Spiga

This Blog is Dedicated to...

HAFIY, FAHRY & DANNY

Be A Good Boy



Mami write ni supaya bila Hafiy besar esok & ada anak, if anak Hafiy peel comel (kata org Kelate) Hafiy paham2 sendiri la yek...

selama sebulan setengah ni... Hafiy bole dikatakan tiap2 minggu or 2-3 hari sekali berubah perangai. bila orang tanye Mami "Hafiy cemana hari ni?" katala Mami cakap "ntahla, kurang tido pulak" mesti derang cakap "nak beralih bulan le tu.." hehehe. dulu Mami ingat beralih bulan tu bila nak masuk sebulan, nak masuk 2 bulan... baby akan wat perangai. tp Hafiy.. takkan tiap2 hari beralih bulan kot. baru sebulan je yg dialih, ni macam beralih hari je pulak. ke, Mami yg xfaham term beralih bulan?

masa Hafiy newborn, ramai orang datang visit Hafiy. masa tu musim raya, ramaila kawan2 Mami balik kampung. bole kata hari2 ada je org dtg tengok Hafiy. yg bestnya Hafiy ni, time orang ramai ada, Hafiy tidooo je. kalo orang ramai tu duk dari pagi sampai ke petang, selama itu la Hafiy tido xbangun2. tapi.. bila je orang ramai2 tu say good-bye.. hehehe. habisla sumer perasaan dilepaskan. pelik betul la. macam tau je ada orang ke xde orang ke.

bila Hafiy dah besar sikit pun macam tu. cuma kadang2 Hafiy tak tido. tp Hafiy duk diam2 je, main sorang2. sumorang cakap "baiknye budak ni..." hehehe. turun je derang tu... adeh, ilang macho selama ni.

bila Hafiy asik duk melalak je, riso jugak Mami dan atok2 Hafiy. ye la, kot2 sakit ke, kene gigit semut ke, apa ke. tp bila Mami angkat je Hafiy diam. Nye cakap, kalo budak sakit, angkat pun dia nangis, ni, angkat je diam... bukan sakit ni tapi 'peel comel'. huhu. pastu pandai pulak.. dah angkat tu kene hayun2 pulak. pastu kena jalan2 pulak. phew~ mujurla masa kecik2 dulu Abiy ada. Mami pesan kat Hafiy, pas ni jgn macam ni dah tau, Abiy balik Miri xde orang dah nak layan Hafiy mcm tu. tapi... hehehe.

Mami tak tau la, adakah ini reflection daripada Mami kecik (bila Mami komen kat makcik2 Mami pasal Hafiy suka melalak, derang cakap "kami dulu lg dasat, ini kire dah OK dah" huhu) ataupun apa sebenarnya... dari dalam pantang sampai la sekarang, Hafiy macam tu jugak. orang tua cakap, lepas upacara 'pelepas' tu, baby dah tak buat perangai dah. hehe, nampak macam xde kesan pun.

Mami tak tau la samada Mami yg manja sgt atau Mami tak reti handle baby atau tak reti manage masa atau apa atau apa. kadang2 bila Mami citer kat kawan2 Mami yg ada baby jugak pasal Mami xsempat nak mandipun bila tinggal berdua ngan Hafiy, derang macam cynical sket. kecik jugak ati Mami. tp Mami respek sgt la kawan2 Mami yg bleh handle baby yg meragam dari dalam pantang secara berseorangan (without hubby, mom, sibling, helper, etc) & bole wat segala kerja rumah, sedangkan Mami nak mandi, nak minum, nak makan pun terkejar2. ni Mami online pun sebelah tangan sambil hayun buai Hafiy.

