Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Selamat Hari Pekerja

sempena hari pekerja (terasa diriku dihargai) & menjawab tag Mama Ryan yuk kita jenguk workstation Mami...

segan sebenarnya Mami nak tayang workstation Mami ni. sebab keadaannya tak ubah seperti sebuah kapal yang baru mengalami perpecahan. hehe.

sebelum tu meh tengok apebendenye ni...

ini adalah mata gerudi yg digunakan untuk menggali minyak nun jauh di dalam tanah. Mami pun tak pernah tengok cemana derang buat kat offshore, setakat belajar teori & tengok pakcik Bruce and geng buat dalam Armageddon je :P

manakala ini adalah crude oil atau minyak mentah. hitam legam je kalernya sebelum disaring di refinery menjadi minyak petrol dan minyak2 yg seangkatan dengannya. dalam each bottle tu diambik dari field yg berbeza2. ntah, Mami pun tak tau sgt sebab bukan kerja Mami.

[Mami pon xtau bole ke tak amik gambar benda2 ni. sambil2 tunggu Abiy Mami snap je. tp xde pon tulis 'dilarang mengambik gamba'. kire halal la..]

alah seganla nk tunjuk tempat Mami duduk hari2... tak menarik langsung. hehe.


ini ler pandangan Mami hari2. kat softboard tu ada Mami tempek reminder & to-do list, di samping name tag masa pegi OGA kat KL dulu (kenangan terindah dalam kerjaya haha) & gamba Mami amik cenderahati dari GM. hehe. gamba Hafiy xde satupon Mami tampal. Mami simpan kat henpon je. saja je nak nampak macam tak tawen lagi... hihihihihihi.


meja Mami dari jarak jauh. sangat open dan feng shui tidak berapa sesuai untuk membuat kerja2 haram yang tidak disuruh oleh company :P nampak beg susu kat belakang tu... yesterday masa checking kat gate pak gad tanye "apa dalam beg tu" Mami jawab "susu" tekejut dia, "ha? susu???" dengan selamba Mami menjawab lagi "a ah... susu baby :D"


ni dari jarak dekat jika Mami palingkan muka dari PC. dr zaman sekolah, sampai uni, sampaila sekarang macam ni la meja Mami. macam ni senang Mami nak cari barang. kalo susun2 elok2 mesti payah nak jumpe. hehe. itu pulak pembaris faveret Mami sebab dia besar & ada calculator sekali. & itu pen faveret Mami sebab dia free. hehe.

itu saja. xpayahla tahu lebih2 pasal tempat kerja Mami. cuti2 ni mari kita rehatkan minda daripada memikirkan tentang objeck legap itu.

main dengan Hafiy lagi best.

tapi cemanapun, Mami kene bekerja dengan dedikasi dan ikhlas. nanti ape plak jadi pada gaji Mami yg dipakai untuk menyara family... huhu. walaupun perasaan Mami adalah *@#$@#@* tapi Mami try to serve the nation ;) walaupun Mami cuma kuli sekuman, tidak berjawatan tinggi & peranan Mami kecik je, tapi kalo Mami takde, engineers sumer x boleh nak buat projek2 gali minyak sekaligus tak boleh nak menyumbang kepada pendapatan negara :D betapa pentingnya Mami-mu ini! --kata2 memujuk hati.

bak kata janitor di NASA "i'm not a janitor but i involve in sending people to the moon" [betul ke dia ckp camtu ek, belasah saje lah].

oh ye... hari ni juge adelah ulangtahun ke-3 'perkenalan' Mami-Abiy & ulangtahun ke-2 'pertunangan' Mami-Abiy. :D

jika anda rasa saya kacak, maka laksanakanlah tag ini :D