Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Maintain Susu Cara Mami

satu perbicaraan yg tidak berfaedah langsung [abaikan perkataan2 yg tidak berapa sopan tersebut] credit to cik anon:

Makcik Kepoh : you BF ek?
Mami : a ah. insya-Allah sampai baby 2 tahun.
Makcik Kepoh : i tgk u ni konfiden sgt lah. u jgn lah over... skg baby u 5 bulan kan? 2-3 bulan lagi keringla susu u tu...
Mami : kenapa pulak?
Makcik Kepoh : i dulu pon nak susukan anak i sampai 2 tahun, tp sempat 5-6 bulan je. masa 5 bulan susu dah kurang, lepas tu kering terus. u tengokla nanti, susu u mesti kering la...
Mami : kenapa susu i nak kering plak?
Makcik Kepoh : tu la i ckp u confident sgt. susu i kering tau. i rajin pam, mmg determine nak BF sampai 2 tahun tau. u tengok la nanti... kering punya la.
Mami : ramai je yg bole BF sampai lebih 2 tahun pon.
Makcik Kepoh : alah, itu orang tak keje or keje gitu2 aje. macam kita ni, tak payah la nak azam BF lama2. takda guna pun. kejap lagi kering la. u tengok la.
Mami : (*^%*&*%^*&$%&)

Maintain Susu Cara Mami:

1. selalu berdoa. apa2 je la doa yg sesuai utk kita & baby. kalo Mami, doakan yg terbaik utk kita. Ya Allah, jika susuku ini terbaik utk anakku, maka izinkanlah aku menyusuinya sampai usianya 2 tahun, ameen.
2. jgn dengar cakap orang yang negatif. buat xtau je la. raikan je la...
3. yakin yg Mami mampu menyusu selama mungkin.
4. free from stress.
5. urut nenen. self massage je.
6. minum banyak air. Mami abiskan more than 1 botol mineral 1.5L per day.
7. makan nasik banyak.
8. have a balance diet.
9. rajin2 pam. rajin2.
10. banyakkan direct feeding.
11. cari kawan BF utk motivasi.
12. minum Soy Protein. utk order sila klik di sini. hehe.

10 Perkara Jangan:

1. jgn dgr ckp orang yg anti-BF.
2. jgn kisah dgn org. lantak dia la nak bagi baby susu apa.
3. jgn down bila kene pelekeh. anak kita, suka hati kita la.
4. jgn kutuk orang yg xmampu BF. semua ibu nak yg terbaik utk anak dia, rite?
5. jgn rasa terbeban dgn BF. keje, travel, insya-Allah bole diuruskan.
6. jgn takbur. syukur selalu dpt susukan anak. susuibu adalah nikmat yg Allah bagi, dgn melancarkan hormon prolaktin kita. sekali Dia nak hentikan sistem2 tu, bila2 aje.
7. jgn malas nak pam.
8. jgn lupa buat stok utk masa2 kecemasan utk elakkan formula diberi. contoh bila kita kene diarrhea, demam panas, masuk wad, etc.
9. jgn tensen bila susu pam kurang, lalu supply formula. cari jalan cane nk tingkatkan.
10. jgn lupa. setiap benda bagus yg kita mau buat pasti ada dugaannya. sentiasalah dekatkan diri dgn Yg Maha Pencipta.

wah. macam terer. haha.