bila sudah berkahwin baru tahu perangai sebenar suami, masa bercinta pijak semut tak mati, tapi bila dah kahwin, jentik gajah pun boleh koma. apa yang perlu kita lakukan jika begini keadaannya? menangis? mengeluh? mengadu pada keluarga? bersedih dan berkeluh kesah? kerana itulah pentingnya pemilihan awal2, akan ciri2 pasangan yang kita pilih untuk melayari bahtera rumahtangga.

isteri dijadikan sebagai teman suami yang paling rapat, sahabat yang paling akrab, jururunding, pakar motivasi, pendorong cita-cita, dan segala sumber bagi suami. isteri bukanlah hanya mengharap perlindungan dan bimbingan suami semata2. seorang isteri, malah ibu bukanlah badan keretapi yang mengikut saja ke mana lokomotif membawanya, sebaliknya isteri dan ibu adalah rel keretapi itu. isteri dan ibulah yang menentukan ke mana hala tujuan sebuah keluarga itu akan pergi.

kenapa? kerana isteri dan ibulah yang memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga dan mendidik keluarga, dan sebagainya. benda paling simple, tapi memberi impak yang besar, makanan. adakah makanan yang disediakan itu benar2 bersih dan halal untuk hidangan ahli keluarga? kerana we are what we it. at-Tabarani meriwayatkan sebuah hadis "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya." haram itu bukanlah daging babi/anjing sahaja, tapi dari segi sumbernya (wang beli makanan hasil dari mana?), dari segi penyediaannya (menggunakan bahan yang betul2 halal?), dan sebagainya. seorang ibu mesti melihat semua perkara itu, menjaga kebersihan dan mengamalkan zikir semasa memasak agar hidangan yang berkat memasuki mulut keluarga.

oh, Mami bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal ini, sebab Mami pun baru setahun jagung saja :D dan Mami memang banyak sangat benda yang perlu diperbaiki. oh, sangat jauh dari level isteri solehah tu.

namun Mami ucapkan ribuan terima kasih terhadap kawan2 Mami, Auntie Lin, Fiza, Riana & Zana sebab menyarankan Mami baca 'Men are From Mars, Women Are From Venus' sebelum menikah dulu. kami sama2 baca buku tu, dan alhamdulillah, walaupun ia ditulis oleh seorang putih (mat saleh) tapi sangat banyak padat berisi, cuma tak ada hadis2 dan firman sajalah. sekarang Mami tengah berusaha membaca 'A Gift For Muslim Bride' (yang kat shelf Mami tu). oh buku ni sangat amazing dan inspiring! terasa sangat kerdilnya diri ini. (all wives & wives-to-be should read!)

memang ada perkara yang Mami tak suka, tak boleh lari lah, tapi bila cermin diri ni, "bagus sangat ke Mami ni?","solehah sangat ke Mami ni?". sebagai isteri yang tak sempurna, Mami sentiasa mendoakan Abiy, semoga beliau menjadi hamba yang Allah redhai, pemimpin orang2 bertaqwa. dan Mami bersyukur, dalam ramai2 perempuan kat Malaysia ni, Abiy pilih Mami untuk jadi pendampingya, ibu pada anak-anaknya. jadi, kenapa Mami mesti komplen kalau ada sifat dan sikap Abiy yang kurang pada pandangan Mami? mungkin itu adalah pembalasan pada dosa2 Mami juga. haruslah Mami terima kekurangan itu dengan redha, sebagaimana Abiy menerima kekurangan Mami.

semoga Allah merahmati pernikahan kami, dan membimbing kami ke jalan-Nya. perkahwinan ialah saling pergantungan. semoga permulaan ini membawak kepada perjalanan dan pengakhiran yang hasanah. semuanya memerlukan kerja keras, kerana sangat banyak anasir merosak. walau tak ada gangguan outsiders, dalam rumahtangga sendiri pun bole ada konflik dalaman. semoga Allah melindungi kami, dan sebelum itu, kamilah dulu yang perlu 'melindungi' hak-hak Allah.

sepotong hadis yang pernah Abiy bagi pada Mami dulu, yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "jika datang seorang laki-laki kepadamu untuk melamarmu, sedang kau tahu ia baik akhlak dan agamanya lalu kau tolak, maka jadilah fitnah buatmu dan kerosakan yang besar."

TQ my dear Abg. may Allah bless us, now and hereafter. I LOVE YOU SO MUCH! Happy 2nd Anniversary (& 2nd child :D).