Mami tak tau la kenapa Mami tak bole langsung nak tinggal Hafiy. tengah tido pun kalo Mami tinggal, mesti melalak2. itu yg Mami mandi pun, buai mesti duk depan pintu bilik air. makan pun, sambil hayun buai, itu yg Mami kadang belasah je makan apa yg ada. kalo Mak Tok tak sempat masak utk Mami, Mami sempat masak nasi je la pakai rice cooker, lauk2 sumer mmg jgn harapla. nak solat apetah lagi, Mami plak tak reti nak solat sambil dokong Hafiy... jadinye nak cepat2 aje la. Mami ada beli carrier utk Mami usung Hafiy sekali kalo nk masak ke makan ke tp sebab xtry masa beli tu, langsung tak bole pakai. maka terpaksalah Mami berlari2 even if dalam pantang pun masa tu. Mami try gak letak kain kat Hafiy tp xjadi pun. hehe. tau ek bukan Mami tu...

nak tau tak, komen orang2 tua pasal Hafiy? ehehe...

"ni yg jaganya nak kencing pun tak sempat ni"
"kena beli buai yg letrik tu"
"maunye babysitter mintak extra charge ni jaga budak ni"
"orangnye garang..."
"bdk ni takde keje lain la.. ukk ekk ukk ekk aje kejenye"
dan lain2.

hehe. cukuplah setakat itu.

tp yg wat Mami bangga, senang nak train Hafiy. cuma bab suka melalak & tak bole duk sorang2 tu belum pass lagi la. bab nyonyot, Mami bole kasi A la. Hafiy skg tak nyonyot2, kenyang je, alhamdulillah... kecuali time nak tido, mmg Mami kasik Hafiy nyonyot sampai penat, pastu bole tido ngan mudah. Hafiy pun even if duk dalam buai tp dah bole tido kalo tak berbuai walaupun not all the time. tp OKla, nama pun training kan. yg paling best, Hafiy tak melalak kalo lapar, unless kalo Mami lambat sangat. mcm2 dulu2 la.. kalo lapa Hafiy masukkan tgn dalam mulut or muncung2kan mulut ke kiri kanan. and ada satu bunyi yg indicate Hafiy tgh lapa. hehe. cute sgt bunyi tu. ah..ah...ah... cemana ntah. hehe.

tp serius, sikit pun Mami tak rasa susah. walaupun orang lain lenguh tangan duk dokong Hafiy tp Mami tak rasa pun. semuanya sebab Mami sayaaaaang sangat kat Hafiy. saban waktu solat, Mami selalu doa "Ya Allah, kalaulah perangai melalak2 ni memberi kebaikan kepada Hafiy, jadikanlah diriku tabah & redha dengan keadaannya". ntahla, Mami segan nak mintak supaya Allah stopkan perangai Hafiy tu. Mami anggap tu anugerah Allah utk Mami. yela, sebelum ni Mami liat benar nk bgn solat malam, skg ni tiap2 malam Mami bangun dgn Hafiy. bukankah ibu yg berjaga malam menjaga anak tu besar pahalanya. cuma kadang2 bila Mami penat sgt, lepas Isyak Mami doa supaya Allah berikan Hafiy tido yg lena malam tu & before tido Mami pesan kat Hafiy tido lena2 ye sebab Mami penat sangat. Hafiy bgn malam bukan setakat nak susu, nak kena dokong, nak kena hayun...

skg ni Pak Su cuti sekolah, bole la Mami mandi lama2. siap pakai lulur tu. hahak. ye la, sebulan Mami mandi sabun gitu2 je tau. kadang tak sempat sabun pun! Mami harap, dah nak masuk 2 bulan ni, Hafiy kurangkan sikitlah kemanjaan Hafiy yg agak terlebih tu ye. nanti Mami nak bawak Hafiy jalan2, nak jumpe Aunty Babe, Aunty Leeds, etc... tak machola melalak2 je, tau. hehe.

ha... pastu kalo besok2 anak Hafiy pun suka melalak, jgn plak rasa tertekan ke apa ke. hehe. ke mana tumpahnye kuah....


ala..ala..ala.. shayang Mami.. shayang Mami...